Tuesday, December 25, 2012

bigbadwolf -murah Giler

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum wbt
lama bena tak update blog.maaf la.sbb takda idea menarik utk dikongsi bersama anda2 semua
ahaa.hari ni nak cerita sikit pasal Big Bad Wolf Books yang orang duk heboh2 baru ni
BBWB ni adalah pesta buku yang mostly buku2 english tp pada harga yang sangaaatt murah!

sebenaarnya saya mmg minat buku2 omputih, tp disebabkan harga terlalu mahai,maka membantutkan minatku untuk membaca buku2 omputih. zmn sekolah rendah dulu mnat baca Goosebumps, Enid Blyton. tym tu buku goosebump jual rm5 ja kat makro penang. skrg dah besaq2 ni,lama dah tinggal baca buku omputih. English pun berterabuq skrg ni.

memandangnkan inisiatif pihak2 yang caring perihal harga buku omputih mahai gilerr ni, maka wujudlah kedai buku nama BookXcess di mana buku2 ada yang 50% - 70% OFF. memang terbaikkklah. amat mgalakkan rakyat Malaysia membaca buku. jadi, kedai buku ni lah yang menganjurkan Big Bad Wolf bookfair ni. di Mines Exhibition. 9-23 Disember 2012.

Jom tengok buku pa yg telah dibeli.jeng jeng.tapi 5 buah buku ja la. Duit sikit skrg ni.tsktsk



ada satu lagi. tapi letak mane tah.hehe


buku ni rm20. mahai sikit sebab hard cover.tp considered murah gila kot,rasanya harga betul dia dalam rm60 


ni rm10. 

rm8.00

rm8.00


rm3.00

satu lagi novel 'A Lovely Bones' .harga rm8.00 jugak. kat luaq harga dia rm40 rasanya

murah kan???? harap2 tahun depan ada lagi. at least boleh improve English yang tah hape2 dah ni.haha

hope tahun depan ada buku2 Islamic, kat area Religion books. :)


 

Monday, October 1, 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
seriously sekarang ni sibuk bangatt
amali dan assignment.pasal praktikum pun tak sempat update
tp in shaa Allah saya cuba juga update.selewat lewatnya bulan 11 nanti :D sekian
tata.wslm



 

Thursday, September 27, 2012

Kembali Menjadi Pelajar

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt
pehh~baru habis praktikum fasa 2
2Bulan berada di SK Tok Motong.
kenangan yang tak dapat dilupakan.memang banyak belajar dari sekolah ni
nanti saya share cerita dengan hangpaa sumaa

Sekarang busy menjadi pelajar normal kembali
di IPG Kampus Sultan Mizan

Minggu depan sibuk dengan pembentangan jurnal Ekonomi, bentang Nilai dan Etika dan paling susah sekali
amali Keyboard.huwaa T.T untuk amali kali ni, saya pilih lagu Auld Lang Syne. entah la cemano main nanti

yang takleh tahan tu, kena main melody plus chord plus nyanyi sekali!
encik!kami bukan major Muzik,just minor je Muzik T.T

 

Friday, August 3, 2012

SK Tok Motong : Praktikum Fasa 2

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum
alhamdulillah. dah 2 mggu berlalu praktikum di sk tok motong.

1st week di sekolah ni. ada rasa happy,ada rasa sedih
happy sebab cikgu2 dan staff dia baik.pentadbir pun baik2.
boleh dikatakan,ckg2 sini semua ramah2 belako. tak la rasa segan dan kekok sgt.hehe

yang sedih nya, awat tatau rasa sedih sayu bila teringat kat2 bdk2 skbk. waaaa. T.T
1st tym masuk kelas2 kat sini, rasa sedih sebab bdk2 dia nakal skit,pastu suka nyampuk bila kita duk cakap
agak debe skit dr skbk. dapat 6 buah kelas.. paling susah nak kawal ialah 5S.tatau nak wat guanoo
down je rasa minggu 1st tu.sedey...wuwuwuuwuw

tp masuk mggu 2, dapat sesuaikan diri sikit dah. kdg2 rasa suka pulak bdk2 nakal ni. haha.

in shaa Allah, pengalaman di sekolah baru utk 2 bulan ni,saya akan ambil sebaiknya. dan harap2 budak2 sini sayang kat saya.hihihi.in shaa Allah ckg cuba utk syg awak! :D



  

Friday, July 20, 2012

Doa Terjawab :')

بسم الله الرحمن الرحيم


assalamu'alaikum wbt
alhamdulillah, setelah 2 tahun berdoa..
spy Allah memudahkan atau mjauhkan satu hari nanti..
stlh sy sudah lama berdiam diri ,
dan fokus utk mbaiki hati yg tlah mati dan mbina Islam dlm diri

akhirnya pada Ahad baru2 ini,
Allah menunjukkan jalan dan petunjuk kpd doa tersebut


bkn rs sedih ke ape,tapi rs mcm 'alhamdulillah.happy nye.Allah dh tnjuk jwpn kpd doa tu ' ^.^

alhamdulillah..rs lega dan seronok sgt. muehehehe (weh ,hang ckp pasai menda pa ni?)
hish,adala.kisah ini hny bbrpa org shj yg tahu

skrg ni rs mcm happy.happy sgguh!ahhaha.
ini lah hadiah Ramadhan yg pling bermakna
alhamdulillah.kan Allah sebaik baik perancang
kita plan,hny Allah tentukan. :D

so,prancangan Allah itu yg terbaikkkk!jengjengjengg
im waiting for the next plan!
mksud sy, prancangan Allah la.hehe.

kan sy da kata,kalau lah ssuatu tu xdiberkati Allah,biaqla brp lama pn
5tahun?6thn?10 thn?
kalau Allah kata tak, mmg tak la kn
so buat apa habis masa korang bglumang maksiat yg bpeluang besar utk mltkkan Allah bukan utama dlm hati

alhamdulillah,happy banget!heuheuheue :D




Saturday, July 14, 2012

Napas Baghu

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum wbt.
Arini pukul 4.30ptg,sampai maktab dr rumah.
Alhamdulillah best bangat balik rumah ! ^^


Kasih sayang ayah mama mbuatkan saya lupa sgala masalah
tp jgn lupa, ada kasih sayang lebih utama dr ayah dan mama
kasih sayang ALLAH :D

Alhamdulillah dah ok .tak fikir dah pun. dan dah refleksi diri sendiri.
Saya juga manusia ada kelemahan, dan ada juga kelebihan
dan kalau sy explain pn org tetap fikir mende sama (dah bpgalaman dgn bbrp org)


so, skrg, saya mmg silap 100% dan skrg saya nak mulakan beberapa perbaikian diri. wehu!
harap2 bkn tahi tahi ayam la.

