Tuesday, October 22, 2013

Tamat.Di Sini..Sayonara :)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt

InshaAllah blog mayonis90 akan berakhir hingga ke post ini. :)

Ya. saya sedih sebenarnya nak tinggalkan blog ini.

Banyak kali juga berkira-kira. Nak tinggalkan atau teruskan?

Tapi.inshaAllah saya rasa sudah sampai masanya untuk saya mulakan blog baru yang lebih bermanfaat dan pengisian lebih baik :) sesuai lah dengan peredaran umur ku ini. hhhehe :)

Memori di sini tetap akan ada. saya tak akan buang awak, mayonis90 :)
saya membesar dgn awak dari tahun 2008.
masa saya masih hingusan baru mengenal dunia luar. baru berumur 18 tahun
sehinggalah kini umur 23 tahun.

tergelak sorang-sorang terbaca post lama-lama. haha :)
___________________________________________

sepanjang 5 tahun setengah di IPG ini (Dan rasanya dalam blog ni, mostly ditulis masa belajar di IPG)
Seriously banyak sangat saya belajar. islam.tarbiyah.persahabatan. akhlak. etc2

dan apa yang saya paling nak kongsi, dan peringatan utk sahabat-sahabat semua,

  Kita tahu kemampuan kita tidak lah seperti orang lain yang berilmu, mampu menghafaz beberapa juzuk al-Quran, faham bahasa Arab. ilmu pengetahuan agama mereka.masyaAllah hebat.sangat tinggi.
saya tidak sehebat mereka yang hafaz beberapa juzuk. saya tahu saya lemah dalam menghafaz. tidakmampu lagi setakat ini untuk menghafaz.

Tapi, berlumba-lumbalah kita dalam buat kebaikan (fastabiqul khairat). Kebaikan tu luas peluangnya. Apa yang saya berusaha sekarang ini adalah jaga akhlak, adab. Akhlak dan adab dalam percakapan, tingkah laku kita pada orang lain. Bagaimana kita respon kepada orang yang memberi pandangan negatif, mengaibkan kita?Apa reaksi kita bila orang baling batu kepada kita, kita nak baling batu jugak ka,atau baling emas?

Apa gunanya kalau kita banyak ilmu agama tapi akhlak kita,percakapan kita..kita suka memerli.memburukkan orang lain.tidak berhikmah dalam menegur.. selalunya ini yang kita terlepas pandang. hubungan dgn Allah kita jaga tapi dgn manusia kita tidak jaga. 

InshaAllah kepada yang rasa rendah diri dalam ilmu agama. jangan rasa macam tu. dalam Islam,kebaikan ni luas skopnye. Contohi akhlak Rasulullah s.a.w. sunnah Rasulullah s.a.w. cuba kita ikut satu persatu. Cara Rasulullah s.a.w menegur berhikmah, cara bercakap dgn baik, jaga batas pergaulan, akhlak kepada isteri,kanak-kanak. etc2.inshaAllah Allah memandang usaha kita. 


_______________________________________


saya dalam plan nak buat blog baru tapi tanpa pengetahuan orang lain
blog tu nak mengarang2 sikit, kongsi pendapat sikit. sebagai anonymous. tiada pengenalan diri. :D
biarlah tidak dikenali.itu lebih selamat saya rasa. :)

akhir kata selamat tinggal mayonis90. walaupun awak hanya arkib selepas ini
saya tetap sayang kamu juga. sekian.wassalam~



 

No comments: