Wednesday, June 29, 2011

Kami Sudah SEM4!

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum

bila tengok balik gambar masa waktu merdeka 2008
waktu gi lata
etc2.tak sangka yang kami semua dah

SEMESTER 4! o_O

ni masa sem3PISMP .gi parlimen

masing2 dah besar! banyak kisah kami bersama
start masa mula2 masuk, kami dah gaduh.sebab pembahagian kumpulan ape tah.
tak puas hati. lepastu kes masing2 tak suka kat sorg ni.
then masalah dtg lagi masa 3ppismp. masa dkt2 drama nite
masalah yg lebih besaq dtg pd 2PISMP. 

tapi yg saya respect sangat pada rakan2 sekelas 
setiap masalah yg timbul, akhirnya diselesaikan dan
masing2 let it go. tak simpan ape2 dah dlm hati
alhamdulillah, rasa syukur sangat dapat classmate yg masing2 memahami
kalau terasa hati pun, tak lame.lpas tu dah lupa :)
sayang hampa smua!

start semester ni saya rasa nk mhargai rakan2 sklas sebaiknya
sebab kita semua dah tak lama dah kat sini.2 tahun ja lagi
lepas ni susah dah kita nak bersama
saya sedo selama ni saya kurg mhargai.kdg2 mcm pentingkn diri.
kita akan rasa kehilangan bila kita dah masing2 kerja nanti
jadi, hargailah masa bersama sekarang ni! :)

tengok balik gamba2 nostalgia bersama :)



tunggu sorang2 penuhkan pentas tu

 latihan waktu male

 waktu nak amik t shirt

 dari sudut tmpat ku

waktu kami semua kanak2 lagik! :D

beg doraemon

 buka puasa bersama

 di pos brooke

dgn anak2 org asli


waktu mula2 masuk dulu, banyak kajian luar
tapi sekarang dah susah.
bestnya kalau boleh keluar ramai2 lagi.

 

Perpaduan

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum
tak abis lagi edit gambo utk kat thailogue seterusnya
sebab gambo file2 besa,so kena la kcikkan size.

hari ini, saya hanya ingin berkongsi luahan saya.
kadang2, saya rindukan suasana kulim sebab
saya dapat rasakan perpaduan antara kaum di kulim


tapi di pantai timur, (taktau lah maybe di besut sahaje kot)
saya dpt lihat situasi berbeza
"geli la nak pergi sana.ramai cina." "ramainya kel*ing". etc etc yang saya tak nak sebutkan.

mungkin saya dibesarkan dalam suasana ramai cina dan india.
kat sekolah rendah, kami rapat antara satu sama lain
sekolah menengah pn sy tgk kwn2 smua baik dgn cina dan india
dan ayah dan mama saya pn baik dgn mereka


ms pergi pasar kulim, saya perhati org cina beli putu mayam
org melayu pn beli putu mayam. putu mayam ni makanan org india.
tapi semua kaum boleh makan.

Rasulullah s.a.w pn tak pernah cakap mcm tu kat kaum lain, agama lain
Rasulullah s.a.w pn hormat mereka.

kalau nak tahu, saya tak suka bila dengar kawan2 pandang rendah thdp kaum lain
serious tak suka.
kalau kita tak hormat kaum lain.mcm mana diorg nak hormat kita, kan?

maaf, jangan terasa pulak ye,


  

Tuesday, June 28, 2011

Thailogue

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum~

aha, setelah beberapa minggu cadangan yg ayah berikan
ari ni baru sempat nak tulis.

lagipun teringat nak tulis sebab cuti aritu ada sorang junior ni tanya 
sebab dia jln2 dgn family dia p sana jugak aritu.
lagipun ayah kata, share la pengalaman p sana, sebab tak ramai org Malaysia nak p sana
sebab takut ada org jahat .takslamat.(sama jgk, dulu rasa camni jugak.heheh)

before pergi ke sana, beberapa persiapan ayah buat.dan kami 2 beradik pun kena buat.ehehe.

1. plan nak pergi mana, dari hari pertama smpai hari ke yg tak dijangka lagi
2. belaja bahasa siam dari internet. yang asas2 sebab orang sana tak ramai boleh cakap english
  terima kasih, selamat tengah hari ke,...cari no 1- 100 dlm bahasa siap. puluh ribu ratus.semua tentang nombor.supaya mudah nak beli2 barang atau tawar menawat.
  pehtu cari jugak beberapa perkataan asas macam makanan ke, ikan,sayur, ayam. khinzir.daging.etc etc.
  bilik, katil, hotel, tandas,sejuk,panas, .etc etc. kalau boleh, blajo seberapa yg boleh.
3. bawa bahan2 utk masak,gula garam milo bawang .(Yg asas2) . in case kalau tadak makanan yang boleh dipercayai, kita masak makanan sendiri. bawa dapur kecik.
5. bawa khemah,kompas(kalau tak jmpe surau,masjid).khemah tu kalau tak jmpa hotel ke.sebab sana hotel dia ada yg sesuai utk kita,ada yang 'tak sesuai'..eheh
6. lagi...ape ek?tak tahu la. tapi bajet duit kot.nak belanja berapa. hotel tak mahal,tapi minyak mahal.
7. RM100= 950 baht. tak banyak beza pn dgn duit kita.sebab 950baht tu mcm 95 ringgit. contohnya, hotel kat sana harga dalam 600baht. 900baht=rm100. so 600 baht lebih kurang macam rm60.
8. aha, GPS jgn lupa bawa.dan juga bawa peta. kadang GPS tak berapa betul. tengok peta sama. GPS dan Peta. 

lpas plan2, search dalam internet. kami listkan tmpat2 utama yg nk dituju
  1. bangkok
  2. doi inthanon, chiangmai
  3. mae salong
  4. mae fah luang
  5. mae sai,
  6. chiang rai
  7. kanchanaburi
  8. phuket
  9. krabi.

. . . . . . . . .. . . . .. . . .. . 

apa-apa pun yang paling utama, sentiasa berdoa supaya perjalanan kita dilindungi Allah. macam-macam boleh terjadi kalau kita tak ingat kat Allah masa on da way ke sana. 

..ada reja, nanti kita sambung lagik :).wassalam~

 

I am Human

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum

Buat pengetahuan semua, saya adalah manusia
dan saya jugak manusia melakukan kesilapan dan kesalahan
jangan fikir saya ni mempunyai banyak ilmu, dan budak yg sangatt baik.
tidak,. saya mengaku saya bukan budak yang baik

saya tahu saya mempunyai banyak kekurangan, kelemahan
saya mengaku saya kurang ilmu agama, tapi saya mahu perbaiki diri saya
tapi nak berubah tu perlukan masa yg agak lama.

saya rasa, tak ramai yg tahu bagaimana peribadi saya
apa yg saya suka,apa saya tak suka.
dan kadang2 saya sendiri masih lagi refleks diri saya

masih lagi mempunyai konflik dalaman.
konflik dgn diri sendiri.

Ya Allah, bantulah hambaMu yang hina dan penuh dosa ini...



 

Dating

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'alaikum
Tiap kali cuti sekolah, aktiviti wajib saya ialah jumpa kawan2 lama
sebab bagi saya, kalau persahabatan tu,biarlah kekal walaupun kita dah smbung belajo
dah kahwin, dah ada cucu.
bukannya persahabatan tu stop smpai kita dah berkahwin atau..sudah bercinta .
bagi saya, walaupun mungkin lah kita dah ada keluarga,suami,
tapi itu bukan alasan kita utk terus melupakan sahabat kita.

cuti baru2 ni, dpt jumpa kwn2 lama.ramai dpt jumpa aritu :)
saya sangat rindukan detik2 dan kenangan bersama dulu2.


 jumpa kawan2 3a6. ety,nabla,daya,piqah
main bowling same2.first tym men bowling. nasib baik jauh dr org ramai :)


jumpa makcik ni. zafira, gadis comel tapi gila2.hakhak
kitorang beli keychain couple. lepastu saje berangan, nanti kalau2 lah terpisah ke.
bagi keychain ni kat anak cucu.mana nak tau nanti diorang bertemu kembali, dan camtumkan keychain kami berdua ni.haha :)



dating plak dgn makcik2 ni. geng masa lpas spm, smpai lah skrg :)
buat surprise kat tikah, mula2 nak beli kek besar
tapi last2 tak cukup bajet, beli cupcake rm3 :D



pastu jumpa aliah. gambo ni tak upload lagi.sebab dalam camera, busy nak cari cable.




cuti aritu jugak keluar dengan mama dan ayah
gi anto adik,pehtu jln2 kat ikea. kira dating la jgk
pehtu keluaq dgn mama gi perda. kluaq 2 org  beli baju raya utk adik

pastu dating jugak dgn ayah
naik moto gi ambik IC dan beli kueh kat pasa .... 

dan akhir sekali
before balik
kakak bawa gi mkn dominos, sbb kakak tau maya suka dominos 
mesti kakak sayang maya kan (perasaan perasan .ahah)
terima kasih kakak! :D

--------------------

rindu mereka... 

  

Monday, June 27, 2011

New Semester

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah
sekarang saya sudah pun berada di semester 4 PISMP
kejap sangat masa berlalu
macam baru semalam ja kenal besut ni

Untuk pertama kalinya,saya pulang ke maktab dengan perasaan sedih dan kurang rela
pertama kalinya menangis teringat keluarga di rumah (Selain waktu orientasi pPismp dulu)
tak pernah terjadi sebelum ni.aha

mungkin saya baru menghargai saat-saat bersama keluarga
yang sebelum ni saya kurang menghargai
teringat masa pagi before balik maktab
naik moto dengan ayah pergi pasar kulim beli kuih
kuih muih yang susah nak dapat kat pantai timoq
lama tak naik moto dgn ayah.kecik2 dulu salu la naik moto.
kuih utk bekal dalam reta.
ayah kata mama suruh bawa gi pasar cari kuih
 T_T sadisss...

ada org kata anak manja.sbb dah 21tahun pn nangis2 teringat ayah mama.ahahha
tapi mungkin cuti aritu byk habiskan masa bersama mereka sebab duk rumah sorang ja

apa-apa pun, kena sedaq diri jugak, dah besaq bukan bdk2 lagi.
tapi bila rumet buka nasyid kumpulan FarEast
tajuk Saat Lafaz Sakinah...lagi rasa nak nangis..._

. . . . . . .

   

Tuesday, June 14, 2011

Akhirnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah setelah beberapa kali tukar background
akhirnya hati terpaut pada background yang ini :)
ingat nak cari corak yang comel2
tapi last2 minat yang ada bunga dan rama2.

jadi untuk satu tahun bermula sem depan, saya akan menggunakan background ini
header tak siap lagi. odw
isi blog pn tak diisi lagi dengan mende pekdah.
ayah bg cadangan utk cerita kisah gi thai aritu. cerita satu satu.dari hari pertama smpai hari ke 13
 .cam travelogue plak .
walaupun hanya gi thailand, tapi sebenany byk gk mende baru yg jumpa
nak gi obersea nek flight saya tak mampu. hehe.
nanti lah rajin2 saya cerita.


wslm
 

dear sisters

بسم الله الرحمن الرحيم 




 

Monday, June 13, 2011

kanak2 dulu

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamu'alaikum
Aha, hari ini kita smbang-sembang tentang apa kisah kanak2 dlu
mesti masing2 ada habit dia masa kanak2 dulu kan
atau pun apa benda pelik pernah kita buat dulu
mesti sengih sorang2 kan bila kta teringat zmn kcik2 dlu

SUKA
1. suka makan sos tomato begitu sahaja
2. suka makan cheese
3. suka gigit kuku dan telan
4. suka keharuman sos tiram
5. suka mengadu kat mak ayah. adikbradik kata kaki repot.haha



PERNAH
1. pernah makan semut
2.pernah gumpal2 kertas pastu telan 
3. pernah telan chewing gum banyak kali
4. suka telan ubat gigi perisa strawberry dan buah buahan
5. pernah seksa haiwan.sampai sekarang ingat lagi kutip pepatung byk2 yang kecik tu.pastu cabut kepak dia.astaghfirullah hal azim!kejam dan zalim. tapi takpelah kanak2,tak boleh fikir betul2 lagi.ehe

rasanya ada lagi tapi tak ingat lagi

oklah, itu sahaja. :)
sekian
wslm


 

Demo

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum
Ya,minggu ni anda akan melihat blog ini bertukar tukar warna dan background.
sebab sedang mencari satu suasana yang agak baru di sini
nak bagi ala2 ceria dan santai.tidak terlalu dull atau berat gitu
paham ke tak paham apa saya cakap ni.

Sila bagi komen2 anda ya. terima kasih
wslm  

Sunday, June 12, 2011

....

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamua'alaikum~
aha/lama gle tak update.arini nak update sikit.

tapi takda idea lagi nak cakap apa.sebab bz sikit.bz ka?bz la jugak.ahaks.


saja nak share gmba comel.sekian,wslm :D


 

Sunday, June 5, 2011

URL tukaran

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum

ehem. preett preeet preetttt(bunyi trumpet)
dengan ini ,saya ingin mengumumkan, bahawa saya akan menukar address blog saya
dari mayonis90 kepada
ilhamsumaiya.blogspot.com

bermula 2minggu dari sekarang saya akan tukaq
ingat nak tukaq la ni jugak tapi kot2 satgi kawan2 carik saya
tengok2 tak jumpa sebab address dah tukaq.hehe.

sebab apa tukaq?
sebab mayonis90 ni dari zaman dulu2 lagi, lagipun entah la rasa cam tak brapa best ja
lagipun mayonis tersimpan kisah2 lama saya. nak buat transformasi lah sikit.
:)

   

Saturday, June 4, 2011

bagaimana kabar hati?

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah akhirnya saya jumpa video ni kat youtube!
before ni tengok dlm laptop sahabat2

first time tengok, rasa sebak
second time tengok, rasa nak nangis.
terima kasih kepada insan yang buat video ni :)

sangat memberi semangat dan motivasi
untuk tegar di jalan yang..
jalan yang sukar kita temui majoriti manusia.
dan jalan ini juga, sering dipandang serong
saya akui jalan ni amat berat bagi saya
yang boleh dikatakan ilmu hanya 0.01%
saya tahu saya miskin ilmu
tapi demi mperbaiki diri dan demi keluarga saya sekarang
dan keluarga saya akan datang.dan generasi akan datang.
walau berat macam mana pun,
kita perlu tempuhi jua.



kerana syurga Allah tu mahal harganya.
takkan lah kita senang lenang tak buat apa di dunia ini
tak rasa berat langsung.tak berusaha langsung nak dekatkan diri dgn Allah
ingat, syurga Allah itu bukan murah harganya :)

amalan kita sangat sangat sdikit.kita kena sedo kita ni sangat sikit amalan
utk dibawa ke akhirat
apa salahnya kita berusaha,walaupun sedikit, tapi kita niat utk perbaiki diri

:)

wassalam

Friday, June 3, 2011

Si Dia

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt
Hari ini entah tiba-tiba teringat kisah yang..
..............

pantang nampak al-Quran,mesti timbul perasaan tak suka!
entah kenapa perasaan tu ada.
mungkin sbb jarang baca al-Quran
tak pandai baca dgn lancar
bila orang ajak baca sama2...mmg tak suka!
sebab ..mmg jrang baca .dan.mungkin ego tinggi.
faktor utama baca gagap2,tak lancar.
tapi disebabkan dua faktor tu, jadi tak mau baca.

hanya baca bila baca Yasin.
suka sangat...sebab yang ni ja lancar utk kita baca kan?
buka al-Quran, surah Yasin saja dibaca.surah lain,macammana?
..........
sehinggalah pada suatu hari, sejak saya 'perlu' baca utk seminggu sekali
sampailah terdetik rasa malu sebab baca gagap dan slow depan orang 'itu'.
start dari detik tu, saya cuba turunkan ego yang sangat tinggi.
ego saya ..saya pantang..dan tak boleh orang lain tengok saya baca al-Quran
sebab ego la..
dah la baca teruk.malu orang lain tahu. jadi tak mahu baca...

satu malam, tarawih di surau.gi awal,maghrib di surau
sementara tunggu isya', senior2 dan adik2 di surau tadarus al-Quran.
sorang2 baca!adeh.nak lari kan diri masa tu.balik bilik dulu..
tapi diajak dgn semangat oleh seorang hamba Allah.
berdebar hati hanya Allah yang tahu
ada 10orang waktu tu.semua lancar bacaannya...
turn diri sendiri...tersekat2!mcm bdk darjah 1.
malu hanya Allah yang tahu..
first time dlm hidup, rasa macam ego berjaya direndahkan.
depan adik2 junior, baca sama2.tapi diorang lagi hebat..

