Assalamuálaikum wbt. Hai blogku my safe space. Sihat dak? Nanti aku decorate la hang bagi cantik sikit, macam zaman decorate Friendster dan Myspace. bagi lip lap lip lap meriah sikit.
Aku baru ni kan terfikir beberapa peristiwa dan perkara yang berlaku dalam hidup aku ni
Kadang buatkan aku muhasabah diri, refleksi diri semula.
Ada sebab awalnya kenapa Allah memisahkan aku daripada certain manusia yang aku sendiri rasa sayang dan rindu. Aku memang rasa sayang dan rindu tapi bila Allah jauhkan dari kita, adalah tu sebabnya yang kita tak tahu. Kita pulak dok mencari-cari seusaha mungkin disebabkan perasaan kita rindu dan sayang kepada manusia manusia yang ada memori memori indah dengan kita sebelum ni...
Aku ada kawan baik masa Form 5, tapi nak kata BFF sangat melekat ke sana sini tu idokle
Tapi aku takde la baik sentiasa dengan dia, pernah bergaduh tak bercakap berminggu-minggu, tapi berkawan balik. tp aku still rasa ada memori2 baik dengan dia dan aku rindu sangat nak jumpa dan contact dia balik. Aku lost contact since 2014 rasanya. then 2019 aku usaha dapatkan no dia dari makcik dia iaitu cikgu sekolah aku dulu. then makcik dia bg no maknya.maknya bg no dia. aku happy gila dpt contact dia balik. tapi masa tu aku agak terkilan sebab respons dia mcm tak berapa mau takmau ja mesej aku. then lepas tu dia menyepi. aku pun mcm mls nk contact dia balik.
Then tahun lepas bulan 9 rasanya dia komen dkt status wasap aku. Aku pun apa lagik, aku pun cakap la rindduuuuuuu dan nak jumpa. ya aku ni memang sayang sunggguh nostalgia dan sayang kawan-kawan aku. kami pun bermesej la, tp dr cara mesej dia, aku dpt simpulkan dia ni mcm fikir org pandang rendah dkt dia kot,dia ni mcm negative thinking sikit la bg aku, dia ada sebut gaji sy 8k, apa sangatlah RM20 tu. '''. entah apa niat dia nk habaq gaji berapa, tp aku pun sambung ja la mesej biasa. then kami berjumpaa, masa berjumpa dia ada cakap nnti 2026 dia nk p Korea lg. dia dh p Korea before ni, dan pi negara mana lagi entahla lupa dah aku dia cerita haritu. aku dengar ja la dalam hati woww besnya jejalan obersea.
Dipendekkan cerita , masa bulan puasa haritu dia call aku. panjang gila sembang dekat 30 minit. dia kata, dia ada masalah kewangan. nak pinjam duit untuk bayar rumah sewa, rmh sewa dia dh tertunggak 2 bln tak bayar. credit card dh 12k limit dh. dia nk overlap loan. lepastu dia kata dia dah jumpa financial consultant yang boleh bantu bayarkan hutang dia dekat bank, tapi diorang charge 2 kali ganda. dan dia akan dapat cashback beberapa ribu selepas tu.
tang ni aku dah mcm saspen dah, aku tanya, hang ada try contact AKPK tak untuk bantu selesaikan masalah kewangan ?AKPK byk boleh guide dan bantu kita sampai la kita dah selesa dan tak berhutang banyak. aku saja bg cadangan tu sebab aku cakap, mcm beban jugak tu kalau dia charge 2 kali ganda, lagi banyak bertambah hutang hang nnti. tapi kawan aku jawab "kalau p AKPK, aku dah tak boleh buat apa2 loan, aku terpaksa terdesak sgt ni sebab tu aku terpaksa guna financial consultant tu"
lepas aku dengaq jawapan dia mcm tu, aku pun rs hm dia ni memang dalam fikiran dia fikir nak buat loan baru utk kambus loan lama, lepastu bersambung la sampai bila-bila mcm tu. dan bila aku bg cadangan mcm tu, dia macam tak boleh terima dan tak berminat dgn AKPK.
aku tanya hang perlukan berapa RM? dia kata buat masa ni 1500 utk settle sewa 1 bulan. dapat gaji hjg bulan nanti dia bayar dekat aku balik. hm aku ni jenis tak sampai hati, kesian tgk member sebab dulu memang kawan baik, dan bayang kang dia kena halau dr rmh sewa, aku pun cakap boleh la pinjam, tapi sekali ni je tau aku bg pinjam sejumlah banyak tu. selepas ni kalau nak pinjam minta maaf, aku boleh tlg bg max RM300 ja. memang dalam hidup aku, aku tak pernah bg orang pinjam duit 300 dan ke atas. sebab aku malas nak minta-minta dan jadi sakit hati kalau orang tak bayaq. so biaq la 300 ke bawah ja, kalau tak bayaq pun aku boleh halalkan.
baru ni dia mesej lagi cakap sorry tak dapat bayar lagi sebab dia dahulukan bayar perkara lain sebab orang tu siap cari dia dkt HR Opis dia kerja. aku pun takpala, nanti2 dah sesuai, bayar pun takpa. aku sebenarnya ok ja kalau orang nk pinjam kalau dia mmg terdesak kesusahan dan ada kesedaran (contoh aku cakap psk AKPK), tapi tengok gaya dia mcm takdak kesedaran ja walaupun aku dah sebut. bukan apa, nak habaq la jangan buat loan loan tu nanti lagi berganda hutang. tapi entohle dia kata terdesak kan, so aku maleh nak cakap panjang. pandai2 la dia, hidup dia . cuma aku pelik mcm mana dia boleh p obersea korea apa semua kalau duit tak berapa ckup? gaji dia pun bukan sikit, aku tgk tinggi jugak lebih dari aku.
so kesimpulan di sini, aku terfikir, mungkin sebab tu Allah jauhkan dia dari aku selama ni agaknya. Tapi itulah aku, dok gatai jugakkk laa nak mencarikkk sebab rindduuu dan sayang melebihi mende lain. Kalau boleh selagi tak jumpa, nak cari sampai ke lubang cacing sebab rindu sangat hahahah. satu lagi mcm nak tahu dia tengah buat apa skrg,ok ke idok, sihat ke. aku akan rs gelisah tak dapat dok diam selagi aku tak dapat tahu khabar mereka mereka yang aku teringin nak tahu kabo, perangai aku ni mmg mcm ni dari dulu, dan aku rs mgkin kawan maktab aku ada jgk yg rimas sbb ada beberapa yg aku selalu tanya free dak cuti sekolah?jom jumpaa.hahah. gigih bebeno lahai
tapi perangai gigih rindu sayang kawan kawan ni dah slowly pudar dah aku rasa . aku dah kurang teringat kenangan itu ini.buka FB pun aku dah tak teringin, nak tanya kabo kawan-kawan yang aku rajin tny kabo pun aku dah rasa malas. entahlah, aku rasa macam dah kurang perasaan rindu nostalgia dah sekarang. aku tak tau perasaan apa aku tengah alami sekarang, aku rasa macam aku dah tak ada perasaan kot. dengaq lagu lagu pun dah tak ada rasa apa, rasa plain ja. plain, numb and entoh aku pun tak reti nak describe.
so, pengajaran lepas ni, tak payah dah la dok korek korek balik masa lalu teringat itu ini dan gigih jugak la nak cari jawapan la, nk kepastian la, nak tahu kabo kawan la. dah dia hilang dari hidup hang , dia sendiri yang nak hilangkan diri dulu-dulu, dan Allah pun dah elok jauhkan dari diri kita. kita jugak cari pasal sendiri mencari cari sampai ke lubang cacing, bila dah jumpa contact balik, nohhhh padan muka aku . tanggunglah sendiri akibatnya.hahahhaa
oklah itu sahaja apa yang aku monolog dalaman sendiri dan fikir sorang sorang beberapa minggu ni.
No comments:
Post a Comment