In shaa Allah, ni adalah permulaan segalanya

Permulaan utk

  • saya ingat,saya mula nak jadi lebih pendiam dan byk berfikir (banyak berfikir ke,byk tidur? huehue)
  • jgn expect terlalu tinggi thdp seseorang. expect terlalu baik, atau expect terlalu buruk
  • kdg2 ada perkara kita tak kisah, tapi orang lain kisah. alert yg ni. ingatkan org tak kisah pn,bila sy pn rs tak ksah.kdg2 sy expect smua org mcm tu. sorry, ini salah saya.expect smua org tak kisah dgn sy,. kmgkinan ada perbezaan budaya antara kita,.
  • 'M' saya pesan, byk perbaiki diri,mungkin sbb kita dah lalai,lupakan Allah,so gedebuk,Allah bg ujian.
  • lebih mengenali orang, mcm mana
apa lagi ek?Tak ingat.nanti dh ingat ,guwer tambah lagik 

k,skian.wslm




  

Wednesday, July 11, 2012

Rasa Hati Ini

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t. 
Helooo everyone!! :)

sebenarnya balik kelas tadi, taip panjang berjela untuk nak jelaskan semua perkara yg org fikir tentang saya
penuh page tu,siap point2 dan huraian dia lagi. fuh~ mmg teringat nak post kat blog ni
supaya smua orang tahu apekah sebab asbab musabab saya buat begitu
maksud saya,tindakan saya dan kenapa saya begitu.
setiap tindakan saya ada Sebab dan bukan sahaja2 buat gitu nak puaskan nafsu nak baloh2,bangkang2 ape sume. saya tak bodoh,saya bukan budak2.saya boleh fikir tentang orang lain,saya juga boleh fikir sebab apa saya bertindak begitu. 

apa yg buat saya sangat2 sedih dan menangis bkn sbb apa yg ditegurkan,itu takpe,ok boleh terima hehe :D
tapi memikirkan , Kenapa insan2 yg x suka tindakan saya tu,tak mai jumpa face to face tny apa msalah saya,kenapa saya camtu,kenapa saya camni?susah sangat ke?kenapa perlu disimpan dlam hati,
bincang2 antara insan2 lain, dan gunakan org tgh utk beritahu. 
saya boleh terangkan sbb apa kalau insan tsbut mai jmpa saya.ini tidak~
sedihnyo kito...weslass...kito dop penah nok mikir2 gitu.walaupun kito tahu,tiap2 org ada klmahan dio
sbb kito sayang ke sep demo. saye krn Allah.
 :)

taip punya taip berapa ribu perkataan entah
(konon sedih la sgt kan,dan lepas geram la konon kat blog.hehe)
 last2 tidurla pukul 3.00 ptg td sampai 4.30ptg. 
_____________________________________________

Bangun2 tidur..Ya Allah, rasa tenang...dan tengok laptop, Ok nampaknya tak publish lagi, 
Tulis punya semangat tadi tapi still dalam 'Draft'

Tiba2 terlintas kat hati, kata2 seorang hmba Allah suatu ketika dahulu

"Anti sbg seorang yg di'tarbiyah', anti kena tunjukkan akhlak org yg ditarbiyah"

"TIap kali anti nak buat sesuatu, fikir dahulu, Kalau Rasulullah s.a.w di tempat aku, apa baginda akan buat?"

:') Alhamdulillah!Dah dpt jawapan.! wehuu!
sayang Allah. terima kasih sbb tenangkan hati saya :')

Biar orang fikir apa tntang kita, biar orang tak tahu perkara sebenar dan cakap2 ,
sebab sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa dlm hati kita
Dia dekat dgn kita,dkat daripada Urat leher kita kan :)

cinta Allah tak mengecewakan .
lagipun , kan kita nak jadi nisa' yang kuat kan! :D
lagipun jangan biarkan perkara kecik tu buatkan diri anda yang happy go lucky,jd down.
because u dont have reason to be sad. because whatever happen, 
yakin.yakin.yakin .Allah mungkin nak tegur kita,pada masa sama Allah nak uji.

adakah kita Sabar, ataupun...Pum!!Marah Meletup dan balas segala kata2 yg orang fikir pd diri kita
which is actually, tak betul apa yg orang2 sangka kan.i have my own reason.Clue? Mama.hehe

_________________________________


Open. > Draft. >Tick. >Delete. ^.^

 Kalau sayang semua kerana Allah, orang tu buat apa2 kat kita pun,kita still sayang kat dia kan

so kesmpulannya., Saya sayang semua krn Allah! :)
biarlah ada org menyampah ke,tak suka sy ke, tapi nak sayang juga semua krn Allah.kihkihkihkih :D
sungguh tak malu!ahaks :D

kita hidup di dunia utk berkasih sayang sesama saudara seIslam
persaudaraan Islam.tu yang buat Islam kuat. kalau saya pun lembik nak marah2 ,terasa lah hape bagai, guano la hopp islam nak kuat. lembik je nanti. kiki. jum2 sayanggg semuaa.muah muahh.

*ok maaf kalau over sgt.menyampah ke.ehe.


* Cinta Allah.Cinta yang tidak pernah mengecewakan. :) 

Tuesday, July 10, 2012

Dear My Future Son/Daughter..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

Dalam dua minggu lepas, saya pulang ke Pasiaq Mas ,rumah saudara saya yg saya mmg rapat
Mcm family angkat jugak la, sbb masa kecik2 dia pengasuh saya. Ok back to topik
Saya pi pasiaq mas tumpang kawan.

Saya tumpang kereta seorang hamba Allah yang manis orangya.asal pasir mas.
kami tak kenal rapat sebelum ni,tp skrg alhamdulillah dpt knal dgn rapat
sblum ni slalu jmpa dia,dan 1st impression sy, dia ni nmpk cm smbong skit dn kurg snyum.
Tapi kata org,tak kenal maka tak cinta. so dah kenal skrg,baru tahu dia seorg yg sgt baik dan bpandangan jauh. err.lebih kurang cam saya la. cewah perasan pulak kan.

Dlm kereta, byk perkara yang kami bincangkan, mostly psl diri masing2, Islam, tarbiyah.
dan byk kata2 dia yg sy igt smpai skrg sbenarnya, dan sy agak tersentuh ialah

" Saya join ni sebab sy nak bantu kawan.kadang2 kita nak sampaikan tntng Islam tapi taktau macam mana nak cakap.
Dan saya nak ada ilmu,supaya saya dpt  tarbiyah anak-anak saya dgn kfahaman Islam sebenar.."

: ( Seriously, rasa sedih sangat hati  ni bila dia cakap pasal anak-anak tu. 
tiba2 pemikiran saya melayang pada masa depan.
note: *tarbiyah=pendidikan,mendidik.didik



Apa akan jadi pada anak-anak saya akan datang?
Sekarang macam2 perkara tak elok, hiburan,pengaruh kawan2, banyak sangat tak elok
jauh dr Islam...Allah..takutnya memikirkan cabaran hidup 

takat diri sendiri ni pun, bila fikir balik waktu zaman2 sblum ditarbiyah
banyak sgt ikut kawan. sms la,kwn2 internet la,cinta,etc2.
semuanya pengaruh kwn,media massa, dan...persekitaran.
tak ada pegangan yg kuat..Islam jauh sekali..
salah siapa?salah ibu bapa?
tak...ustaz zamri kata,jgn salahkan ibu bapa,diorang tak bersalah dlm hal ni.
tp Diri kita sndiri yg brsalah. 

SO, Kita yang sudah TERSEDAR dari Lena yang panjang ni.sepatutnya cuba,bertungkus lumus utk persiapkan diri. mencari Ilmu,utama sekali,,,mcari keredhaan Allah dalam hidup ini..

saya tahu,penting jugak kita sibuk2 mcari jodoh yg baik, bakal suami yang baik,
sbb dlm al-Quran ada tulis, prmpuan baik utk lelaki baik, lelaki baik utk prmpuan baik


TAPI, kita kena ingat, tak semua kita nak,kita akan dpt. mungkin Allah nak uji kita, dan jodohkan kita dgn lelaki kurang baik?okay,saya tak doakan utk diri saya, tapi kita perlu persiapkan diri utk sebarang kemungkinan. sebab ujian Allah kita tak jangka, sbg hamba kita mmg layak diuji.dan perlu redha dan hadapi
dengan Tabah.
terpikiaq jugak kalu kita nak lelaki baik,nak lelaki baik,.contohnya bila dpt kuranngg baik, nanti frust tertonggeng. salahkan tuhan pulak."aku dah baik,tp kenapa jodoh aku lelaki kurg baik??" jeng2.
Nabi Lut a.s. baik.Isteri? Nabi Nuh a.s baik..Isteri?
Asiah baik..Suami?

Allah Yang Menentukan.apa2 pun kita perlu usaha doa tawakal.
Dan sebab tu saya lebih risau memikirkan apalah akan jadi pada anak-anak saya akan datang
berbanding nak risaukan diri fikir siapalah lelaki jodohku unknown itu.mmuahahehe


so, mari kita sibukkan diri mcari ILMU, utk mcari keredhaan Allah s.w.t
kalau taknak komitmen yg tinggi dlm gerakan2 Islam pun,
at least, pergilah ceramah,kuliah agama yang berada berdekatan dgn kita.. tu pun dah sgt baik utk diri sendiri..
drp duduk tgk cite korea,bcinta bagai nak rak..etc...


Sedih...Sedihh... :(
Korang tak sedih ke?Kalau anak-anak korang nanti terlibat dengan maksiat?tak faham ISLAM tu apa?
duk igt hidup ni pasal Lelaki,nak kawin,nak romantik2,sweet2 gitu mcm dlm drama korea/mlayu?
tak faham depa duk kat dunia ni utk apa?pergaulan bebas?Islam liberal?
Zina? na'uzubillah min zalik...



Dear my future daughters and sons (kalau sy hidup lagi lah,mane nak tahu mati sbelum umur 23thn),


Doakan umi spy dpt mendidik hampa semua..tarbiyah ampa semua sebaiknya.
Semoga ampa dpt rasai kemanisan Islam.keindahan Islam.
dan mbesar mjadi rijal dan nisa' yg berbakti demi agama Allah.
bukan lembik,bukan lemah..dpt bdikari..
hampa contohi kawan2 hampa kat palestin, syria.
belajaq rerajin, nak jadi petani berjaya pun boleh.



wslm

Monday, July 9, 2012

Ukhuwwah Pada Saya

بسم الله الرحمن الرحيم 

assalamu'alaikum wbt

Ukhuwwah tu maksud gapo ekk?
kalau tak silap,maksud dia ialah 'ikatan'
Ukhuwwah krn Allah. "ikatan krn Allah"

______________________________________________

Pada pandangan saya,ukhuwwah itu perlu diaplikasikan dalam hidup
Dan diaplikasikan pada semuaaa orang.
Maksud saya, bukannya kita ber'ukhuwwah' hanya dengan2 geng2 yg ada 'J'
'J' yang sama dengan kita ja kita perlu jaga ukhuwwah.
Dengan kumpulan2 tertentu, dgn kumpulan2 yg ada bulatan gembira SAHAJA.

No.NOOooOO. Saya tak bersetuju. 100% tak bersetuju!


Saya tak suka jika wujud individu2 yg fikir kita perlu berkawan hny dgn orang baik2 sahaja.
Ya kita perlu cari sahabat yang baik, selalu ingatkan kita pd Allah.

Tp pd masa yg sama, janganlah terus taknak bergaul, taknak kawan dengan kwn2 kita yang masih 'kurg kfahaman' tntng Islam. Berkawan kan biar seribu.

Dan sy juga tak suka individu2 yg bila jumpa org tak tutup aurat, berdating, bdua2 an,
Mengutuk2 pulak dah. "SI sameon tu dekatnya duk dengan rapeah.eii. gewe la tuh. sameon tu plak tak biasa rpt dgn bdk puang.gitulah jadi bila baru bgewe" .
Cakap pasal orang tu,cakap pasal orang ni.

Apa kata Korang gi nasihat2 dia baik,scara berhikmah?kalau tak tahan sgt tgk dia camtu.

Bencilah perlakuan dia,jangan lah benci orang tu...huhu..

Sebab tak mustahil suatu hari nanti, mereka lebih BAIK drp kita.
Sebab saya dah tengok ramai orang2 yg dulu saya pernah kutuk-kutuk kaw kaw punya (time zmn2 PPISMP dulu.zmn saya masih agak jahiliyah,tak ditarbiyah sepenuhnya lg. hee.)
Sekarang ni tengok, alhamdulillah, lebih BAIK dr saya!

Subhanallah! Bila perkara2 camni terjadi depan mata saya, diri sndiri rasa Malu.. sebab before  betul2 serius nak berubah(2thn lps), diri ini mmg kaki mengutuk orang pun..tsktsk.

Hingga saat ni, banyak perkara yg mengajar saya. dan paling tak suka bila ada manusia yg suka judge orang,mhakimi org sesuka hati.

pernah kwn kakak share pendpat dia,tentang status di FB. Dia tak setuju tntang satu status berbunyi mcm ni,

"Orang tak pakai tudung itu HOT.Neraka itu HOT.sebab tu orang tak pakai tudung rasa HOT"
(maaf kalau silap sikit ayat ni. tak bp igt mcm mana ayat dio"

?????????????

seriously, penyataan2 camni sangat tak sesuai dan nampak kurang beradab,tak sopan.


nak ajak orang kpd kebaikan,tp ayat2 digunakan tu mcm MengHukum.gunalah ayat mendidik!

Kadang-kadang kita patut luaskan pemikiran kita sbg tambahan, baca dan tengok video2 pendakwah Islam spt Suhaib Webb ke,Yahya Ibrahim, Hamza Yusuf dan etc etc pendakwah Islam dr luar negara. Penyampaian diorang sangat menarik, ajak org ke arah kebaikan dgn cara yg baik.

