"Dear me, these flowers are a reminder that I'm worth blooming for."
____________________________________________________________________
Sekarang ni tak jauh dari rumah aku ada kedai bunga jual bunga borong
tapi dia jual jugak bouquet kecik macam ni
setiap hari gubahan bunga berbeza
murah je uolls, ada RM25, ada RM35.
so sekarang aku punya rutin baru, beli bunga untuk diri aku tiap minggu
lepastu tersengeh la sorang-sorang hhahaha
aku suka bunga rupanya, baru sedar suka bunga bila dah tua tua ni
tapi dari dulu pun memang suka ja tengok pokok bunga cantik cantik
cuma bouquet bunga ni, aku baru sedar aku suka dapat bunga.walaupun last last kena buang kan
tapi perasaan dan excited dapat tengok bunga cantik cantik ni
macam bagi suatu hormon bahagia dan kepuasan
yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata
antara self love aku untuk diri aku sekarang yang aku baru explore dan discover
ada lagi beberapa self love dan self care yang aku baru explore dan discover jugak. nanti aku cerita dekat sissturrr sekalian. best walaupun duit kena keluarkan la sikit haha
hope para pembaca wanita boleh try jugak selepas ni tau
kita kena sayangi diri kita ok
dan bahagiakan diri kita, tak mau stress stress kirijaaa
