Assalamu'alaikum wbt
Hampir 1 bulan lebih , kini ku kembali lagi,
Kali ini hanya sementara, sekadar untuk memberitahu dan bercerita sedikit
Oktober adalah hari lahirku
6 Oktober
Oktober tahun ni jugak, aku mula cuti belajar selama 2 tahun.
Sepanjang 1 bulan ni sebenarnya banyak aku berfikir tentang diri aku,
Apa yang berlaku dekat diri aku selama 1-2 tahun ni
Aku juga kerap kali membuka 'blog' itu untuk membaca beberapa post berbeza bila aku berkelapangan
Untuk menyedarkan diri aku yang selama ni masih in denial mode
Aku pun tak tahulah kan kenapa la aku boleh sedemikian dan sebegitu rupa
Tapi aku tekad untuk tidak lagi membiarkan masa lalu membelenggu lagi diri aku
Aku perlu settlekan apa yang aku mulakan, dan aku juga perlu tamatkan semuanya dalam diri aku sendiri
In denial tu terlalu kuat selama 1 tahun ni, mungkin itu ada trauma response aku kehilangan sesuatu yang mungkin tak ada closure yang proper selama ini.
Aku sebenarnya agak tersentuh hati bila aku berjumpa staff kebersihan sekolah aku, akak ni cakap dekat aku, "Cikgu saya bangga dan happy sangat dengan cikgu. Saya doakan cikgu supaya semakin terbang tinggi selepas ini. terbang tinggi tinggi tau cikgu "
Walaupun agak ringkas dan simple apa beliau ucapkan, aku sangat terharu dan tersentuh hati.
Ramai rupanya yang mendoakan aku yang baik-baik, murah rezeki, sihat selalu
Dari anak murid aku, staff kebersihan, rakan sekerja, pak cik guard dan sebagainya.
Semuanya doa yang baik-baik dan harapan yang tinggi dekat aku, mereka pandang aku semua perkara yang baik-baik tentang aku. Kadang aku sebak, sebab aku bukanlah sebaik yang mereka sangkakan dan harapkan. Kalau mereka semua tahu tentang aku, pasti ramai akan kecewa sangat dengan aku, kan?
Bila fikir semua ni, aku cuba untuk nak buang in denial aku yang sekian lamanya aku biarkan ia begitu selesa ada dalam diri aku.
Satu hari, pada hari lahirku, aku buka blog tu untuk baca, owh ada post Oktober 2026.
Tapi bila klik, no post. Dan seperti kebiasaannya, aku akan ulang membaca beberapa post untuk menyedarkan aku tentang realiti, beberapa post yang buatkan aku cuba parallelkan masa tu dengan apa yang telah berlaku semasa zaman remaja, semasa zaman maktab, selepas maktab. dan beberapa kisah yang aku baru tahu tahun lepas setelah sekian lamanya.
Dan aku pelik kenapa aku masih in denial walaupun dah tahu beberapa peristiwa sebenar yang berlaku sepanjang tempoh tu, yang mungkin kalau aku tahu pada masa itu dan waktu itu, aku terus dapat closure yang muktamad sebab aku rasa aku sendiri tak boleh terima beberapa kenyataan yang pahit dan menyakitkan pada tempoh itu.
Tapi as usual aku masih in denial semua tu sebab aku masih percaya dan yakin dengan mindset dan tanggapan aku pada tahun 2006-2008 tu. macam otak aku tertinggal pada tahun 2008 tu sahaja tak nak dah gerak ke hadapan. Bila dah tahu beberapa realiti dan kenyataan, taknak juga menerima kenyataan yang pahit dan menyedihkan realiti berlaku pada tempoh 2006-2015. Nak kata bodoh, tak la bodoh sangat aku ni. Cuma itulah, macam jadi bodoh, kan?
Slowly dalam tempoh sebulan ni, baru aku sedar, mungkin selama ni apa yang berlaku adalah sebenarnya satu kesilapan. bukan suratan atau kebetulan. Apa yang berlaku setahun lebih ni adalah satu kesilapan dari aku yang menyebabkan kesan yg sgt besar. Entahlah nak explain macam mana, tapi kini aku sedar realiti. Yang aku dah mula sedari dari mimpi dan tidur aku yang begitu panjang. terlalu in denial sampai tak nak bangun dari mimpi.
Aku dah tak rasa emosi bergelodak, aku dah tak rasa nak flashback apa-apa, aku dah tak rasa nak ambil tahu, nak ambil peduli, aku dah tak kisah apa-apa, aku dah tak heran apa-apa. bila aku kerap baca balik blog tu, aku baru sedar akulah mangsa sebenarnya selama ni, mangsa yang tak dapat closure betul. mangsa tapi aku in denial nak stick to tahun 2006-2008. aku taknak bergerak ke hadapan, taknak berhadapan realiti walaupun semua perkara yang telah diberitahu dan sangat menyakitkan hati aku.aku masih nak berada pada waktu itu, saat itu, yang selama ni aku tertanya tanya. aku masih tak boleh menerima realiti dan kenyataan itu.
sekarang , aku cuma mendoakan yang terbaik buat hidup kalian semua. semoga bahagia dunia akhirat dan mendapat keredhaan Allah. aku jugak ingin memohon maaf atas kekhilafan aku, mohon maaf atas janji aku, dan atas segala apa yang pernah aku lakukan selama 1 tahun ni.
tiada suratan. tiada kebetulan.semuanya adalah kesilapan dan kekhilafan dari aku sendiri.
and this is the closure.
the end.
No comments:
Post a Comment