Wednesday, August 17, 2011

Niat Seorang Guru

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah ,tiba2 teringat untuk berkongsi sikit ceghita semarin(Semalam+kelmarin)
waktu kuliah PJ(Pendidikan Jasmani), lecturer kami iaitu Puan Mazlina menceritakan tentang "NIAT"

Puan Mazlina yang dahulunya saya sangat takut sebab selalu nampak dia jerkah budak2 PJ
rupanya seorang pensyarah yang sangat saya kagumi dan hormati.
dalam setiap pengajaran dia, nampak semangat beliau utk mengajar kami

orang kata, (Saya pun kata)
Bila seseorang cikgu tu mengajar, murid dapat merasakan keikhlasan guru itu mengajar. Mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tapi jiwa murid tu akan terasa keikhlasan guru tersebut. subhanallah kuasa Allah, Dia yang uruskan hati -hati kita. insyaAllah jika guru mengajar dengan niat dgn nama Allah, niat utk mendidik



bukan utk wang, pangkat, utk kerja.atau last option utk kerja. sebab apa guru selalu bosan bila lama2 dah mengajo?malas nak mengajo?sebab niat dah tersasar dari landasan.mengajo sebab utk pekerjaan, rutin harian.etc2. bukan niat kerana Allah.

oh lupa nak cerita apa Puan cakap, duk membebel sorang2 pulak lame.ehe.

Puan kata, setiap kali keluar dari rumah kena niat pergi sekolah tu, niat utk mengajo budak2 ni, niat kerana Allah.bila niat kerana Allah,apa kita lakukan dikira ibadah oleh Allah.
insyaAllah bila niat kita betul, walau teruk macam  mana kelas tu, walau sibuk mana pun ,walau banyak mana kerja seorang guru, kita akan rasa seronok dan tidak tertekan.tidak merungut.tidak malas.etc2.
sebab kita buat semua tu bkn utk gaji,tapi niat kita kerana Allah :)

tersentuh kan dengar kata2 macam ni.puan akan further studies Phd lepas raya
semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhirat. :)


 

No comments: