Monday, July 11, 2011

Thailand 3

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah, hari keempat (3 dis 2010) kami berada di Pak Chong
kalau tak silap tempat ni dalam kawasan yang bernama Nakhon Ratchasima
sejuk dan nyaman udara kat sini. mmg best.
dan kawasannya bersih dan tersusun


klik utk besar

hotel penginapan kami. kalau tak silap,80baht satu malam.


taman di sekitar hotel 

 jln beso depan hotel waktu awal pg



hari ini, kami plan nak pergi tengok ulat sutera dan kilang membuat sutera yg terdapat di kawasan tak jauh dari sini.dalam 2 jam dari sini.

sebelum tu, kami carik makanan utk bekalan dalam kereta
kami pun search masjid kat dalam GPS
sebab selalunya kalau ada masjid, akan ada tempat makanan Islam di area2 masjid tu 



alhamdulillah, dah jumpa masjid,



ni kawasan orang Islam. perkampungan kecil
muka depa ni sebijik cam org Melayu
tapi tak paham Bahasa Melayu, diorang cakap siam 100% ..



waktu nak beli makanan ni la, perlunya kita mengetahui beberapa perkataan makanan dalam bahasa thai
angka2:   1= neung, 2=song, 3= sam etc etc
sai kong= bungkus
phak = sayuq
phla : ikan
neeua = daging
khao phad = nasi goreng
khao niao = pulut
neua moo = khinzir (kalu nk tny ada khinzir ka dak)
 hehe.snang ja, search dlm youtube ja :D


saya dan adik menunggu makanan dimasak.hehe

di kala kami berada di restoran muslim tunggu makanan siap
ayah bermesra dgn seorang penduduk kampung
lelaki ni orang Palestin tapi menetap di kampung ni bersama keluarga
dan boleh bercakap dalam bahasa Inggeris



seterusnya, kami meneruskan perjalanan kami ke kilang sutera di te.mpat namanya,
Pak Tong Chai.dlm perjalanan ke sana kami melalui kawasan yang cantik.
macam RnR la tempat dia.
tapi RnR yang cantik.hehe 
kami pun makan nasi yang dibungkus tadi,kat sinii









selepas makan,km pn bergerak ke kilang sutera lbih kurang 1jam jugak perjalanan.

akhirnya kami pn sampai la di kilang buat sutera ni
sutera tadak la lembut mana.tapi mahai jugak
tatau la apa bezanya. 
kat sini dia tunjuk proses buat sutera
start dari cocoon ulat tu. hingga lah menjadi kain
tp malangnya ulat tu tadak di sini. 
katanya, menternak ulat2 sutera ni kat tempat lain
selalunya bukan tmpat yg sama dgn tmpat menenun kain sutera

di sini kami tengok cara orang menenun kain












selepas dah pusing2 kat sini., kami pun bertolak balik
menuju ke Pak Chong semula.
di PakCHong, kami singgah solat di Masjid yg kami lalu pagi tadi
masjid ni terletak di area kampung2 Islam 

masjidnya sangat bersih dan kemas.




beautiful..

kemas kan




lepastu, kami pi tesco lotus dan juga primer outlet.
last2 malam tu, kita tido di tmpat sama. 
 

No comments: