Tuesday, May 5, 2026

Papa Meng

 Assalamuálaikum wbt

Aku sekarang suka jugak dengaq Ameng Spring bercerita

Leka dengaq. baru ni aku tertengok video yang dia cerita kawan sebilik dia di penjara.

Ada ustaz, ada budak gen Z, ada gangster. yang gen z bunuh gf sebab cemburu, ustaz tu rogol bdk ngaji dia,. 

lepastu dia cerita yang dia niat nak belajar agama, tak lama lepastu ada banduan baru masuk, imam time solat dan bacaannya merdu sangat. rupanya dia memang imam masjid, masuk penjara sebab kes pecah amanah wang zakat. dia pinjam sekejap untuk baiki kereta rosak dengan niat nak ganti balik bila gaji dah masuk dah dapat, tapi tak sempat dapat gaji dah ada orang report.

Tapi daripada Papa Meng bercerita pengalaman dia di penjara, buatkan aku terfikir sejahat mana orang tu kalau Allah nak bg dia hidayah untuk bertaubat dan berubah ke arah kebaikan, siapa-siapa pun boleh dapat hidayah tu, tapi kena dari keinginan seseorang tu jugak, bukan hanya harap hidayah tapi tiada usaha dari diri sendiri ye dak? 

Dan orang beragama pun kadang diuji dengan dosa. dosa berat, dosa ringan. Jadi status seseorang tu tak melambangkan dia baik. Baik ke tak tu individu walau macam mana latar belakangnya, macam mana dia nak tahan diri dia dari nafsu jahat, nak kekalkan tahan dari buat tak baik dan ingat Allah, semua tu atas diri kita sendiri, jangan salahkan takdir. semua adalah salah kita sendiri 

Sekarang aku dah jadi peminat Papa Meng. orang Besut pulak tu, orang besut ni dia cakap slang lain sikit. dia lebih kepada Klatey tapi lain sikit slang dia banding klate . Macam ada campur ganung sikit. trademark dia "Laahhhhh"hahahahhahaha


Start Balik dari bawah

 Assalamuálaikum

Aku rasa aku memang kena mula semula menulis sini lah

Ni ja cara aku nak meluahkan, ekspresi diri untuk kebaikan diri aku. Sebab aku tak boleh simpan, nak luah dekat orang pun tak boleh sebab aku tak tau luah pada siapa yang betul aku selesa. So blog ni la member luahan aku sekarang, dan niat aku bukan nak orang tahu itu ini tentang aku, tapi lebih kepada terapi nak regulate emotion aku. Sebab tu aku dah delete mana info2 berkaitan ada nama aku ke, tempat aku belajar ke dekat post lama-lama dengan niat takmau sapa tau identiti aku.

Lagipun aku suspek aku ada ADHD, orang ADHD memang kena rajin buat jurnal menulis untuk otak dia, sebab otak orang ADHD berbeza dari manusia normal. 

So, yeah diri aku yang baru akan tulis jurnal sini untuk kebaikan diri sendiri sebab aku pun dah tak aktif FB mcm dulu, IG pun tak aktif. 

Nanti 10-15 tahun aku boleh baca balik apa yang aku pernah lalui dan hadap pada hari ni. Aku nak start balik bina diri aku dari bawah setelah aku agak hancur sehancurnya menghancurkan diri sebelum ni .

Ok adioss assalamuálaikum semua

Monday, May 4, 2026

Memahami Diri Sendiri

 Assalamuálaikum wbt.

Setelah beberapa bulan aku dalam tempoh percubaan bertenang

Alhamdulillah aku rasa semakin bertenang aku berbanding beberapa bulan lepas 

Sekarang aku rasa lebih banyak berdiam, berfikir dan memerhati. 

Dari segi emosi, aku rasa dah hilang beberapa emosi dan fikiran aku yang sebelum ni terlalu banyak rindukan nostalgia-nostalgia lama. Group kelas zaman belajar aku dah banyak silent reader ja, FB pun dah deactivate kecuali masa cuti sekolah aku aktifkan balik. Sangatlah opposite dengan apa aku biasa buat sebelum ni. aku antara paling aktif dalam group kelas zaman belajar, aku aktif di FB post membebel macam-macam, post rindu kenangan macam-macam especially dengan kawan-kawan.

Slowly berubah ke arah lebih mindful (agaknya). Dan aku banyak berfikir dan diam sekarang. Mungkin mula rasa sedar sedikit demi sedikit dengan diri sendiri. Apa kesalahan dan kesilapan aku dah buat tahun lepas. Dan masih memikirkan kenapa dan kenapa, Kenapa ye aku boleh buat kesalahan tersebut?Dan aku macam hilang ingatan beberapa perkara sedikit kejadian kejadian tahun lepas, ada ingat ada yang aku cuba recall balik, macam samar-samar nak ingat balik.

Since November 2025-Mac  2026 , aku tersangatlah emosi yang aku tak tau nak explain. Bila fikir balik 5 bulan rupanya aku ambik masa untuk move on . Emosi yang hancur berderai berkecai yang berkaitan dengan unsettled emosi aku zaman dulu. Kadang aku sendiri tak faham diri aku kenapa aku jadi macam tu. Aneh aneh betul.

Tapi since April, slowly aku rasa emosi tu jadi kebas dah. Numb bak kata Linkin Park. Aku slowly dah hilang dah perangai gila-gila aku yang aku pernah ada. Mungkin slowly aku dah ready masuk fasa peringkat umur seterusnya? Umur yang lebih banyak cabaran hidup dan anak meningkat remaja kelak?

 Sometimes aku rindu dengan diri lama yang penuh kegilaan dan fun, tapi sekarang slowly aku dah makin lupa macam mana nak jadi macam tu balik.

Aku kadang google jugak la sebab nak memahami apa yang terjadi pada diri sendiri selama beberapa tahun ni, aku terjumpa beberapa info yang kena dengan diri aku

"When a mature, responsible adult—someone with "excellent communication skills" listed proudly in their resume and a mortgage to manage—suddenly slams doors, sulks, or erupts in raw emotion like they're right back in high school, it is not a glitch in who they are. It is their inner teenager acting out. "

"Your inner teenager isn't the enemy. He or she carries passion, creativity, the drive to question, and the raw energy of becoming. When met with understanding rather than judgment, that part can finally settle—and let the calm, capable adult take the lead
https://mentalzon.com/en/post/8549/why-adults-act-like-teenagers-understanding-your-inner-teenager

____________________________________________________

Feeling like a child as an adult is often linked to emotional trauma, attachment wounds, or unmet needs from early life. It can also come from growing up too fast—becoming a “parentified child” who looked after others but never learned how to look after themselves.

________________________________

It’s a time to allow all of your emotions. That holy anger that holds together your values and boundaries. Those fears that show you where you must look. The grief of loves lost and roads not traveled. And to dive into the joy of being alive.

It’s a time to step into letting old things die, no matter how much resistance you experience, no matter how afraid you are of not knowing what comes next or who you will be when you’re free of your old rut.  

https://medium.com/@lori_86546/this-midlife-shift-is-kind-of-like-being-a-teenager-a5903b6d6c6f

____________________________________

Aku sampai sekarang fikir perlu ke aku biar blog ni atau aku delete?Atau biar?atau delete?Biar ke delete?

Selalu bermain dalam fikiran aku, tapi bila dah hampir delete, rasa sedih pulak sebab ada nilai sentimental since 2008 aku buat blog ni. Dan aku perlukan tempat untuk menulis melepaskan apa dalam fikiran aku ke dalam kata-kata. since aku pun dah kurang bercakap, jadi ni la tempat aku nk ekpress kan percakapn ke dalam kata-kata. 

begitulah kehidupan kita, we are not perfect. ada waktu kita buat kesalahan, ada waktu kita buat benda baik, 

paling utama kita berazam untuk tidak lagi melakukan kesalahan yang sama setelah kita menyedarinya

well that's all my reflection for today. wslm

My Mistakes


 


I wish I could press the restart button and erase all the stupid mistakes i've ever made

but..

Without mistakes, we wouldnt be learning anything,

Accept the mistakes and..

Be better you. 


_________________________

monologdalaman