Wednesday, November 10, 2010

Jom!

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Tengah bosan-bosan ni, terus buka blog.
memang hobi aku suka membaca blog orang.
Tiba-tiba mata aku tertumpu pada post member yang latest,

"Apabila Meniru DIjadikan Gaya Hidup"

Err.tak sangka beliau juga sedang memikirkan perkara yang sama
Aku pun memang duk fikir perkara ni masa tengah jawab exam tadi
sebab tu mata aku duk perati orang sekeliling aku
Kanan,kiri,depan. belakang tak lah (nanti nampak macam aku pulak meniru kan)

Aku nampak sendiri dengan mata aku.tapi pelik juga kenapa lecturer tak tegur ye.
rasa lecturer nampak tapi dia malas kot nak tegur.
Bertanya soalan antara rakan, macam tak ada rasa bersalah langsung
mungkin bagi mereka, aku tak tiru.aku tanya aje.

Tapi aku rasa sedih dan kasihan apabila beberapa insan
Yang membawa imej Islam lebih baik . pendapat aku,lebih baik dari aku dan orang lain,
Tanpa rasa bersalah memberi rakan tiru dan juga meniru.dengan bertanya soalan.
Sedih..hal ini akan beri persepsi buruk terhadap insan2 tersebut dan sekaligus kepada orang lain juga, mungkin.
"Ala,nmpak je baik tapi meniru juga". maaf ayat mungkin kasar.tapi itulah realitinya.

Mungkin kita akan rasa, "Ala rileks ar. kau pun macam la jujur sangat.meniru je pun. orang lain pun meniru"
Ya, orang lain pun meniru. Tapi kita? mahu juga jadi peniru?penipu?

Kalau kita jadi peniru kepada peribadi Rasulullah s.a.w. Tak salah kann. sangat digalakkan
Tirulah Rasululllah. bukan meniru dengan cara menipu dalam exam.

Tipu diri sendiri, tipu mak ayah, tipu lecturer. Ya kita boleh menipu mereka mereka ini,
tapi kita tak boleh menipu Allah s.w.t. Dia Maha Melihat.
Kita rasa benda ni kecik ,tapi sebenarnya tidak.

Masih,tak percaya?Masih rasa perkara ini perkara remeh dan kecil?

Aku cuma risau kalau kalian terus meniru sampai ke sem 8,sampai dah jadik cikgu nanti.
Waktu exam masih meniru. Anak murid kesayangan kita pula macam mana ye?
Jangan nanti anak murid pelbagai ragam, salahkan mereka 100%. Mungkin jugak effect dari kegiatan dan hobi kita yang suka meniru semasa exam.
What goes around, comes around.Sepatutnya kita bakal guru, tunjukkan contoh baik.
Tetapkan disiplin dalam diri. Mana yang salah,mana yang betul.

Kita beragama Islam, tunjukkan contoh yang baik. Jangan pula sampai non muslim rasa kita ni serupa ja dengan mereka. tak ada beza pun. Kan kan?

Meniru itu sama dengan menipu. Masih tak percaya?
Ada fikiran,ada akal. berfikirlah secara waras dan pilih mana hak,mana yang batil.
wallahu'alam.

No comments: