Wednesday, December 29, 2010

Saya dan Aku

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Setelah sebulan menggunakan "saya"
(oh ya sebenarnya untuk percubaan baru)
Rasa sangat tidak ke"Sumaiya"an
It doesnt look like the real Sumaiya
Perhaps i should change it back to 'aku' . .
I miss "Aku"


I am not so gentle or full of softness or soo behave,so and sooo etc etc
I am Sumaiya.
Simple. Unknown
Full of secrets
Unpredictable
Full of curiosity
About Islam, life and nature
Never give up in my life
Still searching for the real of me
And trying to be better day by day

Seems like "saya" is not click with me
Dont you think so,  eh?

(eceehh.gedik sungguh speaking.hehhe)

truly

Ibarat Sekujur Badan

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Daripada Nu'man bin Basyir r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Perumpamaan orang Mukmin dalam kasih sayang, rahmat-merahmati dan kemesraannya adalah seperti sekujur tubuh. Apabila satu daripada anggotanya merintih kesakitan, maka segala anggota lain akan turut sama berjaga malam dan demam (Dalam menanggung kesakitan)."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Kamu tidak akan dapat masuk syurga sehinggalah kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman selagi tidak menjalinkan kasih sayang sesama kamu. Mahukah kamu aku ajarkan satu perkara yang sekiranya kamu lakukan, akan dapat menjalinkan kasih sayang sesama kamu? Sebarkanlah ucapan salam antara kamu." (Riwayat Abu Daud dan Al-Tarmizi)

"Sesiapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya." (Riwayat Al-Tarmizi)

"Allah menolong hambaNya, selama hamba itu menolong saudaranya." (Riwayat Muslim)


- - @- -> - - - 

Berdasarkan hadis di atas, betapa pentingnya persaudaraan dalam Islam. bukan di kalangan sanak saudara kita dan keluarga sahaja, tapi antara seluruh umat Islam. Kita ada saudara!

Dalam kehidupan ku seharian, sometimes kita akan terasa dengan orang sekeliling kita kan. Lebih lebih lagi kalau persahabatan kita tidak dihargai. atau
Bila kita tengok orang lain yang agak 'kureng' tingkah lakunya, pakaiannya, cara pergaulannya
mulalah hati ni jahat nak mengata. 
"eii,teruknya orang ni. " astaghfirullah hal'azim. 

saya juga termasuk orang-orang yg sebegini. kita manusia, tak lari dari kejahatan hawa nafsu sendiri
dan kejahatan syaitan yang sering goda kita. 
inilah hidup kita, berjuang untuk berlawan dgn kejahatan hawa nafsu kita..syaitan..

setiap hari kita selalu buat silap, dan kita nak berubah ke arah kebaikan
but sometimes kita terlalu ingin berubah kee arah kebaikan sehingga kita rasa macam kita seorang sahaja yang berubah baik ,orang lain tak. betul tak? ya,saya merupakan salah seorang seperti di atas. perasan nak berubah baik sorang sorang

sampailah satu hari tu, saya mengalami satu pengalaman yang sangat mengajar saya di mana, dalam perubahan kita ke arah kebaikan, kita perlu juga mengajak kawan kawan kita, saudara seIslam kita untuk berubah. sedih hati ni hanya Allah yang tahu.. walau sekeras mana pun hati insan tersebut, kalau kita tidak mampu untuk mengubah dia, berdoalah utk insan-insan ini. kritikan,cacian, hinaan, pulauan, etc etc.  itu semua tak diajar dalam Islam.

antara yang paling mengajar diriku yang perasan bagus,
jangan sekali kali membenci orang yang telah melakukan kesilapan. walau sebesar mana pun kesilapannya. sebab kita tak tahu, selagi orang tu tak meninggal dunia lagi, tak mustahil Allah akan buka pintu hatinya untuk bertaubat. . . kita hanya mmpu berdoa supaya Allah mberinya hidayah di samping mberi nasihat sekadar mampu..

Allah..terasa hina sungguh diri ini, terlalu ingin berubah sehingga rasa diri lebih baik dari yang lain. sehingga abaikan saudara seIslam yang lain! 

"penyakit ahli ibadah ialah riya' "

bermula saat dan detik peristiwa itulah.. diri saya terkesan daripada peristiwa tersebut. hingga detik ini,

Seburuk mana pun orang, kita tak boleh menghina dia macam kita ni konpem ahli syurga, dia konpem ahli neraka. sama-sama kita doakan insan yang masih lagi tidak terbuka hatinya untuk mendekati Allah.
dan kalau mampu, sama-sama kita nasihat dan ubah mereka dengan cara.. berhikmah.



Islam tu Indah. subhanallah :)

wslm
 

eskalator

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam
oh baru perasan blog ni semakin lama semakin boring!
ngiahahaa.tapi takpa tadak sapa baca pun.
dapat keseronokan sendiri apabila dapat menulis di sini
tak kisah la pembaca tadak pun .hoho

haaa ni nak cerita sikit pasai kejadian di giant kulim pada detik 8.30 malam tadi
tadi pi teman kakak ku berjumpa ex schoolmate dia. pi dengan adik ku
masa kat eskalator tu, ada la depan ni budak lelaki dalam lingkungan umur 9 tahun
sedang menolak troli di atas eskalator
dan dua orang adik nya yang berada dalam troli tu

pehtu masa nak sampai dekat atas tu, seperti kita tahu troli tu cam ada magnet kan
dan kita kena tolak troli tu sikit klau da sampai kat atas tu
tapi adik tadi dia tak tolak dan membuatkan troli itu tersekat di situ
dan troli tadi macam tertolak yang agak kuat la sebab masih tersekat dan
saya dan kakak dan adik pun tertolak troli tu sebab eskalator kan bergerak
dan kami juga tersekat disitu sebab troli tu melintang atas eskalator menghalang kami
dan adik dalam troli tu terpelanting jatuh ke bawah

agak panik waktu tu sebab troli tu tersekat dan
guwer hanya cuba mengangkat troli itu yang tersekat dan sangat sukar untuk membuat apa2 waktu tu
dan.. okaylah agak bosan cerita ni. tapi moral di sini ialah

1. Mak Ayah sepatutnya alert jangan le bagi anak-anak sendirian memmbawa troli.duk la tepi depa ka, budak budak ni macam2 lagi tak tau dan boleh membahayakan depa. jadi ibu bapa kena la sentiasa berwaspada dan jangan biarkan macam tu ja, budak2 ni masih kecik, tak reti lagi handle troli berat2.

begitulah alkisahnya.
 sekian wassalam
  

Tuesday, December 28, 2010

My Comel

بسم الله الرحمن الرحيم

salam
hari ni saya nak cerita tentang anak saudara saya yang first
muhammad muadz ikhwan nama dia.
saje la excited sikit nak cerita sebab yang first kan.
muadz dah umur sebulan lebih dan makin comel dan tembam.

muadz juga seringkali dibuli oleh makcik2 dia 3 orang dekat rumah ni
cik ngah, mak teh dan mak su nye
mesti muadz ikhwan seronok kan sebab ramai sayang dia
bagi perhatian kat dia. ehe


Bila tengok Muadz ni, mesti saya terfikir tentang orang orang yang buang bayi ni..
macam mana orang sanggup buang bayi yang sangat comel dan lemah . .
kalau dengar baby nangis pun dah rasa kesian.tengok muka yg comel lg la ksian..
macam mane ek sanggup buang anak sendiri? sangat tak berperikemanusiaan!
kesian sangat kat baby2 tak berdosa tu...hmm

lagi satu kalau tengok Muadz, mesti terfikir tentang diri sendiri.
Terfikir, hmm,bukan senang nak membesarkan anak kecil baru lahir ni
Setiap 2 jam kena bagi susu, kalau tak, boleh kena demam kuning
Lepastu nak mandikan lagi, nak jaga lagi.fuh~sangat mencabar tugas seorang ibu!


Muhammad Muadz Ikhwan bin Irzan Fadhli :)

wassalam

 

Land-locked countries

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Today, we will learn new words to improve your vocabulary in English
And today, a kajian sosial's teacher will teach you English
please focus okay?
do not be afraid if you cant speak english correctly
just hantamm saja ya.hakhak

Land-locked countries

What is a land-locked countries?
Land-locked countries is a country with no coastline at all


Negara yang tidak mempunyai persisiran pantai . kiranya di sekeliling negara tersebut hanyalah tanah sahaja.misalnya seperti gambar bawah ini :



List of land-locked countries in Asia

Afghanistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan,Uzbekistan, Bhutan, Laos, Mongolia, Nepal

_________________________________________________

That's all for today lesson
hope u will get something from this post. ehe
till then.
wassalam :)

truly,
 

Monday, December 27, 2010

Pismp Kajian Sosial 2 :D

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam,
Akhirnya selama beberapa tahun,
blog kelas saya, Pengajian Sosial 2
telah bertukar wajah 
kepada wajah yang lebih simple dan putih
sebab tema simple dan putih adalah faveret orang yang tuka layout ni.
ish ish ish.suka ati je kan tuka layout kelas mengikut citarasa sndiri

blog ini adalah tanda kasih kami semua
walaupun saya dan aini ja hat wat post,tapi takpala
asalkan blog kita hidup :D

sayang hangpa semua! :)



Jemputlah singgah ke blog kelas kami
yang tak seberapa ni

hehe



wslm
 

Friday, December 24, 2010

Nama Baru

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam

Saya memikirkan lagi tajuk baru untuk blog ini
Tahun ini sahaja dah berapa kali tukaq nama blog ku tercinta ini
baru baru ni open my eyes
tapi rasa tak seronok sebab mcm tak sesuai je dalam bahasa inggeris
Plus, ada terjumpa satu blog ni sama tajuk dengan blog ni.
rasa cam tak dak kelainan di situ.

malam tadi waktu tidoq dapat idea lagi
idea tajuk baru.

masih dalam planning nak buh tajuk apa, tapi nak ada perkataan
"Ilham"
entah akhir akhir ni minat sangat dengan nama Ilham ni
sebab ada terbaca kat mana satu buku ni, tentang firman Allah tentang ilham ni
Ilham kita semasa dalam kehidupan seharian
semuanya diilhamkan oleh Allah

kalau kita pandai, kita lupa diri.
padahal semua itu ilham dari Allah.

ilham.ilham. suka betul nama ni.

any suggestion? utk tambah dengan ilham ni?

wslm
dari hati,
  

Membaca

بسم الله الرحمن الرحيم


"Apa komen seorang tokoh Yahudi terhadap kelembapan budaya membaca umat Islam?



Dia berkata:


 "Kita tidak takut dengan orang Islam . Sebab orang Islam kini adalah umat yang tidak membaca! "


solusi isu 18, ms 6


* anda semua rasa malu dan sedih tak bila orang cakap camni kat orang Islam.sedihkan?kita diperlekehkan...tapi kesilapan siapa?silap kita jugak kan?malas membaca!


mulai detik ini,saat ini, mari kita tanamkan azam untuk timba ilmu dan rajin membaca!
 membaca bahan yang beri kita ilmu.bukan yang hanya memberi kita hiburan.
sudah sudahlah tu dengan hiburan.
Islam dipijak pijak,sebab kita agungkan sangat hiburan yang dicipta oleh yahudi


Ayuh kita bangun! Sedar dari lamunan tidur dan hiburan melampau!


wslm
dari hati kecil,

 

Harapan

بسم الله الرحمن الرحيم 

Salam

Alhamdulillah hari ni macam mane entah boleh mendapat ilham dan idea untuk menambah sesuatu dalam blog ini. seperti yg saya beritau sebelum ni,saya nak cuba untuk memberi sesuatu kepada pengunjung blog ni . (perasan macam ramai je pengunjung kat sini.ahah~)

sesuatu yang bermakna dan bermanfaat untuk difikirkan bersama. mungkin untuk perbaiki diri dan muhasabah diri,atau ilmu yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian .
Hidup ini kita perlu saling memberi :)

harapan saya ialah supaya tak hangat hangat tahi ayam dalam melakukan perubahan blog ni. macam tahun lepas macam2 plan tapi satu pun..yilekk. tak jadi pa pun.

antara idea yang bernas tersebut ;

1. Post tentang artikel yang telah dicopy dari Majalah Solusi. Bagi saya majalah solusi ni banyak sangat ilmu yang boleh dikongsi bersama. sebab dia mudah difahami dan padat dgn ilmu. Lagipun, saya ni tak pandai lagi nak buat ayat sendiri dan ilmu agama pun masih kurang. InsyaAllah semoga saya istiqomah dalam mengepost artikel dr solusi .

2. Post tentang english, sebab saya pun  nak improve english ni. tentang vocabulary dan ape2 yang kaitan dengan english.

3. tentang culture negara-negara lain, sebab saya memang minat dari kecik untuk mengetahui culture bangsa dan negara lain. dan teringin nak belajar bahasa negara lain. masa sekolah dulu berangan nak jadi lingustic!hakhak. berangan kuat!

4. apa apa info yang boleh diaplikasi dalam hidup seharian dan yang memberi kebaikan kepada orang lain

5. apa apa yang berinformasi supaya blog ni 'hidup' sikit dan ceria! tak la suram je tengok kan

Itulah antara harapanku untuk blog ini. Semoga tercapai impian ni, bukan seperti hot hot tahi chicken okay.

sekian wassalam~
dari  hati
  

Wednesday, December 22, 2010

PSV atau Muzik

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Minggu lepas heboh antara budak budak KS batch kami
Tentang minor kami
Sebab minor ditetapkan masa sem3. 
Dan minor tak sama bagi setiap batch
Macam senior saya major KS juga tapi minor BM atau BI

Entah macam mana batch kami tersesat ditetapkan minor PSV atau Muzik
saya minat PSV.muzik pun minat jugak.
tapi hati lebih kepada psv sebab suka melukis
muzik tak berapa nak sebab saya malu lah nak nyanyi-nyanyi sorang2 dan buat gaya
Mesti nyanyi pun kena bersemangat kan sebab nak ajaq budak sekola rendah
Kalau kalau ada amali muzik nanti kan. Mana nak tau kena nyanyi individu atau compose lagu kanak2 sendiri ke. (kuatnya berangan)



Memang lah, nanti dah posting pun maybe kena ajar muzik dan subjek2 lain
Saya tak kisah kalau dah posting kena ajaq muzik sebab boleh nyanyi depan budak budak je pun
Ni kalau minor muzik, saya belajar subjek ini dalam kelas tiap minggu. 
Dan depan lecturer dan kawan-kawan. Malu nya =.=
Ye memang ada Asas Permainan Keyboard. tapi nati sem akan datang akan belajar nyanyian dlm bilik darjah. huwaa! Tak mboh!!tamau!


gambar dari iklan.pilihan-rakyat.com

Masih dilema antara muzik dan psv.
mana satu yang sepatutnya saya pilih
mama suruh amik psv.
minat psv. muzik minat juga
tapi lebih kepada psv.
Nak psv tapi taknak tukar kelas :(
sebab dah selesa dengan kelas sekarang ni. lagipun banyak memori kami cipta bersama.
isk isk isk...........

semoga Allah memberikanku ilham untuk membuat keputusan yang terbaik nanti.
Amin. 

cetusan hati, 

 

Perempuan by Hilal Asyraf

بسم الله الرحمن الرحيم

Perempuan

Perempuan, kamu berharga dalam jiwa ini. ~ Picture by Healzo of Deviant Art
Perempuan, kamu berharga dalam jiwa ini. ~ Picture by Healzo of Deviant Art
Perempuan. Tahukah kamu bahawa kamu itu sangat mahal?
Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunia ini adalah perempuan.
Percaya? Saya bukan nak main gula-gula di sini. Tetapi saya serius menyatakannya. Ketahuilah bahawa, makhluk yang paling saya sayangi di atas dunai ini adalah perempuan.
Mengapa?
Jika yang lelaki bertanya, saya mungkin memahami. Tetapi perempuan, jika kamu yang bertanya, maka saya kehairanan.
Apakah kamu tidak tahu megapa saya sayangi kamu? Adakah kamu tidak menyedari betapa istimewanya kamu?
Aku dari rahim seorang perempuan
Kalau difikirkan semula, tiada lelaki yang dilahirkan selain dari rahim ibu melainkan Nabi Adam AS. Perhatikanlah Sultan, pemerintah, perdana menteri, laksmana, tentera, pegawai, jurutera, doktor, doktor falsafah, genius, semuanya dilahirkan dari perut seorang perempuan.
Saya, dari rahim seorang perempuan juga.
Tiada manusia dilahirkan hebat. Mereka semua dilahirkan sebagai manusia biasa. Tetapi biasanya manusia-manusia hebat ini mempunyai ibu yang hebat di sisi mereka. Yang mendidik dan memberikan suasana kepada mereka semenjak kecil.
Mengapa pula saya tidak menyayangi perempuan? Mengapa pula saya tidak mengambil berat terhadap mereka? Dari rahim mereka lahirnya pewaris masa hadapan!
Sekiranya saya membiarkan perempuan rosak, dirosakkan, merosakkan diri mereka, maka sama sahaja dengan saya membiarkan masa hadapan dunia hancur, gelap, kelam dan hitam.
Jangan lupa, dari rahim perempuan juga lahirnya penderhaka, penjenayah, perogol, pencuri, yang ingkar kepada Allah, pembohong, dan banyak lagi manusia-manusia yang mencorakkan dunia dengan kehitaman. Hatta Ariel Sharon juga lahir dari perut seorang perempuan.
Sekiranya perempuan yang menggendong masa hadapan dunia selama 9 bulan 9 hari ini rosak, di mana masa hadapan dunia?
Mustahil saya tidak menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan yang saya inginkan, melainkan perempuan juga menyayangi diri mereka dan menjaga peribadi mereka daripada perkara yang Allah larang dan murka.
Perempuan sayap kiriku
Saya hendak berkahwin dengan siapa? Mustahil dengan lelaki. Baik macam mana pun saya dengan Hafiz Zainol Abidin, Tengku Fahmi, mustahil saya akan berkahwin dengan mereka.
Saya akan berkahwin dengan seorang perempuan.
Mustahil saya tidak menyayangi kaum ini. Yang menjadi isteri-isteri dan pendamping kepada lelaki. Yang menjadi pengawal kepada segala rahsia seorang lelaki. Yang menjadi guru kepada anak-anak seorang lelaki. Yang menjadi penenang dan penyejuk mata serta pendamai jiwa seorang lelaki.
Kestabilan seorang perempuan, menjamin kestabilan seorang lelaki.
“Apabila enta bangun tidur dan melihat isteri enta di sebelah, enta akan merasakan keajaiban penciptaan Allah SWT” ~ Pakcik Rosdi. Dan dia berkata dalam keadaan tersenyum. Hidupnya bahagia dengan ketenangan isterinya: Cikgu Maimunah binti Hashim.
Maka mustahil saya hendak membiarkan perempuan rosak, dirosakkan atau merosakkan diri mereka sendiri. Kerana mereka adalah penjaga-penjaga lelaki di satu sisi. Suami-suami memerlukan isteri-isteri yang solehah, yang baik, yang taat kepada Allah dalam rangka hendak membangunkan ummah. Tidak dinafikan isteri-isteri juga memerlukan suami-suami yang baik. Tetapi bukan sedikit lelaki yang berubah kerana cinta seorang perempuan. Maka mengapa perempuan tidak mempersiapkan diri mereka lebih sedikit untuk mengubah seorang lelaki dengan cinta?
