Assalamu'alaikum wbt
Jumpa lagik di rancangan aku membebel apa harini
Oklah alang-alang harini last aku activate FB before aku deactivate balik start esok sampai cuti sekolah Disember , aku nak membebel la sat 1-2 minggu ni sebelum aku menyepi kembali. syok pulak lama tak membebel merepek gini.
Owh aku lupa nak habaq pada pembaca blog ku sekalian (macam la ramai sangat nak baca blog aku). alhamdulillah aku dapat HLP untuk sambung master. syukurr. jadi inshaAllah 5 Oktober ni aku dah start kuliah 1st dan cuti belajar 2 tahun. tak pi sekolah dah la aku pasni yehuuuu. aku tak target nak jadi pensyarah ka apa, apa yang aku tau aku teringin nak sambung belajaq dekat U sebab nak merasa fefeling student U. dekat maktab dulu macam budak sekolah ja life.haha. tapi niat nak belajaq tu untuk ilmu jugak , nak belajar sesuatu yang bidang aku minat. aku dapat tawaran course Sosiologi Pendidikan.
aku kadang throwback balik perjalanan aku sampai ke tahap ini. asalnya aku apply maktab/IPG bukan sebab minat pun. tapi lebih kepada mak suruh haha. mak aku tak paksa tapi dia kata apply laa cikgu.senang nanti terus dapat reja. hm aku pun apply ja la nk jaga hati beliau, aku target lama dah UIA sebab aku suka tgk suasana sana. aku pun dapatla UIA 2nd intake tapi tak lama, aku keluaq jugak masuk IPG sebab aku tak boleh bawa course ICT dkt UIA.huhu. course pun depa bagi bukan pilihan aku. nak tukaq pilihan aku Human Science, memang kena habiskan 1 sem dulu.mmg idoklee aku nak hadap subjek AddMath tu 1 sem ICT. so pi la IPG jauh di Ganu kiter. syukur sgt la aku pi sana, kalau stay UIA,aku taktau apa jadi dekat aku. sebab kawan-kawan IPG semua baik-baik wehh aku terharu dan sayang depa semua.senior junior semua baiksss.
owh nak selit sikit, baru ni kawan sekolah aku throwback balik , dia kata terima kasih sebab ajak dia apply IPG.aku pun kata haaa ?yakaaa awat aku tak ingat pun?dia bagitau, aku promote dekat dia, lepastu aku tolong print borang dekat dia etc2. sorg lg kwn pernah ceritra jgk ms dia dapat tawaran UTP, aku yang tlg google cari info petroleum engineering tu skop apa semua , aku print bagi dia baca.hahaha. aku tak sangka aku segigih itu tlg member. tapi maybe sebab aku sayang kawan kawan kot, aku rasa syok nak tolong share info.
ok sambung, habis IPG aku posting Klang dekat 6 thn jugak situ. aku cikgu biasa ja tak hebat mano. aku dekat Klang stress dengan murid ja sebab laki semua lepastu kuajaq nak mampoih. stresss.then pindah puncok aley, 6 thn jgk area sini, stress sikit sebab ajar Thn1 yg bdk2 makin tak hormat guru. depa tak kuajaq sgt mcm Klang tapi still letih nk jaga wehh ramaiiii sekelas pun. aku ni bab ngajo memang semangat, tapi percaya dak 13 thn mengajaq aku tak pernah dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pun?kawan-kawan lain satu batch aku seluruh negara ramai dah dpt. mcm aku ja yg tak dpt lg rasanya.hahaha. sedih jugak pun sebab aku buat ja reja, tapi maybe sebab aku bukan jenis suka expose diri, time bergambar ke ambik video ke suka nyorokkan diri. maybe org atas tak nampak aku buat reja.kahkahkah.
tapi alhamdulillah panel temuduga nampak kelebihan aku. aku terhutang budi sangat sebab panel temuduga tahun ni baik baik blako. yang Indian laki tu dia siap puji proposal aku. aku sangatlah terharuu dan tak makan pun tak pa haih masa tu.happy sungguh kena puji proposal. penat tau aku buat tak tidoq malam perah otak, ada jugak orang yang tahu hargai usaha aku.tsktskkk. tapi dia puji pada masa sama tegoq jugak tajuk kajian tu dia kata kena improve lagik, ahhh aku tak kisah dah kena tegoq yang penting dia dah pujiiii proposal kajian aku. hohohoooooohooo (bangga sampai skrg hahahah tak boleh move on)
so doakan aku dapat belajaq dengan cemerlang gemilang terbilang, negara dan juga bangsa. aku takdak apa-apa target lepas habis master nak buat apa, wallahu'alam. tengok la sepanjang aku sambung master nanti kot ada terbuka hati nak buat apa lagi lepas tu selain jadi guru di sekolah ka apa. tapi setakat ni aku mcm takmau sebab aku nak fokus masa dengan anak-anak ku yg sedang membesar.
kesimpulannya, kita ni kadang kena berhijrah, jangan selesa duduk dekat satu sekolah yang sama dr posting sampai pencen. kalau hampa mmg jenis aktif buat program ka apa takpa la kot kan dok tempat sama.
tapi aku jenis cepat boring kalau dok tempat sama, takdak growth, rutin sama ja hadap lagi2 kerjaya guru ni hangpa mcm repeat mende sama tiap hari dan tahun. aku ni tak boleh, aku jadi mcm lemau dan tak semangat. aku kena buat sesuatu yg baru sebab aku suka berfikir, mengamati, mengkaji , explore dan sebagainya.
dan aku happy ni tak sabaq nak keluaq sekolah,sebab aku rasa tak sabaq nak start new journey, new experience, aihhh taktau nak habaq la excited tu macam mana. hahahaa.
ok itu sahaja bebelan kali ni.sekian


No comments:
Post a Comment