Sunday, October 18, 2026

Oktober 2026

Assalamu'alaikum wbt

Hampir 1 bulan lebih , kini ku kembali lagi,

Kali ini hanya sementara, sekadar untuk memberitahu dan bercerita sedikit

Oktober adalah hari lahirku

6 Oktober 

Oktober tahun ni jugak, aku mula cuti belajar selama 2 tahun.

Sepanjang 1 bulan ni sebenarnya banyak aku berfikir tentang diri aku,

Apa yang berlaku dekat diri aku selama 1-2 tahun ni

Aku juga kerap kali membuka 'blog' itu untuk membaca beberapa post berbeza bila aku berkelapangan

Untuk menyedarkan diri aku yang selama ni masih in denial mode

Aku pun tak tahulah kan kenapa la aku boleh sedemikian dan sebegitu rupa

Tapi aku tekad untuk tidak lagi membiarkan masa lalu membelenggu lagi diri aku

Aku perlu settlekan apa yang aku mulakan, dan  aku juga perlu tamatkan semuanya dalam diri aku sendiri

In denial tu terlalu kuat selama 1 tahun ni, mungkin itu ada trauma response aku kehilangan sesuatu yang mungkin tak ada closure yang proper selama ini. 

Aku sebenarnya agak tersentuh hati bila aku berjumpa staff kebersihan sekolah aku, akak ni cakap dekat aku, "Cikgu saya bangga dan happy sangat dengan cikgu. Saya doakan cikgu supaya semakin terbang tinggi  selepas ini. terbang tinggi tinggi tau cikgu "

Walaupun agak ringkas dan simple apa beliau ucapkan, aku sangat terharu dan tersentuh hati. 

Ramai rupanya yang mendoakan aku yang baik-baik, murah rezeki, sihat selalu

Dari anak murid aku, staff kebersihan, rakan sekerja, pak cik guard dan sebagainya.

Semuanya doa yang baik-baik dan harapan yang tinggi dekat aku, mereka pandang aku semua perkara yang baik-baik tentang aku. Kadang aku sebak, sebab aku bukanlah sebaik yang mereka sangkakan dan harapkan. Kalau mereka semua tahu tentang aku, pasti ramai akan kecewa sangat dengan aku, kan?

Bila fikir semua ni, aku cuba untuk nak buang in denial aku yang sekian lamanya aku biarkan ia begitu selesa ada dalam diri aku.

Satu hari, pada hari lahirku, aku buka blog tu untuk baca, owh ada post Oktober 2026.

Tapi bila klik, no post. Dan seperti kebiasaannya, aku akan ulang membaca beberapa post untuk menyedarkan aku tentang realiti, beberapa post yang buatkan aku cuba parallelkan masa tu dengan apa yang telah berlaku semasa zaman remaja, semasa zaman maktab, selepas maktab. dan beberapa kisah yang aku baru tahu tahun lepas setelah sekian lamanya. 

Dan aku pelik kenapa aku masih in denial walaupun dah tahu beberapa peristiwa sebenar yang berlaku sepanjang tempoh tu, yang mungkin kalau aku tahu pada masa itu dan waktu itu, aku terus dapat closure yang muktamad sebab aku rasa aku sendiri tak boleh terima beberapa kenyataan yang pahit dan menyakitkan pada tempoh itu. 

Tapi as usual aku masih in denial semua tu sebab aku masih percaya dan yakin dengan mindset dan tanggapan aku pada tahun 2006-2008 tu. macam otak aku tertinggal pada tahun 2008 tu sahaja tak nak dah gerak ke hadapan. Bila dah tahu beberapa realiti dan kenyataan, taknak juga menerima kenyataan yang pahit dan menyedihkan realiti berlaku pada tempoh 2006-2015. Nak kata bodoh, tak la bodoh sangat aku ni. Cuma itulah, macam jadi bodoh, kan?

Slowly dalam tempoh sebulan ni, baru aku sedar, mungkin selama ni apa yang berlaku adalah sebenarnya satu kesilapan. bukan suratan atau kebetulan. Apa yang berlaku setahun lebih ni adalah satu kesilapan dari aku yang menyebabkan kesan yg sgt besar. Entahlah nak explain macam mana, tapi kini aku sedar realiti. Yang aku dah mula sedari dari mimpi dan tidur aku yang begitu panjang. terlalu in denial sampai tak nak bangun dari mimpi.

Aku dah tak rasa emosi bergelodak, aku dah tak rasa nak flashback apa-apa, aku dah tak rasa nak ambil tahu, nak ambil peduli, aku dah tak kisah apa-apa, aku dah tak heran apa-apa. bila aku kerap baca balik blog tu, aku baru sedar akulah mangsa sebenarnya selama ni, mangsa yang tak dapat closure betul. mangsa tapi aku in denial nak stick to tahun 2006-2008. aku taknak bergerak ke hadapan, taknak berhadapan realiti walaupun semua perkara yang telah diberitahu dan sangat menyakitkan hati aku.aku masih nak berada pada waktu itu, saat itu, yang selama ni aku tertanya tanya. aku masih tak boleh menerima realiti dan kenyataan itu.

sekarang , aku cuma mendoakan yang terbaik buat hidup kalian semua. semoga bahagia dunia akhirat dan mendapat keredhaan Allah. aku jugak ingin memohon maaf atas kekhilafan aku, mohon maaf atas janji aku, dan atas segala apa yang pernah aku lakukan selama 1 tahun ni. 

tiada suratan. tiada kebetulan.semuanya adalah kesilapan dan kekhilafan dari aku sendiri.

and this is the closure. 

the end. 

Friday, May 22, 2026


 

Thursday, May 21, 2026

Rahmat Ujian - Mestica

 Dalam derita ada bahgia

Dalam gembira mungkin terselit dukaTak siapa tahuTak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabarTapi hatilah yang remuk menderitaInsan memandangMempunyai berbagai tafsiran
Segala takdirTerimalah dengan hati terbukaWalau tersiksaAda hikmahnya
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Allah rindu mendengarkanRintihanmu berpanjanganBersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Segala takdirTerimalah dengan hati terbukaWalau tersiksaAda hikmahnya, wuuu
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelma (bersyukur)Itu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikanHanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Harus ada rasa bersyukurDi setiap kali ujian menjelmaItu jelasnya membuktikanAllah mengasihimu setiap masa (kasih Allah)
Diuji tahap keimananSedangkan ramai terbiar dilalaikan (bersyukurlah)Hanya yang terpilih sahajaAntara berjuta mendapat rahmat-Nya
Allah rindu mendengarkanRintihanmu berpanjanganBersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberiMaka bersyukurlah selalu

Friday, April 17, 2026

Buku Baru 2026

 Assalamu'alaikum wbt

Dengan ini aku ingin membuka lembaran baru

Buku baru bagi tahun 2026,

Selama beberapa tahun kebelakangan ni aku mengalami up and down emotionally dan mentally

Betul apa kawan aku cakap, proses dan perjalanan healing diri ni sangat la berserabutttt, kau akan jadi macam bukan diri kau yang sebenar. dan selepas beberapa lama aku refleksi diri, aku rasa apa yang aku alami dalam 2-5 tahun kebelakangan ni ialah ' midlife crisis'. 

Mungkin betul la bila kita baca info kata umur nk masuk 40-an ni kadang perangai berubah. dan aku yakin, dengan jati diri yang kuat dan tabah dan pegangan agama, kita semua boleh hadapi midlife crisis dengan lulus. kalau tak lulus, memang akan merosakkan diri kau sendiri. Itu yang kadang umur 40 tu yang perangai acaah acah muda balik agaknya kan.

Ni aku jumpa AI bgtau. tapi nanti aku share dengan korang supaya korang pun alert dengan ni dan cuba menghadapinya dengan tabah seperti aku.

A midlife crisis often acts as a bridge between the "past life" (who you were in early adulthood) and a potential "new life" (who you want to be), marked by intense self-reflection, emotional turmoil, and the questioning of prior choices. Typically occurring between the ages of 40 and 60, it involves confronting one's mortality and assessing unfulfilled goals.

Pehe dop sep mu? Aku rasa ini apa yang aku alami dalam 5 tahun kebelakangan ni. ada beberapa perkara  dalam hidup yang aku tak dapat proper closure, yang menjadi tanda tanya dan tergantung persoalan. 

Selama aku hidup 36 tahun, aku ingatkan semua tu tak effect diri aku sebab masa aku zaman remaja dan awal usia belia, memang jenis pendam ja emosi tak reti luahkan sangat, aku macam blank dan blur. rupanya semua yang aku pendam tu, dia keluar dengan liarnya di usia menginjak 40-an. otak aku memang tak berhenti bekerja, macam-macam flashback, selagi tak dapat jawapan aku memang tak tenang, aku jadi rindu semua nostalgia dan rasa macam frust sangat sebab ada beberapa perkara aku tak decide dengan lebih baik, dia lebih kurang macam nak salahkan takdir la gitu.

Walaupun aku ada pegangan agama, tapi dari segi ketahanan emosi dan mental, aku sangatlah fragile dan lemah, sebab foundation emosi aku dari kecik memang tak kukuh. Aku ada childhood trauma yang masih tak berapa pulih sepenuhnya, dan emosi pun memang masih belajar nak mengimbangi diri sendiri. 

Jadi bila mengalami midlife crisis ni, aku kadang rasa macam aku bukan diri aku sangat dan emosi yang lampau tu lebih menguasai diri aku. Aku siap PM member aku pakar psikiatri sebab aku rasa aku ni gila ka,sakit mental ka ? sebab aku sendiri tak faham diri aku kenapa aku buat mcm tu dan macam ni, padahal itu bukan diri aku di masa sekarang. Macam ada sesuatu yang kawal diri aku yang aku sendiri tak boleh kawal. 

Aku rasa, semua tu adalah segala emosi dan perkara yang aku dok simpan simpan dari dulu, yang tak dapat closure yang betul dan tak settle down betul-betul. 

Alhamdulillah aku rasa 2026 ni aku lebih tenang, dah macam diri aku yang baru, versi lebih tenang tak ada rasa macam orang gila, macam tahun lepas dan sebelum ni. 

Oleh itu di sini, aku ingin menyusun 10 jari memohon maaf terhadap insan-insan yang terkesan dengan perangai aku beberapa tahun kebelakangan . Aku kalau boleh nak delete setiap komen aku dkt FB dan post merepek meraban aku yang dah macam karangan tu . 

Owh dan kalian semua jika ada jejak komen daripada aku ke, yang aku tulis merapu, ada "blog" ke yang aku tulis entah apa-apa jugak, harap korang boleh la delete ja. atau bagitau aku, aku nak delete. mungkin aku tak boleh delete. Tapi harap dapatlah delete semua jejak aku, komen aku,post aku yang aku tulis masa aku tak berapa betul sebelum sebelum ni. Aku tak mau orang lain tahu perangai aku masa midlife crisis, dan kalau boleh aku nak padam semuanya tak mau ada jejak langsung

Oleh itu, aku tulih dekat blog ni sekali sekala rasanya melepaskan apa aku rasa, sebab FB aku dah deactivate, aku akan aktif time cuti panjang ja. ni antara langkah aku ke arah misi visi nak bebas media sosial one day. Time aku rasa nak tulih, aku tulih, rasa nak menyepi jap, aku private balik. Rasa nak membebel jap sekali sekala, aku public semula. Macam chipsmore gitu

Oklah, sekali lagi aku ingin menyusun kemaaafan kepada semua orang di atas kegilaaan, ketidakwarasan, keannoyedan aku, etc2 negatif tentang aku sepanjang aku menghadapi midlife crisis ni

Adakah aku menyesal? Ada yang aku menyesal ada yang okay okay la kot. Tapi aku fikir kalau aku tak hadap semua ni, mungkin aku takkan rasa dan capai ketenangan sekarang ni, kot kan? Aku rasa Allah uji ni untuk aku lebih bersedia dari segi mental dan emosi untuk kehidupan akan datang yang aku tak tahu apa ujian yang bakal aku hadapi selepas ini. 

Jadi aku akan membebel jap seminggu lebih ni bagi hilang stress sikit sebab tengah siapkan proposal ada interview 29 april ni. lepas tu private balik. konsep sama mcm FB sat aktif sat deactivate gitu

Oklah pembaca sekalian. Adioss.