tapi start dari tu, cuba untuk membaca al-Quran dengan lebih kerap
tajwid still tak berapa betui.
 waktu tu tak berapa nak menghayati isinya..

tapi lama-kelamaan, hati rasa terpaut padanya.
mula cuba memahami isinya.
subhanallah..indahnya kata-kata Allah..

teringat kisah Umar Al-Khattab
beliau membaca dan memahami Al-Quran
takkan beralih ke muka surat seterusnya selagi tak amalkan apa yang terkandung pada muka surat
yang sudah dibaca.
terfikir...adakah aku mampu utk amalkan apa yg terkandung dlm al-Quran ni?
boleh tak kalau nak ikut macam Umar?

bila sudah baca, kita faham.
bila dah faham, kita perlu amalkan.
tapi itu yang kita tak nak buat kan?

kita just amalkan mana yang sesuai dengan diri kita sahaja.
yang kita rasa mudah, rasa selesa nak buat
tapi yang kita rasa kita malas nak buat, payah nak buat
kita tolak terus.taknak amik apa yang Allah beritahu dalam al-Quran

Allah suka orang yang kawal marah, orang yang menyambungkan silaturrahim , guna harta, masa untuk Allah, berkata baik, baik tutur kata, hormati ibu bapa, bantu orang lain
Allah suruh
tutup aurat,tutup dada, jangan tabarruj mcm org jahiliyah, jgn lmbutkan suara thdp lelaki
jgn kita niat menunjuk2, pakai utk tarik perhatian lelaki.
dan macam macam lagi

kita tahu semua tu, tapi kita tak amalkan.
bukankah Allah tak suka orang yang tahu sesuatu, tapi dia tak amalkan?
Allah tak suka hambaNya yang sampaikan sesuatu kepada orang tetapi diri sendiri tak amalkan?
mari kita..tepuk dada, tanya iman.
tanya diri sendiri, aku ni betoi ka ikut pa Allah suruh?
ka buat ikut suka hati aku ja?

.............................

Si dia.. yang selama ini aku pandang sebelah mata
seperti buku lama yang buruk.tak berguna. lapuk.hanya hiasan untuk menghalau hantu...
sebenarnya terkandung kata-kata yang memberi
panduan, semangat, harapan, kebahagiaan, ketenangan..

Hanya dengan mengingati Allah, jiwa kan tenteram..

-------------------------------------

adakah si dia , akan membantu kita di akhirat kelak?
sudikah si dia menemani kita di akhirat nanti?




wassalam.

  

Nostalgia

Assalamu'alaikum
semalam tengah kemas-kemas rumah
kemas almari dekat ruang keluarga
lepastu susun2 kaset kat almari,bawa keluar nak simpan dlm kotak
tiba-tiba terjumpa kaset ni.dia tulis
"Yellowcard-Ocean Avenue"

pelik!macam mana ada dekat rak tu?
rasanya macam dulu2,beli senyap2 nyorok bawah katil.
bawah buku2 kat rak buku.ehe
sebenaqnya, kaset ni ceq beli masa form2.waktu tu minat gila yellowcard
pestu, gi beli snyap2. dulu bijak ,tapi bijak guna utk mende tak pekdah

lagu dia spesel sbb rock tapi ada violin.sebab dulu mnat piano n violin.
haa.gitulah alkisahnya.smpai menghapai habih lagu2 dia dlm kaset ni. pehtu buat background profile kat friendster,gambo yellowcard jugak. semangat gila dulu.

tapi sekarang ni bila tengok balik kaset ni.rasa geram pn ada.sebab, berjayanya orang Barat untuk pengaruhi minda orang Islam kan.sampai kita agung2 kan depa ni.bila tengok balik lagu2 depa, contohya "Only One" .tentang cinta2, tentang girlfriend kot. your my only one,,scream my lungs out.
gila apa, punya gila kat perempuan sampai nak jerit jerit paru paru terkeluaq habih!

"ala,just lagu la.suka2 ja.utk dengaq.bukan nya nak ikut apa dia kata dalam lirik tu"
heh.sebenaqnya lagu2 omputih atau melayu hat pasal2 cinta nila yang pengaruhi kita tau tak
pengaruhi kita untuk timbul perasaan nak bercinta,romantik lah,apelah.

tengok lah lagu sekarang, mesti ada tentang cinta kamu,cinta ku.
sangat melalaikan bila dengaq lagu ni.kadang2 sampai teringat dalam solat.

dan kita lupa Allah!kita tak teringat pun kat Allah bila dengar lagu2 macam ni,
kita macam dibuai perasaan.haish!sangat melalaikan!

oleh itu, marilah kawan2.kita pakat tukaq dengaq lagu2 tak pekdah buang masa
kepada lagu yang ingatkan kita pada Allah..nasyid.nasyid omputih pn ada jugakk paa :D

sometimes kan, benda yang kecik dan kita rasa remeh tu lah,yang sangat besar efeknya kepada jiwa kita.kalau orang ckap camni,kita akan menidakkan, "eh dak aiihh.lagu ni suka2 ja.mana efek aku pun"
itulah kita rasa,bila kita dah biasa,dan orang ramai pun dah memang majoriti dah biasa dengan hiburan2 gini.
i felt the same too..saya rasa lagu2 ni yang menolong utk menggelapkan lagi hati saya dahulu. seriously. kita tak mati pun kalau kita stop dengaq lagu2 omputih seksi2,rock,beyonce,sum41,blink182.etc2.

kita lupa,sebenaqnya dalam hati kita,dalam ingatan kita,setiap detik, kita kena ingat Allah. bila kita ingat Allah setiap detik, dalam perbuatan kita, kita akan terdorong oleh Allah. dan kita tak akan rasa nak bazir masa utk mende2 ni.sebab apa?sebab hidup kita ni entah smpai bila,dan cukup ke amalan ke nak bawa ke akhirat nanti?kita takk hebat mana kan.tapi ada kah usaha kita utk mencari cari sesuatu utk bawa ke akhirat nanti,biarlah sekecik habuk pn,at least kita guna masa kita dgn benda yg elok ye dak.

mmg susah nak buang habit yg suka dengar lagu2 omputih. tapi kalau niat kita nak buang habit2 kita yang buruk, insyaAllah susah macam mana pun,Allah akan tolong. jom try buang habit2 buruks ni! :D

kpd kaset yellowcard,, tata.esok anda akan tidur di tong sampah hijau besar di tepi jalan.

wassalam

 

Wednesday, June 1, 2011

Renovasi

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah, masih lagi hidup pada jam 3.17 pagi
adakah aku masih hidup pada jam 4.00 pagi?

Sekarang dalam proses renovate blog
tapi buat smentara biar dulu warna oren camni
nanti nak cari wallpaper yang ada nature sikit.
keindahan alam ciptaan Allah :)

banyak nak taip dalam ni, ada beberapa ilmu yang saya baca haritu
nak share dalam blog ni
mungkin boleh berkongsi dengan sahabat sahabat semua :D

oh ya,maaf kalau terkejut dengan nasyid mengemis kasih ni
suka lirik dia. 

maaf agak bz. dan blog yang sedia bosan.harap dapat di improve lagik!

sayang anda semua kerana Allah! :) (tiba2 rindu kpd sahabat2 )

*bagaimana hati kita pada saat ini? masih mengingatiNya,atau sudah tersasar daripada mengingatiNya?

wassalam

Cuti yang bz

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum
Alhamdulillah ponya lama cuti hari ini baru sempat nak update blog
Yang tak sebeghapa ni

quick update ala2 diary yang dicatat oleh PA.

haritu sampai rumah hari sabtu pagi
jumaat petang ayah mama ambik pehtu gi pasiaq  mas rumah acik
pehtu sampai tasik banding tdoq sana sebab mama ayah penat nak drive
pehtu balik la rumah
ahad plak pagi2 kemas barang nak hantaq adik balik shah alam
pagi bertolak
smpai 2petang gutu
duk sana smpai esok pagi

pagi isnin plak nak balik dah
singgah ikea jap sebab nak cuci mata tengok barang2 kat situ
pehtu gi tengok kereta
pastu petang balik kulim

hari ini, selasa
bangun2 pagi, kemas rumah
area yang dfokuskan bersama nana hari ini, ruang kluarga
pumpam pumpam alhamdulillah petang siap kemas dan alih2 perabot
perasan macam eric leong kejap dengan nana.ahah
oh ya, kakak hantaq muadz dari pagi tadi.
comel betul muadz

*tanya hati:
bagaimana iman anda hari ini? down? sempat tak anda luangkan masa utk Dia?

wassalam~