MasyaAllah.
Saya amat menyayangi perempuan. Maka tiadalah harapan saya melainkan perempuan menyayangi diri mereka sendiri. Menjaga diri dari kerosakan. Menjaga diri dari kemungkaran. Mempersiapkan diri menjadi hamba Allah yang taat. Buat apa yang disuruh, meninggalkan apa yang dilarang.
Maka amat menyedihkan saya jika…
Bila sayang, akan datang ambil berat. Semestinya demikian. Saya amat hairan kalau seseorang itu menyatakan sayang kepada si fulan: “Aku sayang sangat dengan kau” kemudian dia melemparkan si fulan itu ke dalam api. Mustahil itu adalah sayang.
Maka kerana sayang itu jugalah saya akan terluka apabila melihat perempuan-perempuan berkeliaran tanpa menutup aurat. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercedera apabila melihat ada perempuan-perempuan tidak menjaga maruah mereka dan berpeleseran dengan lelaki tanpa segan silu. Kerana sayang itu jugalah saya akan terasa apabila melihat perempuan-perempuan menayangkan akhlak buruk mereka. Kerana sayang itu jugalah saya akan tercucuk dengan perempuan yang tiada rasa malu pada diri mereka.
Kalaulah perempuan tahu bahawa mereka memegang nasib dunia. Mereka bakal ibu dan isteri. Ibu kepada anak dan isteri kepada suami. Nyatakan kepada saya bagaimana mereka ini tidak memberikan kesan kepada dunia? Semestinya mereka ini memberikan kesan. Dan kesan yang diberikan oleh kamu wahai perempuan, bukannya sedikit bahkan besar.
Sudah wujud di dalam sejarah, kerajaan hebat jatuh kerana seorang perempuan. Sudah wujud di dalam sejarah, abid hebat jatuh kerana seorang perempuan.
Sebab itu saya sangat menyayangi perempuan dan sering memikirkan mereka.
Apakah perempuan-perempuan memikirkan diri mereka sendiri?
Penutup: Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Tetapi…
Jika sayang ini tidak berbalas, tidak mengapa. Bukan tujuan saya menulis artikel ini untuk disayangi perempuan. Tetapi tujuan saya menulis artikel ini untuk perempuan menyayangi diri mereka sendiri.
Maksud sayang pada saya adalah = Hendak masuk syurga bersamanya.
Maka kalau tak nak masuk syurga dengan saya, at least kamu kena lah rasa hendak masuk syurga dengan diri kamu wahai perempuan. Maka jagalah diri, persiapkan peribadi. Kamu pemegang masa hadapan dunia. Dan tiada yang memberikan kesan lebih besar terhadap dunia selain kamu wahai perempuan.
Kalaulah kamu tahu betapa sejuknya mata ini melihat perempuan-perempuan yang berakhlak. Kalaulah kamu tahu betapa senangnya jiwa ini melihat perempuan-perempuan yang pemalu. Kalaulah kamu tahu betapa seronoknya kalbu ini melihat perempuan-perempuan yang menutup aurat. Kalaulah kamu tahu betapa tenangnya diri ini melihat perempuan-perempuan yang menjaga batas pergaulan.
Wahai perempuan, tidakkah kamu memandang diri kamu berharga?
Maka jangan murahkan.
Siapkan dirimu untuk menggoncang masa hadapan dengan keimanan dan ketaatan.
Bukan dengan kehancuran dan kerosakan.
Sungguh, saya merayu di sini. Agar kamu mencintai diri sendiri.

__________________________________________________________________________

* artikel yang mnarik ingin dikongsikan bersama.semoga sma-sama kita ambil kebaikan dari isi artikel ini :) Perempuan, tingginya nilai diri mu. Jangan murahkan nilai mu.. 



cetusan hati,