Friday, April 17, 2026

Buku Baru 2026

 Assalamu'alaikum wbt

Dengan ini aku ingin membuka lembaran baru

Buku baru bagi tahun 2026,

Selama beberapa tahun kebelakangan ni aku mengalami up and down emotionally dan mentally

Betul apa kawan aku cakap, proses dan perjalanan healing diri ni sangat la berserabutttt, kau akan jadi macam bukan diri kau yang sebenar. dan selepas beberapa lama aku refleksi diri, aku rasa apa yang aku alami dalam 2-5 tahun kebelakangan ni ialah ' midlife crisis'. 

Mungkin betul la bila kita baca info kata umur nk masuk 40-an ni kadang perangai berubah. dan aku yakin, dengan jati diri yang kuat dan tabah dan pegangan agama, kita semua boleh hadapi midlife crisis dengan lulus. kalau tak lulus, memang akan merosakkan diri kau sendiri. Itu yang kadang umur 40 tu yang perangai acaah acah muda balik agaknya kan.

Ni aku jumpa AI bgtau. tapi nanti aku share dengan korang supaya korang pun alert dengan ni dan cuba menghadapinya dengan tabah seperti aku.

A midlife crisis often acts as a bridge between the "past life" (who you were in early adulthood) and a potential "new life" (who you want to be), marked by intense self-reflection, emotional turmoil, and the questioning of prior choices. Typically occurring between the ages of 40 and 60, it involves confronting one's mortality and assessing unfulfilled goals.

Pehe dop sep mu? Aku rasa ini apa yang aku alami dalam 5 tahun kebelakangan ni. ada beberapa perkara  dalam hidup yang aku tak dapat proper closure, yang menjadi tanda tanya dan tergantung persoalan. 

Selama aku hidup 36 tahun, aku ingatkan semua tu tak effect diri aku sebab masa aku zaman remaja dan awal usia belia, memang jenis pendam ja emosi tak reti luahkan sangat, aku macam blank dan blur. rupanya semua yang aku pendam tu, dia keluar dengan liarnya di usia menginjak 40-an. otak aku memang tak berhenti bekerja, macam-macam flashback, selagi tak dapat jawapan aku memang tak tenang, aku jadi rindu semua nostalgia dan rasa macam frust sangat sebab ada beberapa perkara aku tak decide dengan lebih baik, dia lebih kurang macam nak salahkan takdir la gitu.

Walaupun aku ada pegangan agama, tapi dari segi ketahanan emosi dan mental, aku sangatlah fragile dan lemah, sebab foundation emosi aku dari kecik memang tak kukuh. Aku ada childhood trauma yang masih tak berapa pulih sepenuhnya, dan emosi pun memang masih belajar nak mengimbangi diri sendiri. 

Jadi bila mengalami midlife crisis ni, aku kadang rasa macam aku bukan diri aku sangat dan emosi yang lampau tu lebih menguasai diri aku. Aku siap PM member aku pakar psikiatri sebab aku rasa aku ni gila ka,sakit mental ka ? sebab aku sendiri tak faham diri aku kenapa aku buat mcm tu dan macam ni, padahal itu bukan diri aku di masa sekarang. Macam ada sesuatu yang kawal diri aku yang aku sendiri tak boleh kawal. 

Aku rasa, semua tu adalah segala emosi dan perkara yang aku dok simpan simpan dari dulu, yang tak dapat closure yang betul dan tak settle down betul-betul. 

Alhamdulillah aku rasa 2026 ni aku lebih tenang, dah macam diri aku yang baru, versi lebih tenang tak ada rasa macam orang gila, macam tahun lepas dan sebelum ni. 

Oleh itu di sini, aku ingin menyusun 10 jari memohon maaf terhadap insan-insan yang terkesan dengan perangai aku beberapa tahun kebelakangan . Aku kalau boleh nak delete setiap komen aku dkt FB dan post merepek meraban aku yang dah macam karangan tu . 

Owh dan kalian semua jika ada jejak komen daripada aku ke, yang aku tulis merapu, ada "blog" ke yang aku tulis entah apa-apa jugak, harap korang boleh la delete ja. atau bagitau aku, aku nak delete. mungkin aku tak boleh delete sebab aku taktau "password". Tapi harap dapatlah delete semua jejak aku, komen aku,post aku yang aku tulis masa aku tak berapa betul sebelum sebelum ni. Aku tak mau orang lain tahu perangai aku masa midlife crisis, dan kalau boleh aku nak padam semuanya tak mau ada jejak langsung, kang nanti "orang lain" jumpa, kiamat dan gelap masa depan aku rasanya . hahahhaha 

Oleh itu, aku tulih dekat blog ni sekali sekala rasanya melepaskan apa aku rasa, sebab FB aku dah deactivate, aku akan aktif time cuti panjang ja. ni antara langkah aku ke arah misi visi nak bebas media sosial one day. Time aku rasa nak tulih, aku tulih, rasa nak menyepi jap, aku private balik. Rasa nak membebel jap sekali sekala, aku public semula. Macam chipsmore gitu

Oklah, sekali lagi aku ingin menyusun kemaaafan kepada semua orang di atas kegilaaan, ketidakwarasan, keannoyedan aku, etc2 negatif tentang aku sepanjang aku menghadapi midlife crisis ni

Adakah aku menyesal? Ada yang aku menyesal ada yang okay okay la kot. Tapi aku fikir kalau aku tak hadap semua ni, mungkin aku takkan rasa dan capai ketenangan sekarang ni, kot kan? Aku rasa Allah uji ni untuk aku lebih bersedia dari segi mental dan emosi untuk kehidupan akan datang yang aku tak tahu apa ujian yang bakal aku hadapi selepas ini. 

Jadi aku akan membebel jap seminggu lebih ni bagi hilang stress sikit sebab tengah siapkan proposal ada interview 29 april ni. lepas tu private balik. konsep sama mcm FB sat aktif sat deactivate gitu

Oklah pembaca sekalian. Adioss. 

No comments: