Sunday, May 6, 2012

Cinta dan Berkat

بسم الله الرحمن الرحيم 


Assalamu'alaikum wbt

lama tak cakap pasal cinta kan.ahah! hari ni saya terbaca satu artikel Ustaz Hasrizal. tapi sebenarnya tak berapa faham apa yg cuba utk disampaikan. maksud saya,point utama. tapi point2 sampingan tu saya faham. ada beberapa saya nak kongsi di sini. yang pertama ialah seorang insan pada zaman Rasulullah s.a.w yang selepas kahwin, dia terlalu mencintai isterinya terlebih DOS. kisah ni penah kak Fatimah Syarha cerita masa dia mai maktab dulu,
"__________
http://saifulislam.com/?p=11224#.T6XGqElqrU0.facebook

KISAH ABDULLAH BIN ABU BAKAR
Teringat saya kepada ujian yang menimpa Abdullah, anak kepada Abu Bakr al-Siddiq radhiyallahu ‘anhu. Abdullah mengahwini seorang gadis perawan yang serba lengkap kelebihan dirinya iaitu Atiqah binti Zaid. Namun perkahwinan mereka berdua teruji apabila Abdullah yang terlalu mencintai Atiqah tercuai daripada pelbagai tanggungjawab hingga mengabaikan solat dan kesemuanya ini mengecewakan Abu Bakar. Sebagai bapa, beliau bertegas memberikan nasihat yang telah menyebabkan Abdullah ‘terpaksa’ menceraikan Atiqah kerana cinta mereka sudah menjadi FITNAH.
Demikianlah ujian cinta seorang pejuang yang membantu proses Hijrah Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bernama Abdullah, anak kepada seorang tokoh terhebat bernama Abu Bakr.
Perceraian yang berlaku kerana cinta yang terlebih dos.
Cinta yang membingungkan.
Cinta Abdullah dan Atiqah hanya terjalin semula dalam sebuah perkahwinan selepas diislahkan oleh Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, namun harganya adalah sebuah PENCERAIAN.
Kes ini amat terpencil.
Namun dengan perceraian yang berlaku setiap 15 minit di dalam masyarakat kita, saya kira ‘belajar makna perkahwinan melalui perceraian’ mesti ditangani dengan serius.

________________________________________
- Apa yang sahabat sahabat sekalian faham dengan kisah di atas? apa yg saya faham ialah
  : Kalau kita dah kahwin kelak sekalipun, jangan terlalu sayang sangat pada isteri/suami sampai tak ingat dunia .hingga lupa pd Allah. Allah itu yg utama sebenarnya. bukanlah nak kata kita perlu taksub sgt smpai tak kawin pa suma,maksudnya, Allah sbg matlamat hidup dalam setiap perkara. ok ni kata-kata terakhir Ustaz Hasrizal
_________________________________

PERKAHWINAN DAN MINDA SEDAR
Perkahwinan dan rumahtangga perlu didatangi dengan minda sedar. Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang perempuan, atau perempuan kepada lelaki. Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan gedik.
Saya bekerja keras untuk menimbulkan minda sedar itu.
Justeru saya perlu menyatakan bahawa, ilustrasi-ilustrasi cinta Islamik ini membinasakannya.
______________________________________________________ 
okay saya ulang ayat-ayat yang tersengeh saya sorang-sorang baca.haha
_______________________________
Minda yang jelas tentang erti sebuah perkahwinan yang lebih daripada sekadar rasa cinta, kemahuan seorang lelaki kepada seorang perempuan, atau perempuan kepada lelaki.
Nikah datang dengan tuntutan upaya mengendalikan output perkahwinan, bermula daripada persefahaman dan kerjasama, pengurusan hubungan dua keluarga dalam dimensi mertua dan ipar, anak yang bayi kemudian kanak-kanak, remaja dan seterusnya dewasa, pengurusan kewangan, kesihatan, tekanan kerjaya dan keluarga, yang semua itu perlu didatangi dengan minda sedar, bukan GEDIK
_________________________________________
alhamdulillah,terima kasih ustaz atas perkongsian di atas
menyedarkan saya tentang perjalanan sebenar seorang hamba Allah atas mukabumi ini
ye betul bila kahwin aja, mesti org kaitkan dengan cinta suami isteri,romantik,penyayang,caring .etc etc
tapi orang tak kaitkan pun kahwin ni dgn tanggungjawab mendididk anak, hubungan dgn mertua ipar, masyarakat,jiran, pengurusan kewangan, kesihatan,kerjaya,nak tangani tekanan hidup, etc2.
dan bila terfikir semula, betapa penting KEBERKATAN ALLAH dalam hidup ini.
antara contoh keberkatan tu, bila dua org pasangan sedang bercinta/berkasih sblm kahwin. diorang dua ni mmg sgt mjaga hati dan jarang la bergaduh atau terasa hati. dalam usaha sama-sama saling memahami dan bertolak ansur, namun akan timbul perkara-perkara kecil yg mnyebabkan bergaduh.dengki,cmburu, dan sedih sokmo hati seorg gadis ni padahal laki tu baik bkn laki bermasalah. hati rasa gembira melihat lelaki itu tapi timbul juga secebis perasaan tidak senang hidup. 
sedih sokmo gini la.haha

berdasarkan kisah di atas, apa yg ampa rasa?
JENG JENG. itulah terjadi bila Allah tidak memberkati sesebuah hubungan itu. kerana tidak halal dan melupakan ALLAH. tengok, depa cuba baik camna pun antara satu sama lain,ada juga sikit-sikit perkara yg rasa tak senang antara satu sama lain.gembira hanya sementara. tapi tidak puas pun perasaan gembira tu sbb bkn didasari ALlah,tp hanya nafsu keinginan semata-mata. secebis perasaan tidak senang itu merupakan kurniaan Allah supaya si gadis tahu bahawa apa yg dilakukannya bukannya baik, tapi DOSA.
DOSA membuatkan seseorang itu rasa serba tidak kena dalam hidup .
rasa resah gelisah. 
(kisah di atas adalah KIsah Benar yg diceritakan kepada penulis.hehe)



alhamdulillah terima kasih Allah kerana mengurniakan cinta dan berkat hubungan kami ini ^.^
perasaan cinta dan sayang kepada family,sahabat2, murid2,jiran2,cikgu2,haiwan2,pokok2,etc etc. cinta yang memberi kebahagiaan hidup,,kerana Allah lah sumber kebahagiaan hidup :)


 

No comments: