Sunday, April 15, 2012

terima kasih SK Bukit Kenak

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum w.b.t

selesai sudah praktikum fasa pertama di sk bukit kenak jerteh.
praktikum pertama dan takkan dilupakan dalam hidup

sungguh banyak pengalaman diperoleh.

setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah..oopps.silap..semua takkan berlaku tanpa izin Allah..

setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana memberi nikmat dan peluang kepada hambaNya untuk menjalani praktikum dengan bahagia dan gembira selama sebulan. semuanya dengan izin Allah.

terim kasih kepada pihak sekolah,Guru Besar especially sebab beri kami peluang datang sini. walaupun saya sedar kami takdak berinteraksi pun dengan guru besar,tp saya tahu gb skbk ni baik ore nya.igt nak jmpa hari akhir aritu tengok2 beliau takdak. maafkan kami kerana tidak beramah mesra dengan encik. sebenarnya kami cuba membuka mulut tapi tidak ada idea,jadi hanya mampu tersenyum pada encik tiap kali bertemu.

Terima kasih kepada PK1,PK Hem,PK Koko. terutamanya kpd PK HEM, en.Yazid yang sangat mengambil berat kepada kami berlima. rasa seperti seorang bapa mengambil berat tentang anak-anaknya. tidak terasa 'jurang perbezaan' sangat dengan beliau kerana beliau sangat ramah dan kami semua selesa dengan beliau. ye lah, kadang-kadang kita guru praktikum segan/malu dengan cikgu-cikgu lama sebab rasa sangat mentah tak tahu apa-apa.bila ada cikgu yang melayan kami tanpa ada 'gap', seperti rakan sekerja, sangat membantu kami untuk membina keyakinan diri sbg seorang guru. moga

terima kasih juga kepada guru pembimbing saya dan Ina, Kak Yah dan guru pembimbing Sakinah n da geng, Kak Liza. insan berdua ni sangat baik kepada kami. Kak Liza walupun bkn guru pembimbing kami,tapi kami dilayan seperti kami juga anak buahnya. terharu dengan layanan mereka, hanya Allah sahaja dapat membalas jasa dan kebaikan kalian.

terima kasih juga kepada guru-guru lain. maafkan kami kerana tidak begitu rapat dengan cikgu-cikgu. satu sebab duk pustaka,tak duk bilik guru. kedua, kami agak sibuk dengan persediaan portfolio dan kerja-kerja lain. almaklumlah pertama kali praktikum, kelam kabut huru hara sikit pengurusan kerja dan masa. tak pandai lagi nak bahagi2 masa. masa utk bersosial,masa untuk bekerja.hehe. apa-apa pn,saya nak puji lah cikgu-cikgu sebab semuanya baik baik belake

Time kasih tak terhingga kepada praktikumates yang hebat hebat, sakinah, ina, maisarah dan fatihah. mereka memang praktikumates terbaikkk.sangat bekerjasama, toleransi, tak berkira. memang A+ + + la untuk depa.

yang terakhir sekali. sebenarnya bukan akhir tapi sebenarnya depa-depa ni la yang paling speciallll. hoho..
buat anak-anak muridku yang hanya sebulan saya mengajar. 5M, 4J, 4M dan 4U. terima kasih banyak-banyakkkkk sangat tak terhingga sebab sudi menerima cikgu sebagai cikgu hampa walaupun sebentar sahaja bersama anda semua.especially 4M yang cikgu masuk 2 atau 3 kali ja.sian depa.

tapi tulus dari hati cikgu, cikgu seronok banget mengajar hampa 4 kelas. cikgu rapat lebihh skit dengan 5M berbanding kelas lain sebab cikgu masuk kelas 5M 2 kali seminggu. kelas lain jangan kecik hati noh. lagipun depa ni 3 kali dijadikan kelas pemerhatian masa pensyarah dan guru pembimbing mai tengok. terima kasih sangat-sangat pada 5M sebab tulun cikgu.:)

tapi hat sebenaqnya, cikgu sayang semua anak murid cikgu! :) alhamdulillah setakat ni cikgu dah berjaya hafai nama hampa-hampa 4 kelas. siap la hampa kalu jumpa cikgu tapi tak tegur cikgu.satgi cikgu hat teguq hampa dulu!hohohoohhho.

tak lupa jugak pada beberapa murid dari 6J. yang cikgu kenai sbb depa ni p latihan bola jaring n bola baling. kenai juga sikit-sikit tp syg gak kat ampa. dan
6U. kelas darjah 6 yang hujung tapi sebenarnya ada keistimewaan dia sendiri. sempat spend dengan 6U masa depa wat jamuan time petang aritu. kenangan bersama mereka takkan dilupakan.hanya murid 6 U dan saya sahaja mengetahui apakah kisah-kisah di petang itu :) cikgu doakan semoga awak semua berjaya dunia akhirat..ingat apa yang cikgu pesan deh!

keseluruhannya, saya berasa sangat seronok dan happy mengajar di SK Bukit Kenak.
banyak sangat yang saya belajar dari murid-murid sekolah ni

kalau mereka buat dosa, mereka buat salah, tolong bimbing dan bantu mereka bagaimana cara yang sebetulnya
bukan dengan marah-marah,tengking-tengking dan menghukum.

role model paling baik untuk para cikgu jadikan idola,ialah Rasulullah s.a.w sendiri.
lemah lembut dalam berdakwah, mendidik umat. subhanallah...

cikgu mendoakan semoga semua anak-anak sekalian membesar menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya..
sayang semua anak-anak muridku kerana Allah :)


 

Wednesday, April 11, 2012

Hari terakhir Praktikum

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

Khamis ni,12 April 2012 merupakan hari terakhir kami di SK Bukit Kenak sebagai guru praktikum
lepas ni kena masuk kuliah balik...T.T

Dari hari pertama sampai la hari-hari terakhir di SK Bukit Kenak ni, banyak ilmu yang ditimba.

Teringat masa perasaan-perasaan sebelum praktikum,macam-macam.haha.takut, gementar, debor, sampaikan tidur tak lena dengar cerita-cerita senior. ada yang kata waktu praktikum 1st,sampai nangis-nangis la.budak-budak tak boleh kawal la.cikgu macam ni,macam tu la..macam-macam..sampaikan termimpi-mimpi bawa ke tidur.

Tapi, alhamdulillah syukur sangat-sangat kepada Maha Penyayang, sebab beri kita nikmat. Alhamdulillah, saya dapat hadapi praktikum Fasa 1 dengan hati berbunga-bunga dan gembira. seronok jumpa murid-murid. hati rasa gembira tengok budak-budak ni gembira. memang letih dan sibuk waktu praktikum, tapi sahabat-sahabat praktikumate pun kata,"Letih ah,tapi best". alhamdulillah,dapat pratikumate-praktikumate yang best dan beri kerjasama yang sangat baik.

sangat berbeza murid-murid di sini,dengan waktu saya sekolah di St Anne's Convent.di sini,mereka ramai dari keluarga yang susah...berbeza dengan convent, kawan-kawan ramai berkemampuan..

hati rasa makin sayang bila tengok kegigihan kanak-kanak kampung yang pergi ke sekolah walaupun serba kekurangan. Terdetik hati yang kadangkala tidak bersyukur dengan apa yang ada. kehidupan saya waktu sekolah rendah dahulu,serba cukup,tapi still kemalasan belajar..

dan hobi saya ialah bersembang dengan murid-murid. seronok sembang dengan budak-budak berbanding sembang dengan orang dewasa. sebab budak-budak ni kalau dia cakap menyakitkan hati pun, tak terasa mana sebab, alah,budak budak .biasa la. senakal -nakal diorang pun,kalau kita tegur elok-elok,dia dengar , lagipun biasa la umur budak-budak macam ni.aktif dan nakal.tu normal. saya pun tak suka kalau budak pasif yang diam sunyi sepi dalam kelas.lebih baik budak2 yang aktif yang berebut nak jawab sambil menjerit-jerit.

bila sembang-sembang santai dengan murid-murid, baru kita tahu macammana kehidupan dia. lagipun kanak-kanak dia kurang menipu, selalunya cakap jujur.

saya ajar 4 kelas. 5M,4J,4M,4U. setiap kelas berbeza murid-muridnya, dan ada faktor-faktor yang  membuatkan setiap kelas berbeza. bila masuk keempat-empat kelas ni, saya teringat waktu saya sekolah rendah. waktu sekolah dulu, sekolah rendah dan menengah, saya sendiri lihat kalau kawan-kawan akademik bagus, ditatang bagai minyak penuh, tapi bila akademik ni kureng, perhatian kurang diberi malah kena herdik lagi.

Prinsip saya bila jadi cikgu, saya taknak jadi cikgu yang hanya tengok pada markah peperiksaan sahaja. saya nak murid-murid saya jadi manusia berakhlak mulia, bukan tertumpu pada akademik semata-mata.sebab manusia kemampuan dia berbeza, yang penting, murid-murid saya cuba berusaha untuk lebih baik dari sekarang. saya cakap camni sebab saya pun bukan murid yang bijak masa sekolah dulu.hoho..

sekarang...saya dapat rasa, sebab apa Allah tetapkan saya untuk menjadi cikgu, dan bukan belajar psikologi di UIA...Allah....sebaik-baik perancang...alhamdulillah....sungguh besar hikmah yang Allah beri..setelah 4 tahun. baru saya dapat temui hikmah di sebaliknya. :) dan hikmah ini sangat sweet..hehe..

kesimpulannya, praktikum lagi best dari kuliah.ehehe. tapi tanpa kuliah,praktikum tak bermakna. sebab time kuliah la pensyarah kita beri ilmu kan !betoi dak?ok dah habis membebel...

wassalam