Contohnya,Suhaib Webb ni jugak ada yg tak stuju dgn dia sbb kata dia ni cam open minded sgt tntg Islam. dan yg stuju dgn dia mostly yg bpndidikn dr Mesir atau Arab camtu la.tak sure sgt. Padahal mmg sesuai lah dia sebarkan Islam kat USA dgn cara dia, bertepatan dgn budaya orang US.
apa yg saya respek dgn dia, setiap minggu ada je status dia kat FB ,contohnya, "alhamdulillah, bro. ryan accept Islam".. Tiap minggu ada ja orang yg memeluk Islam. Hebatkan?
_______________________

Okay.okay.nampaknya celoteh yang pada mulanya pasal ukhuwwah
tiba2 lari topik bila cakap pasal Menghukum, judging apa suma .hehe

Marilah kita sama2 doakan buat kawan2/sahabat2/sepupu2/saudara mara kita yang jauh dr Islam.
Semoga Allah mmberi mereka kefahaman Islam suatu hari nanti. mana yg mampu ,kita bantu.
in shaa Allah..may Allah bless Us..amin..


From Allah and to Allah :')

بسم الله الرحمن الرحيم


assalamu'alaikum wbt
terjumpa satu gambar yg sangat cute!

Life is a journey from Allah to Allah... :)
so sweet kan?



 

Thursday, July 5, 2012

Lwn Fitrah?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt
Saya terjumpa satu post di FB yg sangat menarik perhatian saya
Sebab dah lama dah terfikir macam yg diterjemahkan dlm gambar ni ,
tapi pendam sahaja tak tahu nak nyatakan macam mana,
nampak mcm agak kasar teguran yang diberi.
tapi kadang2 teguran cam ni perlu jugak untuk mengetuk hati2 yg sedang leka dan lalai.

__________________________________________________

ku ingatkah mujahid mujahidah orang yang berjuang di jalan Allah. rupanya orang yang angau. 

hentikan angan2 dan luahan di FB. ISLAM memerlukan pejuang yang kental dan tangguh, bukan 'pejuang' yang hanya memberatkan pemikiran dengan couple halal, bakal imam/makmum. banyak lagi masalah umat yang belum selesai. jangan stimulate pemikiran ke arah itu wahai pejuang ISLAM.

p/s :kalau ya pun namanya fitrah insan , tak perlu heboh2 kat FB. simpan sendiri sudah.

_______________________________________________________


_______________________________

Ya, tak salah kalau nak cakap pasal perkara ni. kahwin tu mmg sunnah Rasulullah s.a.w
tapi bila dah selalu sangat kat wall FB, saya tak rasa itu sesuatu yg sewajarnya
dan kdg2 gambar kartun islamik yg bermanja2 suami isteri tu pn sy rs cm tak wajar dipost
memanglah just kartun, tp kdg2 cam over pun ada.
maybe better kalau perkara ni,dibiarkan peribadi.tak perlu berleluasa sgt .

Mungkin rasa sayang dan cinta kita yang membuak-buak itu boleh disalurkan kepada
cinta Rasulullah saw
cuba amalkan sunnah2 baginda dalam kehidupan seharian kita dan selalu berselawat ke atas baginda.
Rasulullah s.a.w
________________________________

Bukan melawan fitrah. Fitrah lelaki perempuan
Tapi mengawal fitrah. Jgn melebih sgt.Takut hati kita lama2 dididik mcm ni, lepastu mudah lemah dan lembik bila ada mslh dengan bakal imam2 hampa.Cemburu la,kecik hati la,ape la.

impian kita kan nak jadi nisa' yg kental ,kan? :) in shaa Allah.aminn.

Wednesday, July 4, 2012

Aku Hanya Seorang Dustbin Bieber

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya terbuka satu website dan ada satu artikel yang menarik perhatian saya.
Ghasa macam nak share dengan ampa suma.
tajuknye, Aku Hanya Seorang Dustbin Bieber
terbaca dari website Pembina.haritu depa mai maktab kami, utk forum bahaya islam liberal
moga mendapat manfaat dan muhasabah buat diri kita masing2 :)

_____________________________
Aku Hanya Seorang Dustbin Bieber

Sampah
Entah sampai bila aku mahu meneruskan hidup aku begini. Hari ini aku bangun lewat lagi. 11.30 pagi. Itu bukan waktu yang awal bagi seorang pencari rezeki. Memang sampah. Subuh? Usah ditanya. Aku sampai malas bercakap mengenainya.
Wajahku terasa panas. Mungkin bahang bangun lewat. Mungkin bahang kemurkaan Tuhan. Aku tahu aku berdosa mengambil ringan hal solat. Neraka. Aku akan dibakar di sana. Namun entah mengapa, aku tidak berasa setakut yang sepatutnya kepada peringatan itu.
Kurang iman? Futur? Ah… Whatever.
Aku bangun dari katil. Bergerak ke bilik air untuk mandi dan mencuci muka. Kulihat wajahku di cermin bilik air. Gelap. Kusam. Buruk. Aku sendiri takut melihat wajahku yang tiada cahaya. Aku pasti manusia lain memandangku serupa. Oh ya, sudah berapa hari aku tidak ketemu manusia?
Selesai mandi. Aku berpakaian casual. Aku ambil kameraku. Menyiapkan apa yang patut. Beg kamera kusandang. Aku pakai stoking dan kasut pallas jazz kegemaranku. Aku ambil kunci Mini Cooperku di atas peti sejuk. Keluar dari pintu rumah. Pintu rumahku aku kunci sebaiknya.
Baru hendak melangkah, aku teringat. Oh sampah suci! Aku belum ganti solat subuh.
Ahh…Biarkan. Ini bukan pertama kali. Aku sampaikan sudah terlupa berapa banyak solat sudah aku tinggalkan-tanpa rasa bersalah-walaupun aku tahu ia memang tersangat salah. Aku tidak suka aku yang sekarang. Aku tahu aku akan ke neraka jika ini berterusan. Urgh…Apalah agaknya aku punya masalah?
Biarlah. Jangankan solat, malah berdoa juga malas. Sombong dengan Tuhan. Siapa yang akan membantuku selain Tuhan? Aku memang sampah. Tidak mengapa, nanti akan ada bidadari yang akan menarikku ke syurga. Itulah bisik hatiku. Namun aku tahu, ia adalah bisikan syaitan.
Keretaku aku letakkan di Mid Valley. Sebelum keluar, aku ambil iPadku dari dalam laci. Aku sisipkan di dalam jaketku. Berbekalkan beberapa gigabyte storan, aku sandang kameraku untuk menembak beberapa gambar manusia di Mid Valley itu.
Hobi. Kesukaan. Ketemu sedikit kepuasan di situ. Aku rasa seolah-olah gambar-gambar itu menyedapkan hati aku. Ada kepuasan pada setiap gambar cantik yang aku tangkap. Namun tidak pernah kurasa gambar-gambar itu memenuhi sesuatu yang aku inginkan.
Seolah-olah ada benda yang aku belum mampu capai walau secantik mana gambar yang aku tangkap. Ada kekosongan pada gambar-gambar yang aku tatap. Aku ingin benar mencari apakah perkara yang tiada pada gambar-gambar itu semua. Dan aku masih belum ketemu.
Tiba-tiba iPhoneku berbunyi. Kakakku menelefon.
“ Zul, nanti tolong ambik gambar untuk walimah kawan akak ya. Sabtu ni di Sentul,” kakakku Zai meminta tolong.
“ Ok. Nanti apa-apa hal akak inform la kat Zul.” Aku menjawab tanpa perasaan. Kakakku seorang guru tadika. Mengajar di sebuah tadika Islam yang terkenal. Kawan-kawannya semuanya seperti dia juga. Orang baik. Dan kebanyakannya lulusan agama. Kursus macam-macam.
Terus aku letakkan telefon.
Huh, satu lagi kenduri orang baik-baik.
Aku merenung diri. Aku pula bila?
Ahh… Tiada siapa yang mahukan sampah seperti aku. Apatah lagi orang-baik-baik seperti mereka. Biarlah.
Aku bergerak ke MPH Bookstore. Teringin menangkap gambar orang-orang yang obses terhadap buku. Aku sudah beberapa kali melihat kelibat A Samad Said di situ. Aku yakin, pencinta ilmu dan buku memang suka melepak di situ.
Mataku tertarik kepada gambar yang baru aku tangkap. Jauh di sudut kanan gambar itu, ada kelibat seorang gadis tekun membaca. Aku tidak nampak wajahnya. Gayanya menarik perhatian. Aku lantas bergerak ke tempat tersebut.
“ Can I take your pictures?”
“ I’m sorry… You mean me?”
“ Yeah. Do me a favor. Would you? Of course I can’t pay you. This is just a hobby,” aku melempar senyuman ringkas. Aku jangka dia bukan jenis orang yang akan menolak.
“ Wow. Am I worth a shot?” dia tersenyum.
“ Aha haa..” aku ikut ketawa.
“ Just act natural okay… Alright…Macam tu…”
“ Cun.” Ucapku seusai gambar diambil.
“ What’s this for?” tanya gadis tersebut.
“ Em. Saja. Saya ni photographer amatur. Baru nak belajar-belajar.”
Dia tersenyum. Wajahnya berseri. Astagfirullah. Aku pasti syaitan sedang bersuka-suka denganku. Celaka. Aku sudah tahu, ini merupakan salah satu perangkap syaitan untuk memasukkan manusia lelaki kesunyian sepertiku ke dalam fitnah.
Yang ajaibnya, aku terus melayan panahan syaitan itu, dengan diperkuatkan oleh satu lagi tipu daya yang membuatkan aku percaya bahawa taubat bisa ditangguh dan aku tidak akan mati sekarang.
“ Thanks.” Katanya sambil kembali membelek majalah.
“ Galaxie?” tanyaku sambil memandang tepat ke arah majalah yang diselaknya.
“ Awak boleh baca kan?” memandangku sambil ketawa kecil.
“ Hehe… Biasalah, skrip Melayu. Bertanya walaupun tahu, just to be friendly,” jawabku.
Dia menyambung tawa.
“ You’re welcome,” kataku.
“ Eh?” dia hairan dengan ucapanku.
“ Tadi kan awak kata thanks?” aku melirik senyum.
Gadis tadi ketawa sambil aku lantas mengambil gambarnya yang dihias keriangan.
“ Cari apa di sini?” tanyanya kepadaku.
“ Entah? Gambar I guess. Yang cantik-cantik.”
“ Ha ha ha. Dapat apa yang awak nak?”
“ Yes. Baru dapat. Thanks to you,” jawabku.
“ Wow, what a compliment,” jawabnya sambil mengukir senyuman riang. Dia nampak terhibur.
Hatiku cair memandang matanya. Kilaunya mengalahkan segala macam lensa yang ada. Silaunya mengalahkan mana-mana flash yang aku pernah temui.
“ You come alone?” tanyanya.
“ Of course. Dah lama tak keluar dengan manusia,” jawabku.
“ What a pity, and what a waste,”
“ Waste?” aku hairan.
“ That pretty face should earn you a girl’s heart. I’m assuming that you already won one, but she refused to go out with you. That’s a waste,” katanya.
“ Ow…You get that wrong.”
“ You’re single?”
“ So far, yes.”
“ Oh, I can’t trust you ahhaa…”
“ Why not?”
“ Cause you know how to flirt. Like right now rite?” katanya sambil menyelak kembali majalah dengan wajah Justin Bieber di kulitnya itu.
“ No, right now I’m just being nice. Like I always have.” Aku mengangkat bahu.
“ Bieber?” aku ketawa.
“ Kenapa gelak?”
“ Oh nothing. I’m just stunned at how he makes the world goes Bieber-fever. Guys like me just don’t buy that. Itu semua propaganda media je,” jawabku.
“ Jealousy?”
“ Jealous? No way! Haha!” Aku geli hati. Tidak mungkin aku akan iri hati terhadap Justin Bieber.
Dia ikut ketawa.
“ By the way, I’m Ai.” Dia memperkenalkan diri.
“ I? Like, iPhone?” Aku keliru dengan bunyi fonetiknya.
“ Haha! Of course not. Aisyah. Just call me Ai.” dia ketawa kecil sambil menutup wajahnya dengan majalah. Maka terlihat wajah Bieber dengan bunyi ketawa seorang gadis muda.
“ Hoho…Put that away. I don’t want to see Bieber,” kataku.
Tawanya reda. “ And you?”
“ Oh, sorry. I’m Zulkifli. Call me Zul.” Aku pula terlupa memperkenalkan diri.
“ Ai, you come with your parents?” tanyaku.
“ What makes you think so?” wajahnya ditarik sedikit.
“ You look like a school girl to me. Innocent. Pure.” Aku mengangkat bahu.
Dia ketawa.
“ Of course not. I came alone. By train.”
“ That’s dangerous. You should’ve brought some friends with you. Or your brother, if you have any.” Aku sedikit terkejut dengan kenyataan bahawa dia keluar sendirian. Aku dibesarkan dalam keluarga yang menjaga adab pergaulan, termasuklah tertib keluar rumah. Kakak-kakakku tidak pernah keluar sendirian sepertinya. Mesti ada rakan, atau aku yang ditugaskan untuk menemani mereka.
“ Conservative…” Dia memberi komen ringkas terhadap reaksiku.
Ya, memang aku berpandangan konservatif. Gadis sepertinya keluar sendirian, pada pendapatku bukan tindakan yang betul. Bimbang diganggu oleh lelaki hancur iman sepertiku, seperti sekarang.Namun perbuatanku sendiri ketika ini menyalahi prinsip yang pernah aku pegang. Inilah bukti kesampahanku.
Dan yang ajaibnya, aku tidak pula beristighfar dan menghentikan perbuatan nakalku.
“ Lunch sekali nak?” aku diajak tanpa disangka. Senyumannya sangat manis dan pandangan matanya mencairkan hati.
Aku tewas.
“ Sure!” jawabku serta merta. Kemudian, aku seolah-olah terdengar syaitan bertepuk tangan di tepi telingaku.
Oh sampah suci! Apa yang aku buat ni?”
Kami bersinggah di KFC. Aku menawarkan diri beratur dan memesan makanan sambil dia mencari tempat duduk. Ini juga adalah satu taktik untuk memastikan bahawa akulah yang akan membayar makanan dan menaikkan sahamku sebagai seorang lelaki bertanggungjawab.
“ Ok ke meal ni?” tanyaku sambil meletakkan hidangan di hadapannya.
“ I’m okay with anything,” jawabnya.
“ How’s that possible?” tanyaku. Cuba menambah kemesraan.
“ I went out feeling gloomy this morning. Now I feel happy. Probably the best day of the week. I can eat anything,” katanya. Wajahku merah menyangkakan akulah yang menyebabkan dia berasa gembira.
Aku pula memberikan reaksi. “ The same goes to me. Saya tak tahu macam mana nak berdepan dengan manusia pagi ini. Rasa macam ada macam-macam benda yang tak kena. Tapi sekarang, dah rasa okay.”
“ Eh, saya nampak awak berseri-seri saja di kedai buku tadi?”
Dah sah. Setan menghias mukaku dengan sihirnya untuk memerangkap Ai. Mungkin aku juga melihat Ai berseri-seri kerana aku juga disihir syaitan.
“ Ai, why choose Ai?” tanyaku.
“ Why choose you?” Dia tersalah dengar ‘Ai’ yang kusebut sebagai ‘I’. Mukanya merah kerana menyangka aku bertanya mengapa dia memilihku.
“ No, I mean, why choose Ai as your nickname. You got a good name. Nama isteri nabi tu…”
Dia ketawa selepas memahami maksud sebenar soalanku.
“ Haha… I know that. My parents gave me that name for the same reason. Nama isteri nabi. But I choose Ai because it’s shorter…and also because…”
“ Also because?” sampukku.
“ Because Ai means ‘love’” dia menyambung bicara.
“ And you, why don’t you let people call you Zulkifli? It’s a prophet’s name kan?” giliran aku pula ditanya.
“ Oh…Haha. Probably because it’s shorter. Actually my parents do call me Zulkifli. Only my kakak-kakak yang panggil saya Zul.”
“ Let me guess, you’re 27 rite?” Ai menduga usiaku.
“ Nope. 25. And you are… 18.” Aku menjawab dan terus meneka usia Ai pula.
“ Wrong. I’m 20. Wow, I should call you abang la kan?”
“ No, please don’t. I don’t want to feel so old.” Jawabku.
“ Haha… Ok abang… Sekarang kerja apa?”
“ HIS.”
“Apa tu?”
“ Hidup ikut suka,” jawabku.
Dia ketawa lagi. “ Peliknya! Dulu study apa?”
“ Syariah…” jawabku ringkas. Aku terasa malu amat. Dengan sikapku dan keadaanku dengan Ai sekarang, kursus syariah tidak sesuai dikaitkan dengan aku. Aku juga serba salah kerana menjadi wakil yang memburukkan nama kursus syariah.
“ Wah, Ustaz Zul. Untung siapa dapat awak. Boleh pimpin isteri kan?” tanya Ai dengan senyuman. Kalaulah dia tahu apa yang aku rasa ketika itu, mungkin dia tidak akan mampu tersenyum sedemikian rupa.
“ Insya Allah. Saya pun tak tahu.” Hatiku ditusuk duri tajam. Celaka. Sakit. Sungguh sakit rasanya. Namun aku terlalu lemah untuk menepis syaitan-syaitan yang sedang bergembira melungsuri pembuluh darah dan mengayun buaian di telingaku.
“ Dating ni haram ke?” tanya Ai. Aku nampak keikhlasan pada pertanyaannya. Darahku seperti terhenti mengalir. Aku tersentap.
Celaka. Apa yang patut aku jawab? Jika aku jawab ya, maka aku sedang melakukan kontradiksi dengan perlakuan aku ketika ini. Dan aku perlu bersedia menjawab soalan berbunyi “ macam yang kita buat sekarang ni, kira haram ke tak ya?”
Jika aku jawab tidak, maka aku berdusta dengan Allah dan diri sendiri. Aku mengkhianati amanah ilmu sebagaimana aku mengkhianati amanah solatku. Bertambah dosaku dan semakin hampir aku ke pintu neraka.
Dan atas nasihat setan dan atas keburukan imanku, aku pun menggunakan helah escapist. Aku mengalihkan soalannya dengan pertanyaanku pula.

“ Ai pula belajar kat mana?” aku bertanya dengan wajah sehabis natural, dengan kebimbangan bahawa Ai akan kembali bertanya soalan yang tidak kujawab itu.
“ Tak sambung belajar. Dulu masa SPM Ai demam panas. Lepas tu Ai pun dah tak nak ambik SPM lagi sebab dah tak ada kawan.”
“ Kesiannya. Mak dengan Ayah Ai tak kisah?”
“ Tak. Sebab Ai cakap Ai dah ada perancangan masa depan.”
“ Which is?”
“ Ai nak jadi penyanyi.” Jawabnya sambil memandang ke atas, tersenyum.
Aku diam. Aku pernah membenci orang yang bercita-cita menjadi penyanyi. Aku anggap mereka itu orang-orang yang gilakan pujaan.
“ Macam Justin Bieber?” tiba-tiba aku berseloroh, ingin menceriakan kembali suasana.
“ Haha!” Ai ketawa. Hatiku cair lagi. Terasa bagai wajahnya itu ingin kutatap sepanjang masa. Tawanya yang menghiburkan itu kurasa bagai ingin kurakam buat menemaniku dalam jaga dan lena.
Dan yang ajaibnya, aku tetap leka walaupun aku tahu setan sedang berpesta menyaksikan ketewasan seorang lelaki lulusan syariah dikelentongnya.
“ Zul, saya kena balik la. Petang nanti saya ada latihan vokal dengan mak cik saya.”
“ Oh. Baik. Saya boleh hantarkan.” Tawarku. Sebenarnya, aku masih belum ingin melepaskan dia pulang. Masih belum puas merasa nikmat berdua-duaan dengan gadis secantik Ai.
“ Eh susahkan awak je. Tak apalah.”
“ Eh tak apa. Tak susah pun. Jomlah. This might be the last time we meet.” Kataku.
Ai tersenyum. Diam mengangguk tanda setuju. Mungkin dia juga terasa berat meninggalkan aku.
“ Wah, Mini Cooper! My favourite! Tak rugi saya tumpang awak Zul.”
Aku hanya tersenyum. Terhibur melihat wajah comelnya yang sedang memegang pipi dengan mata yang membulat memandang Mini Cooperku.
Sampai ke hadapan rumahnya.
“ Tak nak masuk dulu ke?”
“ Eh tak apalah Ai. Saya seganlah,” aku melempar senyuman. Sebentar kemudian aku mengeluarkan kad namaku kepadanya. “ Ai, ini kad saya, wedding photographer. Ada contact number dan emel kat situ. Kalau nak kahwin nanti panggillah saya.”
“ Cakap amatur?” Ai mempersoalkan keamaturanku yang sudah menjalankan perniagaan fotografi perkahwinan.
“ Yang pro kawan saya. Saya ni amatur je. Hehe “ jawabku.
“ Ok. Nanti saya nak kahwin saya panggil awak ya…”
“ Oraait!” jawabku.
“…Saya panggil awak kahwin dengan saya, biar kawan awak yang pro tu ambil gambar kita.” Ai tersenyum nakal lalu terus berpaling dan masuk ke rumahnya sambil berlari anak.
“Err…” Aku terkedu. Akhirnya aku tersenyum sendiri.
What in the world… Haha… Seronok. Terhibur. Syok. Syahdu. No wonder la kawan-kawanku yang berpacaran ketika di university dahulu sukar meninggalkan maksiat ini. Kalau dahulu aku berada di barisan hadapan para pejuang menentang maksiat pacaran. Kini aku merasa. Dan aku tewas dengan penuh keaiban.
Dan yang ajaibnya, aku tetap merasa syok, dalam kefahaman bahawa aku baru sahaja melakukan sesuatu yang salah. Hatiku sakit. Dan kini bertambah sakit. Celaka. Aku tahu kau orang sedang berpesta wahai setan!
 __________________________________________________
Menyampah…
“ Thanks for today. Really looking forward to seeing you again, Ustaz Zulkifli.”
Itulah bunyi mesej Ai apabila kubaca berulang-ulang kali. Apa agaknya yang dirasa oleh Ai?
Aku? Serba salah. Antara berhenti memenangkan setan, dan tewas dengan nafsu sendiri… Solusinya? Ambil wuduk dan solat? Solat sunat taubat, istighfar banyak-banyak dan buka Quran?
Oh, aku terasa amat lemah untuk itu semua. Aku sungguh sampah. Aku harap Tuhan tidak menyampah melihatku. Celaka. Sungguh celaka. Berbelah bahagi. Masihkah ada iman dalam dadaku? Sampaikan perkara sebesar solat pun tidak sanggup aku dirikan. Sampaikan perkara seremeh ‘dating’ pun tidak sanggup aku tinggalkan. Celaka. Sejak bila aku jadi begini?
Ya Allah, jangan cabut nyawaku sekarang. Malaikat Izrail, pergi kau jauh-jauh! Aku tak mahu mati sebagai sampah, aku tak mahu mati dalam keadaan Allah menyampah denganku. Tanpa sedar, aku berdoa. Rupa-rupanya, semalas manapun manusia mahu menadah tangan memohon, sebenarnya masih ada keperluan yang tinggi kepada Tuhan.
“ Ustaz, esok jom tengok Nur Kasih nak?” satu mesej dari Ai muncul ke telefonku.
“ Awak tak kerja ke esok?” aku buat-buat bertanya.
“ Mana ada kerja. Saya pun HIS juga. Hidup ikut suka. :P )”
“ Ada tiket?” tanyaku.
“ Ala…Checklah dengan iPhone ustaz tu…”
“ Baiklah Cik Ai. Saya ingat Cik Ai dah check guna AiPhone cik Ai tadi…”
“ Errmmm… Kite ni tak kaya macam dia… Hihi. Tolong periksa tiket ya. Saya teringin nak tengok cerita cinta Islamik. Teringin sangat. Mesti best kan?”
“ Ok nanti saya periksa,” jawabku.
Aku semakin menyampah dengan diri sendiri. Amat mudah tewas dengan godaan. Kali ini, dia mahu tonton filem cinta Islamik. Arghh… Tekanan. Rileks. Baik, why don’t we change this into something I can win?
Bawa dia tonton cinta Islamik. Bagi dia ada kesedaran Islam dan bagi dia merasa nikmat keindahan Islam. Kemudian, perlahan-lahan bawa dia menjiwai Islam. Ajar dia adab pergaulan, tutup aurat dengan baik dan tukar cita-citanya daripada artis kepada cita-cita yang lebih mulia di sisi agama. Ya, dengan cara ini Islam akan menang.
Hampeh. The end justify the means? Matlamatnya nampak cantik, namun sepanjang prosesnya, sampah bersepah! Buat maksiat untuk meningkatkan iman seorang gadis? Kalaupun dia menjadi lebih baik, aku pula bagaimana? Tertinggal diri. Kononnya sibuk membawa manusia kepada kebaikan namun diri sendiri tertinggal di lorong gelap penuh sampah.
Oh maaf. Itu formula syaitan.
Ia tidak sepatutnya aku turuti.
Namun, guess what?
Aku tewas. Walaupun dikurniakan dengan kesedaran terhadap bahaya formula syaitan itu, Allah tidak menurunkan rahmatnya untuk menyelamatkan aku dari terus-menerus memenangkan syaitan. Celaka!
Esoknya, aku keluar menonton wayang dengan Ai. Buat pertama kalinya sepanjang hidupku, aku akhirnya menemani seorang gadis menonton wayang, duduk bersebelahan dengannya dalam dewan gelap yang penuh syaitan.
Selesai menonton.
“ Sedih la… Isk isk…”
“Cool la… Kisah cinta memang camtu.” Jawabku sambil tersenyum. Ai berjalan betul-betul rapat denganku. Wajah comelnya dilap dengan tisu.
“Ai…”
“ Ya saya?”
“ Is this your first time going out with a man?”
Ai diam sejenak. Bagaikan malu untuk menjawab.
“ Ya. Kenapa?”
“ Kenapa awak boleh senang-senang saja keluar dengan saya?” Aku bertanya dengan serius.
“ Why? What’s wrong?” dia hairan.
“ No, nothing… I’m just… I…I’ts okay, nothing… Nothing….” aku tersenyum. Tidak tahu ingin memberikan sebab aku bertanya.
“ Well, I trust you.” Jawabnya. Dan dia tersenyum sambil tersipu-sipu malu memandang ke bawah sambil kaki melangkah maju menuju ke sebuah restoran.
Hatiku bagai disentap. Perasaan bercampu baur. Terasa bagai sedang mengkhianati Ai yang muda dan mentah itu. Aku yang sepatutnya menjaga batas pergaulan kini sedang mencemarkan Ai yang memberikan sepenuh kepercayaan kepadaku.
“ Zul…”
Aku memandang sambil mengangkat kening. Ai teragak-agak meneruskan bicara.
“ Can we be friends?”
“ Haha… Saspennya…Mestilah boleh,” jawabku.
“ I hope you understand. I don’t have many friends that I could hang out with. Most of them are studying. Dan yang lelaki pulak biasanya akan ada niat lain kalau berkawan dengan saya. I’m very happy to have met you.”
Oh Ai… Aku pun sama juga dengan kawan-kawan lelaki kau yang lain tu. You’re just too angelic to be resisted. I do have affection for you.
“ Saya pun lelaki jugak… “
“ But you are different. Somehow I know you won’t do anything stupid to me,” katanya.
“ What if I go further?”
“ You mean?”
“ Beyond friends…” Tanyaku. Dalam hati, aku gusar mengenangkan betapa jauh aku telah pergi untuk seseorang yang baru sahaja aku temui.
“ I think I don’t mind. I might even like it,” jawabnya sambil berpaling ke tempat lain dan tersenyum.
Celaka. Jantungku kencang.
Dan sungguh ajaib… Aku ditipu setan dan aku pasti mereka sedang berpesta besar dengan ketewasan aku.
_______________________________________________
Dustbin
Bakul sampahku penuh. Lakaran-lakaranku bersepah di atas lantai. Lukisan yang tidak menjadi aku lempar dengan tepat ke dalam bakul sampah kedua. Aku semakin hebat melontar sampah. Seraya aku terbayang, mungkin beginilah nasib sampah sepertiku yang dicampak ke neraka Allah di akhirat kerana tewas dengan syaitan dan hawa nafsu.

Wajah Ai berada di skrin komputerku. Tanganku ligat melakar wajahnya yang aku jadikan potret. Kononnya ingin dihadiahkan kepada Ai untuk menunjukkan betapa aku menghargai pertemuan kami. Banyak isu di situ. Melukis makhluk ciptaan Allah seumpama ingin menandingi keindahan ciptaanNya yang asli…Itu boleh jadi dosa.
Akhirnya kekeliruanku mendorong aku untuk berhenti. Namun hatiku kosong. Asyik teringatkan Ai dan keramahannya. Lalu sebagaimana gejala yang biasa melanda orang angau bercinta, aku utuskan mesej-mesej untuk melepas rindu. Gila.
Aku sudah hilang jati diri.
Dan perbuatanku terus direward dengan balasan mesej dari Ai. Semakin kami berbalas, semakin kuat syaitan memenangi peperangan ini. Ajaibnya, aku tidak mampu bertegas untuk menentang hasutan demi hasutan ini.
Seolahnya, aku tidak percaya kepada syurga yang menanti orang sabar, tidak percaya kepada nikmat yang akan Allah berikan kepada manusia yang mampu mengawal diri mengikut panduan Ilahi. Bidadari-bidadari syurga yang aku rindukan dahulu kini tenggelam dalam bayangan seorang manusia biasa, Ai.
Ai ai, adoi ayy… Bilalah aku akan keluar dari tong sampah ini?
Satu mesej tiba.
“ Awak, saya tangah baca satu buku best ni…”
” Ayat-ayat Cinta?” dugaku.“
“ Taklah… Itu minggu lepas. Ini buku Cinta dalam Islam. Nak berkawan dengan ustaz, kenalah baca buku agama…Hihi”
Entah mengapa aku jadi bimbang.
“ Apa yang bestnya?”
“ Dia bagi tahu nikmat bercinta mengikut cara Islam. Cinta selepas berkahwin.” Ai memberi jawapan yang sudah aku jangkakan. Bukan aku tidak pernah membaca buku itu. Malah buku itulah yang aku jadikan hujah untuk menasihati kawan baikku yang hanyut dalam percintaan di kampus dahulu.
“ Saya belum habis baca. Saya rasa kalau saya dah habis baca mesti saya akan jadi perempuan yang baik,” tambah Ai lagi.
Aku jadi bertambah bimbang. Dadaku sesak dan kepalaku mula pening. Tidak tentu arah. Serabut.
Kalau Ai dah sedar perkara yang betul…Maka… Lepas ini… Arrgghh!
Celaka! Mengapa aku berasa begini? Aku sudah menyayangi maksiat yang aku lakukan. Celaka. Biarkan! Biarkan sahaja Ai tahu kebenaran!
Biarkan sahaja Ai mengetahui jawapan kepada pertanyaannya yang aku abaikan tempoh hari. Apa kerugian aku? Ya, apa kerugian aku? Celaka…
Yang rugi adalah syaitan. Aku pula? Aku pula turut berasa rugi… Kenapa? Jelas.
Aku sudah menjadi khalifah syaitan.
Celaka. Biarkan kami berputus hubungan. Kerana kami sedari awalnya tidak seharusnya begini. Ini semua salahku. Akulah si sampah yang membusukkan manusia yang mengutipku. Bodoh! Ai, maafkan aku.
Aku tidak mahu membusukkan kau dan membawa kau ke neraka. Aku banyak dosa. Aku membusukkan keharuman maruah seorang muslimah. Aku menjadi manusia yang mencatatkan rekod yang mencacatkan catatan hidupnya.
Kali ini aku mahu syaitan tewas. Aku letih menjadi sampah. Ya. Ia memeritkan. Inilah mujahadah. Melawan perkara yang manusia pandang ringan. Inilah nilai mujahadah, remeh pada pandangan mata haiwani, mahal pada erti hidup seorang khalifah Allah, mengawal tingkah laku diri supaya buahnya yang berupa rahmat ketenangan dapat dikecapi sekalian makhluk di alam ini.
Aku ingin ketenangan itu. Kini aku lebih yakin, yang aku inginkan adalah ketenangan pada yakinnya aku bahawa apa sahaja yang aku lakukan tepat di atas landasan keredhaan Allah yang menjadi ilahku.

Biar keredhaan Dia yang meraja di hati. Biar ia kekal di hati, supaya aku bisa kekal dalam rahmatnya di dunia sini dan di akhirat sana. Biar. Biarkan! Apa sahaja ingin berlaku, biarkan! Pergi kau setan! Biarlah kesakitan meninggalkan orang yang aku sayang ini menjadi parut yang akan aku kenang sebagai ketewasan yang tidak akan aku ulangi di masa hadapan.
Cinta yang lahir kerana syaitan itu tidak akan aku biarkan terus hidup. Semoga Allah membunuhnya, atau menggantikannya dengan cinta yang selari dengan kemahuanNya. Allah, berikan aku kekuatan. Aku mahu keluar dari tong sampah ini, kitarkan aku semula menjadi hambaMu yang tetap atas jalanMu.
Selamat tinggal Ai. Semoga Allah menemani perjalanan tarbiahmu dan menunjukimu ke jalan menuju syurgaNya.
Berambus syaitan, aku tak mahu lagi tewas di tangan kamu. Cukuplah kau berpesta, kini aku sudah bertemu kekuatanku kembali.
Allah, peluklah daku dalam rahmatMu. Usah lepas lagi.
RABBANA LA TUZIGH QULUBANA BA’DA IZHADAITANAA WAHABLANA MINLADUNKA RAHMAH, INNAKA ANTAL WAHHAAB.
Penulis: Muhammad Norazim Bin Mohd Zainol 

http://pembina.com.my/aku-hanya-seorang-dustbin-bieber/#comments