AssalamuƔlaikum
Raya keempat haritu masa odw p Sg Dua, aku singgah sat ATM Petronas selepas BKE. sebab lupa bawa dompet, kami pinjam sat kad bank suami nk keluarkan cash. masa dekat mesin ATM, lepas tekan RM200, tiber kad kena tendang, keluaq balik kad tu. owh lupa,aku pi letak password kad atm sendiri, sepatutnya suami punya password. lepas tu aku pun call suami tanya password.
Bila giliran kami dkt ATM, tiba2 laki dlm umoq 50an depan kami huloq RM150 dkt kami dan ckp
,” nah dik, duit raya. ambiklah guna utk keperluan”.
kami mcm blur jap dan agak terkejut, terus cakap “eh ehh takpe encik. terima kasih, banyak sgt ni duit raya nk bg . takpa encik.takpa takpa”. dekat 2 kali tolak duit raya elok2, terus dia sebut “tadi dalam akaun dik ada RM200 ja kan? dik ambik ja la duit ni, tak pa sedekah”.
time ni rasa nak tergelak dah, rupanya dia perati tadi masa kad kena tendang dan mungkin dia nampak kami tekan cash out RM200, mungkin dia fikir duit tak cukup nak keluaqkan RM200 sebab tu kad kena tendang
lepastu dok call pulak suami lpstu kan, mesti dia dr jauh dia tgk kami dan fikir “kesiannya dik ni, call2 sapa agaknya tak cukup duit, terpaksa kena pinjam duit sapa2 agaknya”.
kami tolak baik-baik sebut takpa encik,cukup ja ni inshaAllah encik jangan risau. terima kasih encik. byk kali ulang terima kasih. dalam hati sebenaqnya aku terfikir, nampak menyedihkan sangat ka aku masa tadi dkt ATM , sampai orang nak sedekah duit dekat aku. aku pakai baju raya helokk kot, bukan baju buruk atau lusuh. lepas ni mungkin kena pakai macam ala gaya mak datin
No comments:
Post a Comment