Monday, May 18, 2026

Self Care : Pedicure Manicure

 Assalamu’alaikum

Haa haritu aku ada habaq nak cakap pasal embrace yourself. Ustazah Nazirah kata wanita kena 3C = Cantik, Cerdik, Cekal.Sayangi diri sendiri, hargai diri kita. ya itulah aku buat sekarang. nak fokus jaga amanah tubuh badan yang Allah bagi dekat kita. 

aku sebelum ni memang since 2020 baru jaga skincare, urut badan start konsisten tahun lepas, jaga pemakanan on off tapı lepas kena influenza haritu aku nak start jaga balik pemakanan cut sugar. aku rasa kena gandakan dan tambah self care supaya aku sibuk dan tak ada masa nak pikiaq mende lain dalam hidup ku. hahaha. 

dr dulu aku paling teringin nak try pedicure & manicure tapi tak jumpa hat melayu. aku nak melayu takmau hat lain sbb nk terjaga aurat, sebab hat lain kadang depa buat open, nampak dr luaq kedai. so minggu lepas dapatlah 1st time dalam hidup pedicure manicure. keputusan yg tak paling aku tak menyesal. kenapa la aku tak mula dari dulu hahah.

aku ambik pedicure+foot massage+manicure. dari 2.30 ptg dkt pkl 5.00 ptg br habis. best gila sebab kuku kaki dan tangan cantik depa bagi nampak bersih dan berkilat. kalau dak kan mcm ada keladak2/daki dkt kuku kaki tu geram haku. tumit keraih kematu pun dah lembut, semua hat keraih dan lembut helok.

balik rumah dok sengeh sorang tengok kaki sendiri sebab happy nampak helok dah kahkahkah. mcm org gila senyum sorang😂

tapi lepas ni aku nak cuba buat sendiri sebab aku dah perati haritu yg pedicure dkt kaki tu depa buat mcm mana step by step. nk jimat duit, bulih buat sendiri lepas niii.nak tunjuk gambaq selepas pedicure manicure tak boleh la pulak sebab aurat. tapi wahai wanita wanita sekalian, pi la memanjakan diri anda di spa dan try kalau ada servis pedicure. syiokkkkkkk


No comments: