بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Pejam Celik Pejam Celik
Dah 2 tahun setengah saya belajar di IPG Kampus Sultan Mizan
Tujuan utama saya di sini ialah untuk belajar menjadi bakal guru pada masa akan datang kelak
Kalau teringat semula, mesti saya rasa sangat tak sangka boleh pilih bidang ni
Padahal dulu memang tak mahu pun cikgu ni sebab..
(rasa macam tak famous sebab tak duduk kat U. Mind set dulu-dulu)
Ingat lagi masa baru tahu dapat IPG Kampus Sultan Mizan,
Masa tu ada perjumpaan ape tah kat bangunan Annex.
Masa tu still belajar di CFS UIA.
Masa tahu tu memang tak rasa langsung nak pergi maktab
Tapi entah la pada suatu pagi yang indah,
Masa baru bangun tidur, rasa macam hati ni nak ke maktab
Padahal hati ni memang dari dulu nak sangat kat UIA ni!
===============================================================
Itu kisah dulu. Masa dulu rasa sedih sangat sebab pilih nak masuk maktab
Rasa macam, apesal la tak stay dekat UIA dulu dulu.
Tapi sekarang baru dapat rasa sendiri hikmah yang dapat
Sekarang ni memang hati ni rasa nak sangat jadi cikgu
Sebab nak bimbing kanak kanak ni jadi orang yang berguna
Sahsiah , berbudi , beragama. Bukan bijak saja.
Seronok nya kalau kita berjaya bimbing mereka ni kan
Tapi sebelum tu kita kena dulu check diri kita sendiri
Adakah sahsiah saya ni sesuai dicontohi oleh murid murid nanti?
Macam mana cara saya bergaul?macam mana cara saya berpakaian? bercakap ?
Adakah saya menepati ciri ciri Islam?
Ciri ciri seorang guru yang dapat membimbing murid nanti?
Nanti kalau anak murid kita buat perangai, kita kena fikir semula, ada tak kita buat perangai macam tu dulu dulu?
Kita belajar untuk mengendalikan manusia, bukan mengendalikan mesin.
bukan mudah untuk menjadi guru. :)
Saya gembira kerana bakal menjadi guru ^_^
oklah kepada semua kawan kawan bakal guru, dan kepada guru guru saya,terimalah video khas buat guru ini. seronoknya kalau anak murid saya yang nyanyi kat saya macam ni. mesti nangis nangis terharu.
sekian wassalam
_________________________________
* lupa nak habaq, dah tukar kata nama 'aku' kepada 'saya'
rasa lebih sesuai sebut saya. sebab nanti kalau anak murid tengok ke, kata cikgu ni kaso ngat eh!
(padahal tak mengajar pun lagi ni.praktikum pn belum.perasan je lebey.eceh!)
No comments:
Post a Comment