بسم الله الرحمن الرحيم
Salam
Alhamdulillah dah jumpa solusi yang ter latest di Galeri Hidayah kat Jerteh
seperti biasa harganya rm9.00 .mahal ke? takpe mahal tapi isi dia sangat padat dengan ilmu ilmu yang aku tak tahu.
Topik isu25 ni, tentang mujahadah menentang nafsu
NAFSU.merupakan sebahagian daripada diri kita. semua orang ada nafsu kita.
Kita sepatutnya mengendalikan nafsu kita sebaiknya, kerana kita lah tuan nafsu tu kan?
Tapi kita seringkali membiarkan nafsu itu yang mengendalikan kita. Memperkotak katikkan diri kita. kita biar sahaja nafsu memijak mijak kepala tuan dia. (kita la tuan dia kan.hehe)
Apa kata, mulai dari hari ini kita cuba untuk mengawal nafsu kita. biar kita yang kendalikan dia. kita tuan dia. suka hati jaa nak pijak pala tuan dia.hamboih,manyak cantik
nafsu ni seperti kuda liar, ada cara untuk jinakkan dia.iaitu dengan cara menyekat sumber yang bagi nafsu ni tenaga. iaitu, berpuasa. itu salah satu cara, ada lagi,nanti akan ku kongsi bersama kawan2 :) kalau kita tak cuba untuk mengawalnya,dia akan menjadi liar dengan lebih liar. tapi apa yang paling utama, sentiasa berdoa pada Allah :)
wslm
No comments:
Post a Comment