Friday, November 20, 2026

Thread dan Proses Berfikir

 Assalamu'alaikum wbt

Sejak aku deactivate FB & IG,

Aku aktif tiktok. tapi akhir akhir ni tiktok dah jarang buka sebab rasa boring pulek tengok video

Aku jenis tak suka tengok video lama-lama, cepat boring

So aku sekarang aktif Thread. sebab aku suka membaca.

Akhir ni banyak pulak isu kan. Tapi aku suka Thread sebab aku boleh nasihat dan komen dekat entah sesiapa aku tak kenal pun hahaha. Tapi kadang best jugak sharing dan bagi nasihat dekat orang.

Before ni aku kupas pasal hormat kan, ni aku sebenarnya terfikir dan refleksi diri aku la

Ada isu vampire skrg kan, haha. Aku nak highlight dekat Aqish tu. Aku pun kesian dekat dia dulu-dulu

Tapi nampak kan,lama-lama macam dia selalu playing victim, victim mindset. Paham dak?

victim mindset (or victim mentality) is a learned psychological pattern in which a person consistently views themselves as a helpless target of external forces, blaming outside circumstances or other people for their failures and problems. 
It differs from being an actual victim of a hardship or trauma. Instead of viewing a setback as a temporary event, a person with this mindset adopts victimhood as a core personal identity. 
______________________________
Playing the victim card" (often shortened to "victim card" or "playing the victim") is an idiom describing a behavior where someone exaggerates or fabricates their own suffering, misfortune, or helplessness to manipulate others, gain sympathy, or avoid taking responsibility for their actions. 
Instead of addressing a mistake or engaging in a fair discussion, the person shifts the focus onto how unfairly they are being treated
_____________________________________________________

Apa-apa terjadi, dia akan cakap macam semua orang jahat, semua dia salahkan, then guna point trauma dia, apa dia pernah lalui, then salahkan orang sekeliling. Kiranya semua orang salah lah, dia adalah mangsa keadaan.

Entah tiber kan aku terfikir, kenapa aku rasa aku pun macam tu ek sikit sikit sejak 1-2 tahun ni? 2024-2025? aku gunakan trauma childhood aku hadapi, dan beberapa trauma lain, sebagai point aku untuk aku nak selfish, nak dapat balik apa aku tak dapat, aku rasa aku sepatutnya dapat tapi tak dapat. aku tak rasa aku ada salah, aku rasa aku ada hak untuk cover balik semua mende yang aku pernah hilang dulu dan trauma yg aku hadap tu, adalah salah orang sekeliling. iya mungkin la ada mmg 1-2 orang penyebabnya 

tapi, mcm Aqish tu, dia keep repeating, mention pasal orang buat jahat dekat dia dan mak dia. orang lain semua berniat jahat, tak memahami situasi dia, etc2.cuma dia rude lebih la,aku sopan lagik haha.

tapi pattern lebih kurang samala dengan aku, kan? 

rajin betul aku berfikir. sejak sambung belajar ni memang kena banyak fikir dan analisis artikel . so aku dah mula train otak untuk tengok sesuatu tu dengan pandang berbeza dan lain. dia macam mula hang zoom out, the zoom in balik.then zoom out, tengok sudut pandangan lain etc2. 

so, mcm Aqish tu, dia macam tak ada growth, dok dalam circle 4 orang vampire tu. sayang kan?dia nampak bijak budaknya, tp tak pernah sekolah proper since kecik. so proses sosialisasi dia dengan orang lain dan masyarakat, sangatlahhh terhad. tu dia punya pemikiran nampak macam dalam kepompong. rasa nak nasihat dia pi la masuk Giatmara belajaq potong rambut ka,memasak ka, bengkel baiki kereta ka apa ka. dengan laki 2 orang dalam hidup dia tu. pi la buat mende lain. berkembang bergaul dengan orang lain. kesian dia dari kecik dah kerja berlakon, tak ada memori kanak-kanak mcm kita.so saddd..

oklah , point utama aku di sini , tak salah hang ada trauma yang hang tak boleh lupa, but you have to validate your trauma, your emotion, and accept it. and live with it, but you must know how to control it ,so it will not affect you and your life. and try to growth, move forward, do something in your life to keep growing and just enjoy your life to the fullest. many other things you can do,before you die. so just find something to enjoy before you die .gitchew. hahahh. 

boring la hidup asyik nak sedih sedih psl trauma hang. come on, you can do better okeh. so, sekarang selain sibuk hal gosip sensasi, aku sebenarnya ambik sesuatu pengajaran dari kes tersebut. hm satu lagi aku baru tahu syida melvin tu pernah tolak2/tunjal sikit pala ex laki dia. ehh hangin aku! tu pengajaran juga, hormatlah suami .dah la suami tu bukan kaki pukul  baran ka apa. ada ka patut hang buat laki hang gitu! weh aku lahh. buat malu orang parit buntaq ja!

kesimpulannya, aku sekarang nak fokus growth diri aku, dan nak jaga sayangi diri aku elok elok dengan amanah Allah bagi. dan jugak fokus pada suami dan anak-anak. tapi apa-apa pun aku letak diri aku dulu no 1, maaf bukan anak-anak atau suami no 1. sebab?kalau aku tak jaga diri dulu, macam mana kita nak jaga suami dan anak-anak, ye dak? so aku akan pi spa urut tiap bulan, perabis duit untuk skincare, haircare,bodycare, pedicure manicure, baca buku, belajaq sesuatu kemahiran baru, karaoke, driving, dan sebagainya. kita fefeling positif, cantik, wangi baru la bersemangat nak jaga suami dan anak elok elok ye dok sepmung?

sekian nite u ollss

Thursday, November 19, 2026

Hormat

 Assalamu'alaikum wbt

Beberapa minggu lepas heboh kes seorang yang dikenali ramai, bersama adik beradik perempuannya buat live 150k menyerang ex beliau di rumah kediaman mereka. Beliau dan adik beradik memaki, memalukan, buang baju ex, mengejek, etc2 kepada ex beliau.

Sebelum live tu aku rasa ada beberapa kejadian juga dia up dkt media sosial, ex ejek dia jual laicikang, ex tolak meja sampai pecah kaca, etc2. aku tak ambik port sangat, sebab tak minat depa adik beradik yang bingit hingaq dan kuajaq .

Tapi bila aku tengok serba sedikit live tu  dkt thread dan tiktok, aku sedih. takdak langsung ka hormat hang dekat ex suami yang pernah sama-sama cinta dulu?yang adik beradik pun macam monyet menjerit mengejek entah apa apa. lepastu cakap ex suami Narcissist. hello??Narcs gapo dio gitu.  sebab apa aku kata bukan Narcissist? Sebab Narcs aku kenai sgt mcm mana. mustahil dia akan sediakan dan bagi adik dia dok rumah sekali, Narcs ni sangatlah berkira, kedekut, tak ada empathy, dia kalau boleh, biaq isteri dia ikut cakap dia daripada cakap mak mertua dia, tak reti nak hormat orang, mulut pun suka menyakiti orang, dengan budak?hehh, takdak nya nak layan elok. anak tu maybe macam hamba yang kena ikut ja apa cakap dia. 

ko tengok ex suami hang. ada tak macam tu? anak elokk je bermanja dengan ex suami dia. ish aku la, hangin tengok perempuan perangai gutu. hat ex biras pun tengok ja sambil gelak. dayus betul . hang lelaki kot?hang biaq bini hang maki maki buli lelaki lain? mana maruah hang sebagai suami dan lelaki biar bini hang perangai biadap macam tu?

pengajaran di sini, perempuan tak sentiasa betul. ada ja perempuan narcissist. nasib baik aku tak. aku hampirrr jadik sebegitu masa selepas SPM, aku perasan perangai toxic aku dekat beberapa orang, tapi alhamdulillah aku sedaq daripada terus kan . kadang tak sedar sebab kita dah dibesarkan dengan environment toxic dan narcissist tu.

buat perempuan bergelar isteri, kalau laki hang tu hang benci sangat pun kan, jangan lah sampai malukan maruah dia sampai macam tu. kesian sgt, mcm dipijak pijak maruah. settle lah elok elok antara ampa tak payah up public. 

aku tengok video tu. terbayang muka laki aku. kesian lahai, walaupun tak perfect, tapi korang kena ada ihsan dan hormat dekat laki hampa. peringatan untuk aku jugak pun, aku pun bukanlah terbaik perfect, cuma aku suka minta maaf . sebab aku tau aku pun tak perfect. laki aku pun tak perfect.

inshaAllah sama-sama kita perbaiki diri, nak sama-sama masuk syurga. takmau masuk neraka.

Dari mana datangnya cinta?

Kata Buya Hamka, cinta itu hadir melalui pelbagai pintu. Ada pintu suka, ada pintu nafsu tetapi yang paling indah ialah cinta yang melalui pintu kasihan.

Kerana sifat kasihan itu adalah sifat paling terpuji dalam diri setiap insan.
Bahkan itu sifat Tuhan iaitu ar-Rahman yang bermaksud Tuhan Maha Pengasih.
Tuhan itu menitipkan sifat kasihan dalam diri manusia untuk kita saling berbudi, saling mengasihi dan saling melengkapi.
Seperti kita bertemu dengan orang dalam kesusahan. Meskipun tidak dapat membantu sepenuhnya, pasti terdetik dalam hati untuk rasa kasihan dan bersimpati dengan nasibnya.
Sama seperti kita terjumpa kucing di jalanan atau di restoran. Kita tidak sampai hati untuk mengusirnya. Bahkan jika ada makanan lebih, kita berikan kepada mereka.
Kerana dari rasa kasihan, kasih sayang dapat ditemukan.
Dengan rasa kasihan, manusia lebih bertolak ansur dan penyabar.
Dari kasihan itu, kita menjadi lebih prihatin atas masalah orang lain.
Dan, dari sifat kasihan itu, akhirnya dunia dapat didamaikan.
Maka, jadilah orang yang mempunyai sifat kasihan dalam hati. Jika tidak kepada orang lain, sekurangnya kepada diri sendiri.
Semoga hidup ini akan lebih sempurna dengan adanya sifat kasihan yang menyuburkan rasa cinta dalam setiap hati kita.



__________________________________________________________________________________________

https://www.facebook.com/photo/?fbid=188109407112499&set=a.251268584226632

Tuesday, November 17, 2026

Ikhlas

Aku terjumpa satu post kata-kata ni dekat Thread:


"Perempuan ni kuat sebenarnya until trauma and anxiety datang trigger dorang balik

Sebab tu jangan sesuka hati rosakkan mental orang perempuan bila dorang ikhlas sayangkan kau

Nak pulihkan balik mental tu bukannya senang"


Ya, aku ada terbaca beberapa kisah orang yang ikhlas

Perempuan atau lelaki.

Selalunya orang yang ikhlas ni, diuji dengan macam ni.

Pengajaran di sini, perempuan atau lelaki

Jangan mempermainkan perasaan sesiapa pun, kerana kesannya tu mungkin makan bertahun

Lagi-lagi kalau tak ada closure . Kalau ada closure tu mungkin lebih baik sebab dah settle terus.

Ni berdasarkan aku sembang dengan beberapa orang yang aku kenal sekeliling aku la

Yang pernah jugak macam tak ada closure proper, ketidakpastian,

Ada kes sampai ke sudah tak kahwin pun hado

Sebab terlalu kecewa dan takut nak mulakan hubungan baru

So adik adik di luar sana yang baru nak mengenal dunia

Jangan mempermainkan perasaan manusia lain

Ko laki ke, perempuan ke, tolong jangan permainkan perasaan orang

Ko tak tahu sebesar mana kesan kepada orang tu, kesan mungkin berbeza

tapi kesan kepada orang yang memang ada masalah hidup , broken family

Mungkin terlalu besar kesan kepada diri dan emosi dia hingga dia tua

So, mana yang ada anak-anak, berikanlah perhatian dan kasih sayang pada mereka

Sehingga kan mereka tak mencari kasih sayang itu pada orang luar

Especially anak perempuan. Jaga mereka sebaiknya wahai bapa bapa sekalian

Mereka memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang bapa,

Kalau itu pun tak boleh bagi dekat anak perempuan, mereka akan cari perhatian seorang lelaki dari orang luar daripada family

Kesian dekat anak perempuan tu. Sayangilah dan berilah perhatian dan kasih sayang dekat diorang dari kecik sampai dewasa, lagi-lagi remaja, masa tu umur nak perhatian dan kasih sayang seorang lelaki

Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua yang bergelar ibu, ayah, perempuan dan lelaki

Tragedi November

 Assalamu'alaikum wbt

Harini genaplah sudah setahun tragedi November 

Tragedi apa?biarlah aku ja yang tahu 

Aku masih ingat perasaan aku masa tu, rasa macam nak pi terjun sungai pun hado 

Selepas tragedi tu, dah macam tak tentu arah pun ada. Aku ambik masa berbulan-bulan jugak 

Awal tu dalam 5 bulan awal tu sangatlah tak okay, kadang nangis sorang-sorang teringat 

Bila fikir lagi , kesian dekat diri sendiri, tapi pada masa sama padan muka dekat diri sendiri

Sapa suruh cari masalah, kan dah mendapat

Tak ada masalah, hang pi cari masalah, dengan alasan hati hang rasa tak tenteram selagi tertanya-tanya

Lepastu?Bila dah tak tertanya-tanya , hang pulak biarkan masalah tu berlarutan beberapa bulan

Hang tak mau nak stopkan selesaikan masalah tu. Sendiri cari penyakit

Bodoh?Ya memang bodoh. Bodoh tu masih ada tapi sekarang mungkin kebodohan tu ada tinggal lagi 10%


InshaAllah satu hari nanti kebodohan tu dah hilang, mungkin aku akan jadi insan yang berbeza dengan sebelum ni. macam reboot system la kot kan, ke update sistem latest?

Cuma beberapa hari kebelakangan ni aku rasa, aku dah mula rasa pandai untuk tidak peduli

Mungkin teguran dari Allah minggu lepas, terkesan dekat fikiran dan hati aku. Terus tersentap 

Atau terus macam tersedar dari lamunan yang sekian lama aku bermimpi dekat setahun lebih

Aku nak teruskan lagi tak blog ni? Buat masa ni ya

Sebab aku rasa aku okay setakat ni since last aku deactivate blog aku

Aku rasa lebih lapang fikiran dan emosi sekarang.

Hope perkara ni kekal lah sampai bila-bila

Aku dah taknak hidup dalam emosi sendiri dah

Thursday, November 12, 2026

Penanda Aras

Assalamu'alaikum wbt

Kembali lagi ke siaran 

Tapi kali ni sebagai penanda aras, aku nak tengok aku okay tak menulis di sini dan kekal rasional 

Aku nak cabar diri aku sendiri. 

Sebab aku memang nak menulis seperti sebelum ni sebagai medium aku bercerita dan luahan fikiran aku 

Tapi macam biasalah aku jugak manusia yang kadangkala kalah dengan emosi dan perasaan

Bila personaliti dan identiti yang dikuasai emosi perasaan , macam bertukar pulak jadi manusia lain

Adakah aku seperti Mr Jekyll & Mr Hyde?

Tapi bila dijentik teguran dari Maha Pencipta, terus tukar balik personaliti lain.

Pelik aneh tapi benar.

Aku fikir semula, aku pernah mengalami perkara yang sama beberapa kali dalam hidup aku ni.

Ada satu peristiwa yang aku ingat, masa tu 2009/2010 rasanya, lepas aku solat, aku terus capai HP laju-laju nak tgk hp dan reply SMS. lepastu macam ada teguran yang terdetik dalam fikiran aku, kenapa aku lepas solat terus tengok HP? macam kuanghajo dan tak beradab nya aku. aku rasa detik tu aku terus slowly berubah ke arah lebih baik rasanya. 

dari situ sampai lah aku kerja , kahwin aku still personaliti yang baik tu. 

sampailah 2021 rasanya turning point aku rasa aku bertukar jadi personaliti lain tu. 

personaliti yang lama-lama develop ke arah tak berapa baik la kot aku rasa, ikutkan perasaan dan emosi, overthinking, dan tak berapa pandai nak beza baik dan buruk, tak berapa heran asalkan aku dapat puaskan perasaan dan emosi aku, yang maybe selama beberapa tahun sejak 2009 yang aku dah latih dan biasa dengan kebaikan. dia dah letih ke apa entah la.hahaha. 

cuma aku lebih outspoken la semakin lama. tapi ada bagusnya, sebab aku terlalu ikut sahaja apa orang cakap, atau macam takut nak suarakan apa-apa sebelum ni. tapi selepas itu tak dah macam tu.

so macam aku cakap tadi, perasaan bila ditegur tu , contoh nya hang buat sesuatu yang tak baik dari sisi agama, hang tau mende tu salah tapi hang still buat sebab terlalu ikut perasaan dan emosi

tapi one day bila hang sedang buat sesuatu, hang rasa macam hang tersentak, tersedar, terasa berat hati dan emosi, seperti dicucuk cucuk . hang terus macam sedar dari lamunan mimpi yang indah dibuai perasaan. macam ada entiti yang mai tegoq tampaq aku then aku baru sedar . lepastu terus macam jadi rasional dan logik akai sikit

pelik dan aneh kan? adakah aku ni memang ada 2 identiti berbeza?  oklah aku rasa boleh dah buat draft untuk novel setaraf Ramlee Awang Murshid 

so, aku aktif kan blog ini untuk kali terakhir, penanda aras untuk aku decide aku boleh tak teruskan blog ni dengan aku jadi kekal rasional tanpa emosi berlebihan. kalau aku berjaya, aku akan teruskan membebel di sini sampai tua. kalau aku gagal, aku akan delete terus blog ni. tak ada dah nk private ke, nak tukaq blog address ke. kali ni kena walk the talk dah. yes or no je. dah tak ada tapi tapi

sekian. 

Friday, November 6, 2026

Guru dan Tiktok

 Assalamu'alaikum wbt

Aku saja nak share pendapat ku sebagai guru

Ya aku guru jugak walaupun merapu dekat blog ni

Tapi baiklah merapu daripada up video dekat tiktok yang agak kureng

Aku support guru yang up video ada pekdah, share rutin, yang nasihat budak

Tapiii aku cukup tak kenan tengok video yang tayang muka dengan buat muka ketap bibir la, jelir lidah la, huwaaaa korang tak malu ke wahai guru perempuan ituuu?Korang niat nk buat apa?Nak laki terlioq tengok ka apa?Apa motif buat gitu?dengan pakai ketat nampak habis terjojol sana sini. 

Banyak nya masa korang nak bertiktok ek.Aku rasa dekat sekolah tu banyak gila tugas, kelas dan tak dan nak bertiktok bagai. Time free aku kadang lepak surau nak rehatkan diri, dapat energy balik, kadang sembang bersosial dengan kawan kawan di bilik guru. Kadang pi kantin makan, minum dan bersosial jugak dengan kawan-kawan. Takdak masa nak buat benda lain

Tak salah nak tiktok tu, tapi kan, pakaian tu ya Allah aku tengok seksi nya ketat ketat gitu pendek huhuh.Tolong common sense lebih sikit, kita ni murid-murid dok perati tau. depa jadikan kita idola depa

bagi contoh yang baik please. at least dapat la saham pahala tu sikit dekat kita

Niat pi sekolah nak didik anak-anak bangsa. Jangan niat nak dapat view ramai

Please hormati dan martabatkan kerjaya guru ni. Jangan rendahkan

.Sekian bebelan akak guru yang tak berapa cemerlang dan tak pernah langsung dapat APC sepanjang 12 tahun berkhidmat. hahahah

Wednesday, November 4, 2026

Rose Bud Tea #self care


Assalamu'alaikum
haa korang pernah tengok tak dekat tiktok orang dok share teh style cina dok minum
aku dok tengok jugak tapi tak pernah try beli
depa kata kalau rajin minum ni muka berseri dan bau badan takdak sebab bau bunga ros
entah merapu ke apa , tapi setakat minum tak bau ros pun badan aku
maybe info ni kena scam haha
dari segi berseri tu aku pun taktau efek tak,kena tanya orang lain tengok aku berseri ke idok

haritu aku pi Village Grocer dekat area rumah aku
Aku nampak bahagian jual bahan kering masakan
Ada macam-macam bunga kering dan lain-lain yang orang cina suka beli (agaknya la kan)

So aku try beli satu paket, rose bud, kurma cina, longan kering
(jangan boh gula okeh)
rendam dalam ayaq panas
then minum suam suam

sedap wehhhh. 
so sekarang aku dah ada teh kesukaan selain teh hijau jepun, puer tea,oolong tea

depa kata kalau rajin minum ni muka berseri dan bau badan takdak sebab bau bunga ros
entah merapu ke apa , tapi setakat minum tak bau ros pun badan aku
maybe info ni kena scam haha
dari segi berseri tu aku pun taktau efek tak,kena tanya orang lain tengok aku berseri ke idok hahahha

okla u sisturr cepatt cuba jugakkk
rekemen sangat untuk kita dah tua tua ni ha


 

Buy Myself a flower #self love

 "Dear me, these flowers are a reminder that I'm worth blooming for."


____________________________________________________________________

Sekarang ni tak jauh dari rumah aku ada kedai bunga jual bunga borong
tapi dia jual jugak bouquet kecik macam ni
setiap hari gubahan bunga berbeza
murah je uolls, ada RM25, ada RM35.

so sekarang aku punya rutin baru, beli bunga untuk diri aku tiap minggu
lepastu tersengeh la sorang-sorang hhahaha
aku suka bunga rupanya, baru sedar suka bunga bila dah tua tua ni
tapi dari dulu pun memang suka ja tengok pokok bunga cantik cantik

cuma bouquet bunga ni, aku baru sedar aku suka dapat bunga.walaupun last last kena buang kan
tapi perasaan dan excited dapat tengok bunga cantik cantik ni
macam bagi suatu hormon bahagia dan kepuasan
yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata 

antara self love aku untuk diri aku sekarang yang aku baru explore dan discover
ada lagi beberapa self love dan self care yang aku baru explore dan discover jugak. nanti aku cerita dekat sissturrr sekalian. best walaupun duit kena keluarkan la sikit haha

hope para pembaca wanita boleh try jugak selepas ni tau
kita kena sayangi diri kita ok
dan bahagiakan diri kita, tak mau stress stress kirijaaa





Hamka Quote #2

Hati-hati dengan cinta. Karena cinta dapat membuat orang sehat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, Raja menjadi budak. Jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.”


— Buya Hamka