Assalamu’alaikum wbt
Sebelum aku mula menceritakan topik ni, hope kawan-kawan yang terjumpa atau terbaca blog aku ni (sebab aku still ada dalam list blog2 beberapa orang yang mengenali aku), aku habaq siap-siap bukan perasan segak ka, bukan pick me girl ka, bukan sebukannya yang acah terpaling tercantik. bukan. tidak sama sekali.
Baru-baru ni sepupu aku lelaki wasap aku bagitau ada member dia berkenan dengan aku. member dia ternampak masa pi kenduri sepupu perempuan aku (adik sepupu laki ), kenduri tu 31 Ogos 2025, baru beberapa hari ni member sepupı aku tu habaq dekat sepupu aku . sepupu aku habaq la siap aku dah kawin dan ada dua anak dah. masa kenduri tu memang aku pi sorang ja sebab suami temankan budak2 dkt rmh sebab depa baru baik demam.
Aku taktau nak cakap macam mana perasaan tu, dia rasa macam ada sedikit perasaan takut dan seperti biasa aku sepanjang dalam kereta, deep thinking jugak. Sebab pada kenduri yang sama jugak ada seorang kenalan sepupu dok kata dkt sepupu, aku ni nampak berseri macam anak dara, tak macam orang dah kawin.
aku terpikiaq dah tu, yg kawan member aku tu dari 31 Ogos thn lepas, dia dok teringat dekat aku ka sampai minggu lepas baru dia ada keberanian nak luahkan pada sepupu aku? saspen pulak aku rasa. nak kata aku pakai mekap menarik perhatian org , tak pun. perfume pun yilek. baju pun simple bukan meriah mana. kurus mcm anak dara pun tak. aku gemok kot thn lps tu, mcm mak orang dah. takkan nak kena pakai gelang besaq dan cincin bersusun kot utk menunjukkan aku ni isteri dan seorang ibu kpd 2 anak.
apa yang buatkan aku deep thinking, adakah aku jugak salah sebab pi sorang tak bawa suami dan anak2? aku bukan apa, aku syok boleh sembang sakan dgn sedara mara bila depa xda. kalau depa ada, depa nk balik cepatttt hahahaha. dan adakah salah aku eh? xberniat pun nak acah single ka apa.
dan aku jugak suka p jejaln sorang2 shopping. heavenn especially berkampung dlm watson yg beso. best gilak xtau nak habaq. tapi bila sepupu aku baru mesej aku İsnin lepas tu. buatkan aku terfikir balik adakah aku telah membahayakan diri aku dan mendedahkan diri aku kepada public? yg mungkin menyebabkan orang igt aku masih lagi anak dara dan single?
tapi aku enjoy sangat masa me time aku. ya sebab aku perlukan dopamine hhaha. tapii aku jadi tiber mcm takutt sebab punya la lama Ogos 2025, baru Isnin ni member sepupu aku berani nk ckp dkt sepupu aku. adakah aku bila sorang2, aku telah membuka ruang fitnah utk diri aku? yg orang akan igt aku ni anak dara dan minat aku? aishhh takut wehhh.
aku fikir mendalam sangat tentang ni. mungkin slowly aku kena belajar untuk buang perangai aku yg ada waktu suka me time sorang sorang tanpa gangguan orang😭 tapi kan aku memang perlukan masa sorang sebab tu terapi utk aku. dia mcm just me and myself and i can do, i can choose anything i want. tanpa halangan. gitcheww. seronok wehhh . mmg menaikkan level dopamine aku selain bersembang gelak ketawa dgn member
so itulah persoalan yang masih berlegar dalam otak aku. apa keputusan terbaik perlu aku buat utk elak fitnah ke atas diri aku sendiri. tapi aku sukaaa sorang2. tapii tapii still buatkan aku terfikir apa sebaiknya next step atau decision aku?
nantikan jawapannya di episod seterusnya hahaha
sebenarnya masih deep thinking dan bersoal jawab dgn diri sendiri. nanti2 lah tny pendapat org ada ilmu.
No comments:
Post a Comment