Saturday, July 31, 2010

BIG Sem2



Salam
Fuh,lega dah habis BIG hari ni
Di kenduri kesyukuran.
Awal pagi mari cam takda keje,
tapi start tengah hari, memang busy,
Tengok lauk cukup ka tak,bungkus pulut,angkat pinggan,cuci pinggan,tambah air.dot dot
jadi "mentagha" sat kat besut ni.hehe

Pada mulanya kelas kami nak wat Bina Insan Guru kat Pantai Tok Bali,
tapi pihak HEP agak kurang menyokong kerana menurut beliau, gotong royong membersihkan pantai di Tok Bali tidak melibatkan masyarakat. kita hanya dengan rakan-rakan,tak libatkan orang awam. Jadi kami pun tukar plan untuk
wat BIG di rumah kenduri, jadi mentara atau mentagha.hehe

Kami bertolak dari maktab pukul 8pagi dan menjalankan tugas di rumah kenduri sehingga 5.30 petang. tak sempat sangat bergambo sebab wat kerja, walaupun bz dan penat, tapi rasa puas dan seronok. :)

mula-mula sekali aku dan 2 orang kawan basuh besen-besen bekas lemak lembu.nak dekat sejam jugak la basuh sebab tak brapa reti nak korek korek lemak lembu tepu tu. korek punya korek terpelanting abis lemak kat baju. nampak sangat tak biasa buat kerja-kerja camni.
lepastu tugas duk tengok tengok lauk kalau kurang. lauk gulai takpa laki hat isi, kami perempuan kena tengok tembikai,solok lada ngan ikang. ayaq pun duk kena perati gak. lepas tu duk angkat pinggan pi belakang. pastu lasst sekali, aku bertugas basuh pinggang. semua orang telah memainkan peranan masing-masing dan akhirnya 5.30 petang kami pun selesai


masa kakak aku kahwin aku tak pernah wat kerja camni. haritu duk dengan bahagian sambut tetamu ja, keja aku salam pastu bagi muffin.tapi penat gak ritu sebab orang mai tak berenti.dah la muka baru kena bakaq gara-gara BIG sem1.memang stylo lah haritu.

terima kasih kawan-kawan.saya sangat gembira hari ni!!
minta maaf kepada kawan yang terasa hati dengan saya.
tak pa la kalau simpan dalam hati.tapi saya tak simpan pun dalam hati .hehe
saya rasa ni terikut perangai ayah saya la ni.duk komen banyak.
org suka komen byk ni ada positif,ada negatif.tapi ayah kata ayah wat gitu sebab nak bagi anak-anak dia kental bila menghadapi hidup sebenar dewasa nanti.
ayah kata, dewasa nanti kita kerja bawah orang, kita akan selalu dimarah,dikomen, di.. di... macam macam lagi. jadi ayah kata ayah nak bagi kami biasa dengan semua tu
entah menjadi ke tak Teori Ayah ni.mungkin ayah boleh jadi the next Skinner dan Pavlov
__________________________________
Saya Sayang Kawan-kawan Semua!!! :)
wslm

Friday, July 30, 2010

Mari Bersastera.Ewah

Salam
Setelah sekian lama
Setelah 20 tahun hidup
Baru aku berminat dengan sastera Melayu.tapi bukan semua penulis aku berminat
Baru nak berjinak-jinak dengan tulisan Faisal Tehrani

Beberapa minggu lepas aku wat survey online,buku apa karya Faisal Tehrani yang first nak beli. Tiba-tiba tertengok buku bertajuk "Manikam Kalbu". Menurut ulasan pembaca, buku ni seronok. Penulis menggabungkan ayat sastera yang mudah difahami dan disertakan kesedaran Islam tentang fesyen pakaian zaman sekarang.

Jumaat lepas cari buku ni kat SMO KB Mall.tapi orang tu cakap tak ada.
Jadi aku cuba tempah online melalui website Ujana Ilmu. Tempah hari Jumaat.
Hari Selasa dah sampai IPG Ksm. Baru baca beberapa muka surat, menarik buku ni :)

(belakang tu pro forma .ehe)

Aku ada terbaca Faisal Tehrani ni menyokong fahaman syiah.
Aku tak ada bukti nak tuduh dia bukan-bukan,jadi aku tak kisah semua tu.Yang penting dia menulis buku yang baik dan bagus jika dibandingkan dengan novel cinta. Tak gitu?

Skema la pulak ayat aku sekarang ni an. muahahah. ok la,mari membaca! :)
Wassalam

Amanah Cikgu


Salam
Nak jadi cikgu bukan senang,bukan mudah
Nak jadik cikgu yang terbaik bukan mudah

Tugas cikgu lagi berat daripada doktor,engineer, etc etc
Kalau doktor tersilap dalam pembedahan, mungkin mengorbankan seorang nyawa
Tapi jikalau cikgu tersilap dan tidak mengajar murid-murid bersungguh-sungguh,sambil lewa
Maka kita akan merosakkan masa hadapan semua murid yang kita ajar
Tugas cikgu bukan mudah, jangan pandang remeh ya.

Semester ni aku suka memerhati cara pengajaran pensyarah-pensyarah aku.
Ada beberapa yang aku kagum di antara pensyarah-pensyarah ni,Antaranya:

1. Mengajar Matematik yang bagi aku sangat bosan. Tapi beliau telah mengajar kami dengan cara yang sangat menarik. sbelum memulakan pengajaran, beliau akan tunjuk video,slide show renungan untuk kami. sangat menarik dan memberi refleksi diri. lepas tu beliau ajar kami,selepas tu beliau akan buka satu game menguji minda dalam laptop. beliau juga sangat keibuan. :)

2. Mengajar aku subjek Alam Belajar.walaupun agak pening sikit, tapi aku suka cara beliau bercakap. Antara yang aku dengar ialah ketika kawan aku mengadu dibuli pelajar semasa SBE. beliau kata, "Kita nak jadi guru, yang paling utama kita kena jaga rohani kita.Dalaman kita. Solat jangan tinggal, ikut semua perintahNya. bila kita yakin dengan pertolongan Allah, jadi kita mudah untuk mengajar murid-murid" . Terfikir sejenak kata-kata beliau. Betul juga kata beliau, kita yakin sepenuh hati bahawa Allah yang memegang hati murid-murid dan juga semua manusia. Tak mustahil Allah melembutkan hati kanak-kanak yang nakal.

3. Seorang pensyarah yang sangat bersifat kebapaan. Terharu masa dia tanya sorang-sorang ,"Macammana?Ok?ada yang tak faham?". Selepas tu, beliau sangat dedikasi dan paling tersentuh hati bila tengok dia sanggup masuk ke kelas untuk mengajar walaupun keadaan yang sakit. Aku sungguh tersentuh,entahla mengapa. Mungkin sebab betapa rasa tanggungjawab beliau terhadap amanah yang diberikan oleh Allah, dia tak sanggup tinggal kelas. Hampir menitis air mata tengok beliau.begitu tabah.

Mereka telah memberi aku beberapa pengajaran. Dan aku mahu berhenti daripada mengata pensyarah. Dulu-dulu mulut terlalu capui hingga sampai mengutuk pensyarah.
Sekarang aku akan cuba sedaya upaya untuk menjauhkan diri dari semua tu. Ye la kadang-kadang mesti terkeluar jugak kan,tapi takpa, mari kita cuba sama-sama.
(Nanti murid kita pulak yang kutuk kita kan)

Tugas cikgu tak mudah, untuk mengubah anak bangsa, kita perlu ubah diri kita dulu.

Wassalam~

Gembira+syukur

Salam
Alhamdulillah hari ini aku berasa amat gembira
Berasa gembira bila kita tengok perubahan sahabat kita
Perubahan ke arahNya
Rasa gembira tak terkata.
Hati berbunga-bunga.
Semoga sahabat-sahabatku dipermudahkan urusan olehNya
Sentiasa mendoakan sahabat semua :) sayang hampa suma :)

Wassalam

Ubat Enam Resepi

Salam
Pada pagi Jumaat yang diberkati Allah
Bumi IPGM KSM basah disirami rahmat hujan
Alhamdulillah. Pasti pokok-pokok gembira
Semuanya sumber dari rahmat Hujan.

Di sini nak berkongsi sikit dari apa yang saya baca dari Solusi Isu 21 m/s 79
__________________________________________________________________

UBAT ENAM RESIPI
Penulis buku al-Farj Ba'da al-Syiddah menyebut tentang kisah seorang yang bijaksana yang sedang ditimpa musibah. maka datanglah kawan-kawannya mengucap keprihatinan mereka terhadap musibah yang menimpa.

Si bijaksana itu pun berkata:
"Aku tahu ada satu ubat yang dibuat daripada enam resipi yang berbeza."
Kawan-kawannya pun bertanya:
"Apa dia?"
Jawabnya:

" Pertama,
Percaya sepenuhnya kepada Allah

Kedua,
Kesedaranku bahawa semua yang sudah Allah takdirkan akan berlaku
Ketiga,
Sabar adalah senjata paling berkesan yang diguna pakai oleh orang yang
mendapat ujian
Keempat,
Jika saya tidak sabar, saya tidak akan tertolong dengan perasaan resah
Kelima,
Mungkin sahaja saya akan berada dalam keadaan yang lebih buruk
daripada keadaan saya sekarang
Keenam,
Dari semasa ke semasa jalan keluar akan terus terbuka.

___________________________________________

Wassalam

Detik Takkan Ku Lupakan

Salam
Pada suatu hari,saya dalam perjalanan ke Jerteh bersama rakan-rakan.
Pada waktu itu Jerteh sangat jam, macam atas jambatan pulau pinang.
Jalan menuju ke traffic light di hadapan kfc Jerteh sangat jam
Ketika di hadapan masjid hadhari saya melihat sebuah kereta perdana (perhatikan kereta warna biru)
kereta perdana itu mahu memasuki masjid dari lorong dari arah bertentangan
Jadik saya yang bawa kereta slow pun memberhentikan kenderaan saya untuk memberi laluan pada kereta perdana itu. (Kereta saya bertanda X merah)

Ketika itu, saya asyik melihat makcik di dalam kereta perdana itu mengangkat tangan kepada saya tanda terima kasih.
Sedang khusyuk melihat makcik tersebut, tiba-tiba datang sebuah motor yang melalui sebelah kiri sisi kereta saya.
Detik itu berlaku terlalu cepat dan saya dan rakan-rakan tergamam melihat pakcik motor itu melanggar kereta Perdana itu dan terpelanting melambung di hadapan kereta perdana

motor (warna ungu) melanggar kereta perdana

Tergamam saya melihat kejadian tersebut. Pakcik tersebut selepas itu bangun jalan terjengket jengket sambil menghampiri motornya. Kasihan melihat pakcik itu!!!
Saya lihat tiada darah pada pakcik itu, tapi saya rasa pakcik tu pasti cedera
Kerana dia telah melambung terpelanting dan jatuh
pada velocity yang agak kuat(betul ke tak fizik saya ni.hantam saja labu)

Saya terfikir juga mahu menolong pakcik itu,
tapi saya meminjam kereta orang dan saya ke jerteh dengan tujuan untuk membawa rakan2
nanti terlambat pula hantar kereta orang dan kena balik sebelum pukul 6 nak ambil banner di kampung raja.jadi saya fikir, "tak mengapalah, mesti ada orang tolong"
minta maaf pakcik,kami tak mampu nak tolong encik,saya percaya ada orang yang tolong encik selain saya.

Saya dan rakan-rakan membuat kolaborasi tentang kemalangan tadi. Siapa yang bersalah?
1. Motor?
2. Kereta?

Susah nak putuskan siapa yang salah. Ya memang kami saksi utama kemalangan. kemungkinan kereta tu laju, atau motor laju.

1. kemungkinan pakcik motor tak alert tentang keadaan sekeliling,dia sepatutnya berhati-hati ketika jalan jam.seperti pesan ayah saya, bila di jalan raya, jangan tengok hadapan kereta sahaja, mata kena sentiasa lihat apa yang berlaku di sekeliling, kanan,kiri. kalau boleh, gunakan bebola mata kita untuk berpusing seberapa darjah yang boleh, 360 darjah lagi better.
2. mungkin kereta perdana tu salah.mungkin dia laju sangat ketika hendak menuju ke masjid hadhari (setelah saya memberi dia laluan)
3. mungkin saya bersalah sebab telah memberi laluan kepada kereta perdana tersebut!

Tapi seperti kata rakan saya, perkara dah berlalu jangan salahkan diri sendiri. Mungkin Allah dah memang tulis hari ini dia kena itu.Hari ini saya beri laluan pada perdana.
mungkin juga peringatan kepada saya supaya beringat di jalan raya. dan peringatan kepada saya maut boleh menjemput di mana-mana, di Jerteh pun boleh jadi.

Selepas itu kami pun pulang ke maktab dengan perasaan yang sangat sedih teringatkan keadaan pakcik motor itu.
Inilah kisah kemalangan yang paling dekat pernah saya tengok, (Walaupun tak ngeri)
______________________________________________
Wassalam

Thursday, July 29, 2010

Buat Ks2

Salam


Kepada Sahabat-sahabat Pengajian Sosial 2
Salam sayang
Sejak menjadi KU kelas ni, rasa macam saya tak begitu tanggungjawab
kadang-kadang rasa sangat bersalah pada anda semua
Minta maaf kerana saya kurang efisien,sistematik,berdedikasi
Antara masalah saya ialah,saya ni kuat lupa. mungkin kesan dari kisah masa kanak-kanak
Pernah termakan seekor semut hitam dan rasanya sangat.ho liao..

Anda semua lah adik beradik saya di sini
Terubat sikit rasa rindu kat family,sebab kat sini pun saya ada anda semua


Saya berdoa supaya kita semua hidup aman damai diberkati Allah
Saling tolong menolong, hormat menghormati, toleransi
Kalau ada kecik ati antara satu sama lain
Jangan simpan dalam hati,selesaikan elok-elok


setiap sahabat saya ada kekurangan dan kelebihan
tapi itu tak menjadi masalah untuk kita saling menerima
saya mendoakan kesejahteraan dan keberkatan hidup anda
semoga hidup tenteram dan dielakkan dari
hasad dengki, dendam, panas baran, bongkak, riak,


Alhamdulillah setakat ini jika ada masalah,
semua orang akan memainkan peranan.
saya rasa bersyukur dikurniakan sahabat seperti anda semua
walaupun kelas kita hanya ada 3 orang lelaki,
tapi anda bertiga memang terbaik
menjaga kami 17 orang perempuan

Semoga kita dijauhkan dari perkara perkara tak elok
Ya Allah, Jauhkanlah kami semua dari persengketaan dan hasad dengki
Satukanlah hati kami semua.Amin.
Sayang anda semua :) terima kasih

Wednesday, July 28, 2010

Buku Baru

Salam

Sebelum ni aku tak pernah tahu pun Nisfu Syaaban.

Pernah dengar tapi tak tahu. baru baru ini baru tahu apa sebenarnya Nisfu Syaaban

Nisfu sya'aban merupakan hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

____________________________________________________________________

- Banyak lagi yang aku tatau, insyaAllah kalau panjang umur, nanti aku cuba cari lagi tentang Nisfu Syaaban ni.

- Sama - samalah kita menjaga buku amalan kita yang baru. Cuba untuk tidak kotori buku amalan baru dengan perkara-perkara tak elok,sifat mazmumah dan maksiat. berusahalah untuk berbuat baik kepada semua orang. :)


Wassalam~

Sunday, July 25, 2010

Meh Kumpoii

Salam
Seperti biasa, hari ini aku postkan entry yang tidak berfaedah mana
Hanya cakap cakap kosong, membebel seorang diri kerana hobi suka bersembang
Bersembang?Oh ye,dulu-dulu suka bersembang.sekarang ni suka juga,tapi kurang sikit.

Bermula semester ni, aku sedang survey mencari beberapa spesies buku untuk dibaca
Entah mengapa rajin betul sekarang ni. Ada kalanya perasan berangan nak jadi sasterawati negara.ewah~

Selama ni aku menghabiskan waktu remaja dengan membaca majalah Remaja,Galaxy,Hai,URTV,Klik,Utopia .etc.etc
Sekarang ni aku nak mencari bahan-bahan yang lebih berilmiah.
Yang boleh bagi input sikit.
Otak aku takkan berkembang dengan membaca majalah-majalah gosip.almaklumlah, biasa kan kita ni memang suka baca gosip gosip artis ni.siap tampal gambar artis yang gunting dari majalah, letak dalam buku panjang bersaiz A3 kulit tebal. fuh~semangat.. semangat~

Jadi untuk mengubah pemikiran aku ke arah pembangunan negara dan bangsa ( semangat belajar subjek Encik Satmi),maka aku dalam proses mencari beberapa buah buku untuk dijadikan bacaan. ada yang aku teringin nak beli tak susah nak jumpa, so pesan online ja. entahlah sampai ke tidak nanti. eheh~ -.-

Tapi akceli (actually. nak try speaking sikit)
Antara tujuan sebenar nak kumpoi buku ni sebenonye, untuk di baca di dalam kereta ketika dalam perjalanan balik kampung Johor raya nanti.cuba bayangkan duduk dalam kereta nak dekat sehari suntuk dari Kedah ke Johor, dengan kebas habiss kaki.jadi memang dah kena start kumpoooi kumpoii buku daripada tidoq berjam berjam mengeluarkan air liur dan memenatkan badan dan mata, baik kita menggerakkan otak kita.
Ayuh otakku, bergeraklah!kamu sudah lembab sekian lama.berkarat pulak tu. nak kena tenyeh kamu dengan kertas pasir agaknya.

Oklah tu ja bebelan kali ni
tataaa.wslm
___________________________________________________________
*banyakknya rejaaa T_T

Saturday, July 24, 2010

Mama mia

Salam
Hari ini 24 Julai 2010

Pada 24 Julai 1962
seorang bayi perempuan dilahirkan oleh wanita bernama Zaiton
kini bayi perempuan itu telah pun mempunyai 5 orang anak perempuan
dan bakal menimang seorang cucu .hehe

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 48
MAMA :)
terima kasih kerana mbesarkan kami 5 beradik dengan sabar.semoga Allah merahmati hidup mama dan akan ku balas jasamu selagi nyawa dikandung badan. :)

(gambar tidak akan diletakkan kerana belum mendapat keizinan beliau)

Mama merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan juga Pendidikan Jasmani
Dia fasih berbahasa Inggeris (tapi anak dia tak ikut macam dia) dan juga sangat aktif
Sangat aktif bersukan.manakala anaknya sangat malas bersukan
bila balik rumah cuti,mesti mama akan ajak saya bersukan
jogging kat Bukit Mertajam,Mengkuang.gi berenang.berbasikal.badminton.etcetc
tapi anak beliau sungguh malas,ish3
walaupun dah umur 48, tapi katanya, kalau seminggu tu tak pi keluaq peluh,rasa tak puas
aktif sungguh mama, patutlah nampak muda.ececehhh

Terima kasih kerana mencurahkan sepenuhnya kasih sayang kepada kami :)

________________________

wslm


Thursday, July 22, 2010

Hai Awak,Sotong Paul

Salam



*******************--------------------------------------*********************

*sama-sama kita renungkan.
sotong je pun,sejenis makhluk juga.
boleh goreng.sotong kunyit.sodap!

Wednesday, July 21, 2010

Baby

Salam

Saya sedang menunggu kehadiran seorang baby

InsyaAllah bulan November ni boleh la kita bertemu ye
Tak sabar nak jumpa baby.heheee
Auntie Maya harap baby sihat dan gembira.
Auntie ke?eish.tak sedap la auntie. panggil MakTeh la yek.tradisional sikit
hehee.haa.MakTeh ada beli sesuatu utk baby.nati makteh kasi ye

Kirimsalam kat family baby ek.
________________________________________________________________

To our little khalifah,
welcome to our family.cant wait to see u :)
Wassalam

300

Salam
Pejam celik pejam celik
Celik Pejam Celik Pejam
Setelah hampir 3 tahun aku menceburi dunia blogging
Hari ini post telah pun mencecah 300 post

Alhamdulillah~syukur kepadaNya
banyak yang telah aku lalui untuk mencapai coretan sehingga 300 tu
kisah sedih,gembira, pengajaran, pengalaman,manis,pahit
semua ada.
dari mentaliti akhir remaja yang agak gila-gila
dan gedik la jugak (sedo2..isk2)
semakin berubah ke arah remaja@belia yang berfikiran jauh
eceeeeeeeeeeewaaah! perahsan.bahaha
tapi betul la, dulu gedik2 gegeh2 sikit.sekarang kurang sikit la

sungguh berwarna warni hidup aku dari dulu sampai sekarang
semua aku pernah rasa
jiwa kanak-kanak, tekanan perasaan ketika zaman kanak-kanak aku..kebencian yang amat pada seorang insan. kebencian yang akhirnya menjadi dendam
jiwa kacau,jiwa remaja,dendam kesumat (pergh ayat)

lagu-lagu billboard chart, hitz fm, fly fm,sum41,beyonce
movie hollywood favourite, siri tv favourite ,charmed,desperate housewives
program realiti fav,queer eye for the sraight guys
hafal lagu-lagu omputih, walking disaster, helena, etc etc etc
semua tu favourite aku.

namun, hampir 20tahun aku hidup kat dunia ni
aku hampir tak sedar apakah tujuan utama aku hidup kat sini
hanya seperti orang Barat, hidup di dunia ni utk enjoy, dah mati nanti
tamatlah kisah hidup kita. enjoy beb,selagi hidup.tua nanti taubat la kan.
(macam tau je bile ajal)

tapi kita lain, kita bukan orang Barat, selepas mati kita ada destinasi lain.
destinasi yang kekal abadi,yang akan menentukan tempat tinggal kita yang kekal selamanya
aku tak pernah fikir itu semua,bagi aku hidup ni fokus kepada kerjaya..kerja
assignment, assignment,presentation,family, pencapaian. etc etc

sungguh,aku terlalu sombong kepada penciptaku.tak pernah langsung ingat padaNya
yang beri aku semuanya, menjadikan bumi untuk aku menetap,langit sebagai atap, membentuk aku lalu memperelokkan rupa aku,tak ada cacat, dan memberi rezeki kepada aku setiap hari,untuk aku hidup.tapi apa aku buat untuk balas semua tu?
bersyukur?langsung tidak..
solat?macam tak ada rasa apa pun.solat hanya seperti ritual dan amalan. tak rasa apa.

bagi aku paling penting dalam hidup ialah family.ayah mama.kakak,nana,adik,pia
dan semestinya, sebagai seorang perempuan, aku mencari cinta lelaki
tapi aku tak pernah sedar bahawa, ada lagi yang penting dalam hidup aku
lagipun nanti kita mati,kita sorang-sorang,
tak ada mama ayah nak teman,kakak, suami, sahabat-sahabat

Ya Allah,betapa alpanya aku. terlalu gembira dan seronok dengan hidup
tak pernah langsung bersyukur,memujiMu atau meluangkan masa utk agama Mu
aku berdoa supaya aku masih lagi berpeluang memperbaiki diri
selagi aku masih lagi bernafas
berilah aku masa untuk mencari bekalan-bekalan untuk dibawa bersama nanti
aku memang pengecut sedikit, takut pada perubahan.takut kalau tak ada siapa nak berkawan.takut nanti semua lari.tapi aku yakin kalau semua tu berlaku, pasti ada pelangi di sebalik itu.semoga aku akan terus dengan semangat ni.

Kepada Ayah,Mama,Kakak,Nana,Pia,Adik
Sahabat-sahabat yang mengenali dan bersahabat dengan ku, dan kepada sorang itu
Maaf dipinta jikalau ada mengguriskan dan menyakitkan hati selama ni
Perangaiku memang agak kureng sikit.apatah lagi cepat panas.(panas baran ni.hehe)
Mohon maaf. Kepada yang pernah wat salah kat aku pun, aku dah maafkan
tiada lagi istilah dendam.,mulai saat ini aku nak buang jauh-jauh dendam
Aku Sayang Semua.Sayang Kamu Semua..kerana Allah..
Sekian wassalam~

Oh ABM..

Salam


Agak tension dengan Alat Bantu Mengajar (ABM)
Kerana terlalu banyak yang aku perlu lakukan lagikk
apatah lagi setiap kumpulan perlu sediakan ABM bagi semua tajuk
Dari Minggu pertama sampai minggu last T_T
Setiap kali buat ABM, banyak perkara yang perlu difikirkan dan diteliti
Bukan nak lawa dan kreatif ja
Setiap apa nak buat tu kena step by step
Banyak encik kasi komen bagi setiap ABM yang dilakukan
Jadi kena lebih berhati-hati bila buat ABM
antara perkara yang Encik akan tekankan

1. Bayangkan kamu nak ajar kanak-kanak yang tak kenal langsung ABC. macam mana cara kamu nak ajar mereka Step by Step
(Jadi di sini aku dan kawan-kawan perlu meletakkan pemikiran di peringkat kanak-kanak,dan fikirkan banyak faktor)

Antara faktor-faktor yang Encik selalu tekankan:
  • Huruf-Huruf A-Z mesti besar dan jelas supaya budak-budak nampak. yang dicadangkan, sebesar setengah dari kertas A4
  • jangan campurkan huruf besar dan huruf kecil
  • gunakan suku kata yang mudah mudah
  • dan ...etc etc etc etc etc etc
Jadi otak berada pada tahap kefeningan yang agak serius dan ditambah lagi dengan kerja kerja subjek lain. . . . . .. . . . . . . .. . . . . . . . . . . .. . . . .

____________________________________________________________

apa-apapun, senyum dulu :) tension mana pun, rileks sebentar bersama kopi radix
mai seceewen~


cutestfood.com

Tuesday, July 20, 2010

"Saya remaja yang agak awal meletakkan sikap. Masalah remaja kini ialah mereka tidak bersikap. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak bersikap dalam hal kemasukan budaya asing, sebagai contoh. Mereka tidak bersikap dalam hal politik negara yang iklimnya tidak menentu kebelakangan ini. Mereka tidak bersikap dalam hal agama yang menuntut kita menerobos masuk wilayah sempit untuk tiba ke samudera yang lebih luas lagi. Mereka tidak bersikap apa-apa pun. Mereka hanya melulu. Bukan meletakkan sikap pada sesuatu isu. Oleh sebab terburu-buru itulah mereka masuk ke jaringan yang rancu. Tanpa sikap, kita tidak dapat menentukan situasi diri kita. Untuk bersikap, seseorang perlu menggali jati dirinya kembali. Hanya dengan bersikap, remaja dapat mengenal letakan dirinya, sama ada di tengah hedonisme melanda ataupun di tengah gelodak pluralisme menduga." - Faisal Tehrani, Dewan Siswa April 2010.

Cuti Lagik

Salam
Hari ni free kerana cuti Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Terengganu asik cuti aje .best betoi.hoho

Ayuh siapkan ISL yang ditangguh tangguh
supaya hati berasa lapang di kemudian hari.ayuh ayuhhh

maafla post sekarang ni agak mungkin agak memboringkan
tapi sekarang ni aku tiap kali nak post apa-apa,
aku akan berpikiaq beberapa kali
supaya post yang ingin di post itu mempunyai makna dan ilmu di dalamnya
tak pun at least memberi input kepada orang lain

tapi kadang-kadang akan terselit jugak la bebelan harian
ala-ala diari gitu.sebab memang hobi dari dulu suka tulis diari
tapi kena hati hati jugak, sebab hal hal peribadi tak boleh dikongsi semua
jadi hal hal umum sahaja yang akan dikongsi bersama.
ecewah.

oklah,mari merajin kan dirimu!! (ditujukan kepada penulis)
sekian wassalam~

Sunday, July 18, 2010

Erti Hidup

Salam

"Erti Hidup Pada Memberi"

Semakin banyak kita memberi, semakin bermakna hidup ini.

Tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.

Jagalah hubungan sesama manusia dan memberi erti kehidupan kepada orang lain

Bukan sahaja sesama manusia, tapi dengan makhluk lain juga

Haiwan, tumbuh tumbuhan

Sesungguhnya hidup ini lebih bahagia jika kita sayang menyayangi sesama makhluk

Sekian wslm

_______________________________________________________

*pagi-pagi otak fresh lagi ,ada la idea nak bergurindam.ahah~

Saturday, July 17, 2010

mari makan

source:cutestfood.com

Salam
Lapar betul pagi ni, lepas tu terjumpa gambar kek ni.
Jadi sesiapa nak bagi kek macam ni waktu birthday ku nanti, silalah
sila sila silaa ya. hakhak (dengan muka tak malu minta kat orang)
Tapi daripada bagi kek, baik jugak bagi buku, boleh baca dan simpan
kek ni tak boleh simpan, sekejap makan,pastu dah hilang,
jadi, bagilah hadiah yang boleh dikenang seperti buku.ecewah
nak bagi barbie boleh jugak.
oklah, tatau nak merepek apa pagi2 ni.
wslm

Friday, July 16, 2010

Selamat Hari Lahir ke26

Salam
Pada tanggal 16 Julai 1984
Tatkala seorang wanita sedang berjuang untuk melahirkan anak
Ketika masih lagi bergelar pelajar universiti
Lahirlah seorang bayi perempuan yang comel dan..gemuk kot :p
Bayi perempuan itu diberi nama yang mempunyai makna

"Yang Diredhai"

Kini beliau sudah pun berumur 26 tahun
Dan juga telah bergelar isteri orang
Juga merupakan seorang anak kepada kedua ibu bapanya dan
kakak sulung kepada
Saya ^.^ (gambar besday girl tak dapat disiarkan)
Ini kek yang specialll utk besday girl

source:http://cutestfood.com

Apa-apa pun, maya mendoakan supaya kehidupan kakak diberkati dan drahmatiNya
Walaupun kakak sibuk bekerja siang dan malam
InsyaAllah pekerjaan kakak yang murni
memberi berkat dalam kehidupan kakak sekeluarga
Maya doakan supaya kakak terus menjadi anak dan kakak yang solehah
memberi teladan yang baik kepada adik-adiknya
menjadi isteri yang solehah kepada suami
dan bakal menjadi ibu mithali :P

heheeee. jangan lupa kalau dapat perempuan ,bagi nama
Sumaiya Junior.muahahahaha.

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 26 Kakak!
Sayang kakak :)
nak hadiah ke?tunggguuuuuu. eheh!

*Semakin umur meningkat,semakin dekat dengan kematian

Pesbuk~

Salam.
Balik rumah hari tu mama tanya kenapa delete facebook
Aku bagi alasan sebab bila ada fesbuk nanti malas buat kerja
Assignment tak buat(lambat buat), ISL tak buat.semua la tak buat
Lepas tu mama kata "boleh je guna FB kalau pandai kawal diri.jangan la buka selalu.macam mama, mama buka kadang2 aje. lagipun senang sikit chatting kat facebook, jimat kredit."
Tapi aku memang jenis tak boleh nak kawal.Fesbuk ni macam satu ketagihan.bila tak buka sehari rasa macam hilang ja hidup.bhahah.
Pernah masa sem lepas, punya la bangun pukul 3 pagi nak wat ISL,
Last-last wat ISL sikit ja, FB yang banyak.ish ish ishh

Minggu lepas pulak Nana (kakakku) call,sembang punya sembang dia pun tanya la
"Maya, awat gi delete Facebook??"
aku pun jawab la.saje saje nak delete.lagipun kalau ada FB,aku selalu buka sampai ketagih
"Susah nak contact maya bila takda FB ni. habis silaturahim dengan maya terputus.nak share2 cerita ke, nak tag gambo ke."
Aku pun cakap, "Alaa.ka hp ada.call la selaluuu"
ehe.itu la kisahnya.

FB tu berguna kepada orang yang pandai guna dan bijak bahagikan masa
Tapi jenis aku, aku tak bijak nak guna FB ni. mungkin antara kerugian dia aku lost contact dengan kawan-kawan lama dan cikgu cikgu lama. tapi takpelah,insyaAllah kalau umur panjang kita ketemu ye.ehehe.kalau diorang betul-betul nak contact aku,mesti diorang usaha tanya kawan-kawan lain. :p kehkeh.

oklah,itu sahaja bebelan untuk kali ini.sekian wassalam~

Thursday, July 15, 2010

Penat dong

Salam
Fuhh FUhh.penat.baru siap wat latihan Geografi yang encik Norisin Kasi
5 Graf secara manual, 5 graf menggunakan microsoft excel.
Before buat Geo, buat sikit ABM.Potong-potong Abjad.
Letih betul semester ni!

Rindu gile zaman PPISMP.
zaman rileks2 santai. tiap hari keluar jalan.mauhahaha.
Oklah, tak elok tido lambat-lambat.nanti cepat tua.eceh.
Rehatkan minda dan badan anda.Jangan tido lambat ya rakan rakan
Ayuh tido awal.eceewah.
Wassalam

Wednesday, July 14, 2010

Tajuk Blog Yang Baru

Salam
Ehem.dengan rasminya aku ingin mengumumkan pertukaran Tajuk Blog ini
Di mana sebelum ini ialah "Yesterday Once More"

Telah ditukarkan kepada "There's A Rainbow Always After the Rain"
Quote di bawah tajuk blog juga ditukar.
Berikut adalah sebab musabab aku menukar tajuk blog ini

1. "Yesterday Once More"
Kalau tengok balik, ayat ni macam cakap,"hari semalam datang kembali"
macam tamau berubah ja,cam salahkan takdir gitu.hakhak
"today,i made the same mistake just like yesterday"
Hari semalam mai balik hari ni.dan seterusnya seterusnya
Yesterday once more

Oleh itu, yesterday once more sangat tidak sesuai untuk dijadikan prinsip hidup.
jadi, ikutlah kata-kata
"There's A Rainbow Always After The Rain"

Hidup aku sebelum sebelum ni pun sungguh banyak hujan.
Pernah kadangkala aku selalu salahkan hujan.Sian hujan asik disalahkan..kn?
masa aku sekolah dulu, macam-macam jadik kat diri aku. tak pernah aman hati dan hidup
kadang-kadang bila fikir semula sebab kenapa aku macam tu
bila post mortem semula, memang semua yang jadik tu adalah disebabkan kita jugak
semuanya yang terjadik adalah balasan kepada tingkah laku dan perangai kita

masa sekolah dulu aku suka dendam kat orang,dengki, pastu hipokrit.solat pn ikut syarat ja,tunggang terbalik.macam-macam perangai aku dulu. tapi depan orang aku hipokrit, dalam hati macam-macam penyakit ada. waktu sekolah dulu aku suka dengar lagu-lagu bising, sum41,blink182,yellowcard,papa roach,bla.bla.tak ingat dah.tapi byk lagi lirik yang aku hafal sampai sekarang,antaranya lagu scar-papa roach.ahaks.dulu bila dgr macam ni,aku rasa sesuai dengan jiwa aku yang berkecamuk. aku selalu salahkan takdir yang aku ni kurang pandai.masa sekolah dulu selalu dapat result teruks teruks.
then...THE END.banyak lagi kisah dahulu,kisah Zaman Gelap.
tak perlulah dikenang lagi. InsyaAllah semoga Zaman Reformasi akan berterusan

Itulah sedikit sebanyak Kisah Pertukaran Title Blog aku ni
Semoga Tajuk Blog yang baru ni bakal memberikan semangat baru dalam hidup ini
harap anda semua sudi terima pembaharuan blog ini
terimalah

"There's a Rainbow Always After The Rain" (grammar betoi ka dak ni?pakai copy paste kat google ja ni.kalu salah habaq mai nah)

Some people are always grumbling because roses have thorns, but I am Thankful that thorns have roses
____________________________________________________________

* Everything happens for a reason. Every action has a reaction :)

Melebur Takabbur

Salam
Di sini aku ingin mempromote majalah Solusi yang terbaru
ISU 21 : MELEBUR TAKABBUR


Kepada yang tidak pernah membaca majalah SOlusi, dapatkan di kedai berhampiran BSN Jerteh
Try try la baca. InsyaAllah kalau baca dengan tekun, setiap artikel tu banyak memberikan input pada diri kita,ayat pun sesuai dengan kita yang masih remaja ni (erk.remaja lagi ke?)

Banyak artikel yang best dalam isu ni,antaranya yang menarik ialah coretan bertudung labuh. pengalaman penulis yang bertudung labuh. Antara yang aku tertarik ialah dia cakap,

Bila bertudung labuh ni, orang nak ragut handbag pun tak boleh, Kemungkinan besar tak boleh dan aku pun rasa mustahil orang boleh ragut beg tangan .Sebab handbag tu ada dalam tudung yang labuh, so peragut mana nak nampak kan. tak pernah pun aku terfikir yang camni. hehe. aku respek pada kawan-kawan ,junior dan senior senior yang dulu pakai tudung biasa, sekarang pakai tudung labuh penuh. mesti banyak perkara yang korang pikir sebelum betul2 nak tukar tudung labuh.ada seorang hamba Allah yang aku kenal, masa first masuk maktab, dia biasa-biasa ja.tapi sekarang ni bertudung labuh.tengok muka dia pun rasa tenang aje..

Sapa sapa nak beli gi la beli. harga RM9.00
kalau nak try baca dulu pun boleh. pinjam kat aku yek.

*(Awat aku semangat sangat promote solusi?boleh kot jadi promoter solusi.ehe)

Kerjaa

Salam
Puhh puhh.penat!sem ni busy betul.dengan ABM,dengan aktiviti PJ yang selalu kena praktis
pastu reja subjek-subjek lain pun ada gak.isk isk

Tapi aku suka PJ.sebab PJ boleh main main.lari-lari, lompat-lompat.rasa release skit tension
Semalam baru wat persembahan untuk pergerakan lokomotor.satu kumpulan 8 orang
nasib baik la tak de kena komen banyak sangat dengan encik
walaupun kumpulan kami present entah hape hape
dah la tak synchronise, pastu berterabuq abes.ahaks
ape ape pun , sem ni susah la nak blogging. bz bz.ahaksss

Monday, July 12, 2010

SBE Sem ini

Salam
SBE semester ini akan berlangsung seminggu sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri
Dan aku ingat nak buat dekat rumah kawan
Tapi bila fikir-fikir semula faktor-faktor puasa dan persiapan raya
macam mengganggu pulak nanti duk rumah orang
sian pulak.eheh.

SBE kali ini digalakkan buat berpasangan sebab ada aktiviti ape ntah
Taktau lagi aktiviti apa. tapi ada la aktiviti tu.
Pikir punya pikir, last sekali decide untuk buat SBE
di sekolah lama di Kulim dan keseorangan
Harap perjalanan SBE nanti berjalan lancar.
Semoga diredhaiNya.amin

Saturday, July 10, 2010

Nadamurni Harapan Pada Ayah Ibu

Salam
Disini saya ingin berkongsi nasyid faveret masa waktu sekolah rendah
Dinyanyikan oleh kumpulan Nadamurni bertajuk Harapan Pada Ayah Ibu
kalau tak silap UNIC ada nyanyi lagu ni jugak.tapi versi UNIC takbest
nadamurni lagi best.kalu nak try dengar,search di 4shared .

HARAPAN PADA AYAH IBU

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah kami semua
Ajarlah kami asuhlah kami
Mengenal tuhan Yang Esa

Bantulah kami hidup akhirat
Hidup akhirat yang lebih utama
Sedarkanlah kami
Akan tipu daya dunia

Bimbinglah kami asuhlah kami
dengan penuh kasih sayang
Segala apa kesalahan kami
Dibetulkan dengan bijaksana

Perkataan maki harus jangan digunakan
Kerana ia menyalahi sunnah rasul mulia

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
Agar mudah kami mencontohinya
Jangan macam ketam yang berjalan bengkok
Ia mengajar anaknya berjalan lurus

Wahi ibuku wahai ayahku kasihanilah kami
Bimbinglah kami mengikut cara sunnah nabi
Janganlah kami dididik secara yang Yahudi
Kami akan rugi di dunia dan di akhirat

*
Kenalkanlah kami hidup di dunia yang menipu
Asuhilah kami cintai akhirat yang abadi
Akhirat utama dari dunia yang fana
Dunia menipu merosakkan manusia

Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
Ayah ibu janganlah kau berkecil hati
Kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
Disertakan doa kesejahteraan kepadamu ayah dan ibu

(Ulang dari *)

Itulah harapan kami pada ayah dan ibu
Itulah harapan kami ayah ibu

Jangan Menghina

Salam

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut". (Riwayat Al-Tarmizi)

Berjalan

Salam
Alhamdulillah elaun sudah masuk.
Sebenarnya memang minggu lepas plan dah nak klua jmaat ni ( 9Julai2010)
Walaupun waktu tu takdapat elaun lagi,tapi kami memang nak p KB sebab ada la sikit
hal.ehe

Jadi kami pun bertolak pukul 9 pagi ke KBMall.
Seperti biasa,tempat wajib gi kalau gi KB ialah kedai Dinie Ahmudi kat Jln Dato Pati
Sebab kedai tu kedai faveret aku untuk beli tudung.kadang2 ada orang pesan beli.

Lepastu pergi KBMall. mula-mula sampai gi makan dulu, depa ni nak makan kat Rasamas
Aku pun ikut je.tapi disebabkan aku nak jimat duit(bukan kedekutt ehhh),aku pun beli
burger RM2.80 kat A&W pastu bungkus makan sekali dengan depa kat Rasamas.wahhaa!!jimat duit!

Lepastu pergi kedai baju,pastu gi Popular,pastu SMO,pastu kedai komp.pastu gi pacific pastu gi tesco then gi big apple.Setakat ni aku hanya membelanjakan wang untuk tujuan tujuan yang memang ada dalam List Barang nak beli. So aku tak tersasar dari matlamat aku gi KB.tapi, ahaaa.ada gak out of list,tapi satu barang ja.kehkeh

untuk ABM

buku faveret adik.sekali sekala perabih duit utk adik tsayang.ecewah


Lepas gi tesco maka kami pun pulang dan singgah sat rumah Izzati.
Kesimpulannya, aku tidak membazir banyak sangat seperti sebelum sebelum ini
before ni kalau gi KB, mesti beli kek secret recipe,dan akan perabis duit beli brang-brang tak perlu sperti beg, perfume, jam dan barang-barang comel.

Akhirnya, aku berjaya untuk menahan diri dari beli mende merepek.ahaksss
sekian wassalam.