Saturday, February 26, 2011

Time is Jeles

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Ehem. maap la akhir2 ni copy paste ja artikel taruk dalam blog ni
Itu ja yang mampu kulakukan memandangkan kebizian melanda

tambahan lagi isu ni pernah ku fikirkan dahulu dahulu dan pernah menjadi persoalan guwer
femes isu ni kan
lantas guwer meletakkan isu isu tentang hubungan perempuan lelaki di blog ku
sebab ramai yang masih tertanya tanya "takkan la takboleh bercinta kot. merepek ja weh, takkan takda fitrah nak kat lelaki kot"
eheh~

alhamdulillah terima kasih kepada hamba Allah yang posting artikel2 yang mampu buat saya terfikir
terfikir betapa syukurnya saya kepada Allah s.w.t yang masih lagi ingin memelihara saya
sempat menarik saya ke landasan yang betul sebelum saya terus leka dlm cinta

sekarang, saya yakin dengan janji Allah, jikalau insan itu sudah memang jodoh, Allah akan pertemukan jua walau macam mana sekalipun. sebelum ni saya berburuk sangka denganNya, saya tak caya ketentuanNya.

Saya yakin dengan Allah. Dia yang memegang hati saya, hati jodoh saya, hati rakan rakan saya, hati mama ayah,hati kakak saya.

CUba bayangkan, kalau kita ni bercinta skarang kan, umur 21, nak kawin mungkin dalam umur 24/25. dalam tempoh percintaan tu, boleh je Allah nak bolak balikkan hati pasangan kita supaya berubah perangai, atau Allah bagi kita lalai dengan cinta sampai kita tak ingat Allah. sebab Dia yang pegang hati2 kita. Dia yang cipta kita, He can do anything He want . Kalau nak mencari keredhaan Allah, kita kena lah ambik hati Allah kan?dengan cara macam mana? perbanyakkan usaha mengenali Dia :D

Sekarang ialah masa untuk kita mencari Dia. kita masih lagi muda, banyak masa lapang, nak kahwin lambat lagi. fokus pada usaha mencari mencedok ilmu sebanyak mungkin. Kita semua mesti nak keberkatan dan keredhaan Allah kan? so sama-sama lah kita carik.

"Jagalah Allah,nescaya Dia akan menjagamu"
"Kenalilah Allah di kala engkau senang, maka DIa akan mengenalimu di kala engkau susah"


jagalah Allah.kalau nak Allah juga jaga kita. Kalau nak hidup bahagia berumahtangga nanti, jadi jagalah Allah daripada sekarang sampai kita mati. Kebahagiaan itu bukan manusia yang tentukan, tapi Allah yang tentukan :)

oklah, berletiaq sudah habis.sambung buat assignment. :) wassalam
 (entry ni cam takda kaitan ja dengan tajuk.ahaks)

Sunday, February 20, 2011

Surat Cinta

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Errr..Saya dapat surat cinta. Korang dapat tak surat cinta yang sama ?
Rasanya  macam korang sume dapat surat cinta sama ,
Surat cinta ni sangat banyak terkandung kata kata cinta,
Hurm. Kadang- kadang kalau rasa down, tertekan. surat cinta ni dapat menaikkan semangat kita semua
Kalau kita betul betul memahami isi surat cinta ni, insyaAllah kita rasa sangat tenang
Dan kita sedar betapa sayangnya Dia pada kita.



Seriously, tak pernah terfikir pun bahawa surat cinta ni macam buku cerita dan buku ajaib
Ada kisah - kisah tentang masa masa beribu ribu tahun lepas, ada kisah tentang masa akan datang.
Ada  kisah tentang perangai perangai kita (manusia), kisah tentang haiwan,pokok, air hujan.
Ada kisah tentang proses kejadian manusia, hujan
Macam macam ada! ada sejarah, sains, geografi, kemasyarakatan,politik,perkahwinan, etc etc
Merangkumi semua dalam hidup kita! Unik kan :)

Kadang kadang ada kata-kata yang memujuk kita supaya kuat dan mohon pertolongan Dia semasa susah dan senang. Especially nak jauhkan diri dari syaitan, yang suka sangat kacau kita kan.
Kalau kita nak jauhkan dari godaan syaitan, mintaklah kat Dia


"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah
Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui." (41:36)
_______________________
Dia juga bagi kita nasihat dan petunjuk, supaya kita berakhlak terhadap seluruh manusia. Walau manusia ni bermacam macam ragam, tapi Islam mengajar kita supaya berbuat baik pada semua orang. Betapa pentingnya persaudaraan dalam Islam. Bersahabat kerana Allah Taala. Indahnya Islam kan ^_^


"Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia" (41:34)

Ini baru sikit je kandungan surat cinta ni. ada banyakk lagi kisah dalam surat cinta ni.

Apa kata kita cuba baca kisah kisah dalam surat cinta ni, macam kita baca novel cinta.
Novel cinta Karangkraf tebal gile kan, tebal dari surat cinta ni. 
Cuba kita aplikasi kan semangat untuk menghabiskan novel cinta tu, kepada semangat menghabiskan baca surat cinta ni. InsyaAllah kita akan rasa lebih tenang setelah tahu cintaNya kepada kita  :D

Jom kawan kawan !!.kita start  dari sekarang utk baca surat cinta dari Allah! :D

wslm

Thursday, February 17, 2011

Punca Jenayah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Negara kita yang tercinta, Malaysia 
Kini seringkali berlakunya jenayah dalam apa jua bentuk
Bunuh, rompak, samun, rogol, menculik, mencederakan orang lain, etc etc
Mengapa semua ini berlaku?Ahaa.mari kita tengok antara punca-puncanya 

Solusi Isu4 ms98
_____________________________________________________

PUNCA JENAYAH

 1. Hawa Nafsu
    
     " .....sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan." (Surah Yusuf:53)

 2. Syaitan
            
   " Bukankah Aku telah diperintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu!" (Yassin:60)

 3. Rakan Taulan

                 Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud:
                           "Manusia atas agama rakannya, maka lihatlah kamu siapa yang menjadi rakannya."

4. Persekitaran


                Pepatah Arab ada menyebut:
                          " Siapa yang membesar dalam keadaan tersebut, nescaya dia akan terpengaruh."

5. Didikan di rumah


               "Setiap anak yang lahir dalam keadaan fitrah. Ibu bapanya yang mencorakkan sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Ahmad)

 6. Pemimpin
              Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w bersabda
                                "Manusia atas agama raja-raja mereka"

 7. Dunia


           "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini..." (Surah Ali Imran:14)
________________________________________________________

InsyaAllah kalau semua rakyat Malaysia berusaha untuk  mengubah punca punca jenayah ni
Mungkin siapa pun tak berani nak buat jenayah sebab takutkan Allah
Nak letak hp dan beg duit merata pun  tak jadi masalah sebab konpem tak ada sapa berani curik
Aman Negara kita. 

wslm

Tuesday, February 15, 2011

review

بسم الله الرحمن الرحيم

 Salam. Drp artikel yang saya post bawah ni
Saya berasa sangat terkesan dgn artikel tu.
Sebab saya rasa macam dalam artikel tu sangat sangat memberi saya semangat
Ya, saya juga perempuan. 
Buat sesetengah orang, pasti rasa pelik kalau orang cakap tak boleh bercinta
Takkan la nak bcnta tak boleh?bukan pegang pun?bkn nak menghampiri zina pun.
saya lah orang tu. orang yang berfikir seperti di atas ni.

seriously, saya merupakan antara penyokong kuat couple
sebab bagi saya, ala biar la asal pandai jaga sudah la.
dan prinsip saya dahulu ,
 biarlah org nak kata apa asal aku pandai jaga diri aku
peh,cam samseng kat ayat atas. hehe~

ilham. alhamdulillah akhirnya Allah mengilhamkan ku satu kefahaman yang sangat sangat ku hargai
sampai saat ini.
kefahaman bahawa aku perlu mencintai Allah dahulu.
meletakkan Allah paling utama
kerana 2 misi utama manusia seperti aku hidup di dunia ini ialah
1) Untuk beribadah kepada Allah
2) utk menjadi khalifah bumi ini

Jadi, kalau nak dapat lelaki yang bertakwa
Kita perlulah berusaha untuk baiki diri kita. Cuba untuk menjadi orang yg brtakwa
walaupun kita tahu kita tak mampu, tapi kita cuba usahakan wlaupun sangat berat.

Macammana aku nak dapat bakal suami yang baik kalau diri aku pun entah hape hape?
enjoy happy sampai tak ingat Allah, hidup aku hanya bersuka ria dgn dunia
Aku suka dengan suasana bergelak ketawa, bersembang2, gurau2
itu lah aku. waktu lapang aku akan diisi dengan bersembang dan mostly gosip
dan bila aku fikir fikir semula, aku rasa hidup aku dulu mcm tak ada makna. 
tak pernah aku isi masa aku dgn mencari ilmu yang berfaedah

Yep, berat untuk meninggalkan perkara yang kita dah biasa.
Dan berat untuk buat perkara kita tak biasa.
Tapi walaupun berat, kita perlu yakin dgn janji Allah.
Janji Allah dalam Al-Quran, Dia akan membalas segala perbuatan kita yang baik mahupun buruk

lastly, satu perkara yang agak tak faham di sini. 
kenapa kalau sesetengah perempuan tu jenis yang diam dan kurang bercakap dgn lelaki
dilabel sbg sombong? perasan alim, perasan bagus. dan paling ketara
anti-Lelaki?
pelik kot. sebab bagi saya, lelaki patut terima kasih kat perempuan2 hat camni
sebab depa ni nak tolong untuk jauh kan ampa suma dari fitnah dunia.
ampa taukan kami ni, perempuan, Rasulullah kata, kami ni hat banyak dalam neraka satgi
Sebab kami ni hat selalu tarik hampa masuk neraka.
Bagi ampa lalai bila kami layan ampa,bergurau senda dgn ampa, bersuara lembut dgn ampa.
ingat, kami ni fitnah dunia. kami yang byk rosakkan ampa.
jadi, salah ke kalau kami nak berusaha utk tolong hmpa?
kami tau km ni perempuan mudah terusik perasaan dengan lelaki.
jadi kami pn nak jaga diri km dari perasaan terhadap lelaki.

kepada lelaki2 yang tak faham dan membenci perempuan macam ni, 
semoga Allah memberi hidayah kepada kamu.amin.

kami = perempuan. jgn salah faham, kami tu bukanlah diri ku.ehe. 

Wassalam

Thursday, February 10, 2011

Dangerous Minds

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Baru lepaih habis tengok movie Dangerous Mind

Untuk subjek EDU. PBD.Puan Saroya suruh tengok.
Cerita menarik, actually tak ada la menarik sangat
tapi banyak jugak input yang diperoleh.
Bagaimana seorang cikgu nak tackle anak murid dia dari latar belakang
Keluarga dari kelompok2 miskin, jalanan, etc2.

Betapa semangatness chekgu ni dan tak putus asa nak ajo pelajar beliau

Menarik dan anda patut nonton nye bersama rakan-rakan bakal cikgu.ehe~

Ni antara quote yang saya tertarik dan suka dengo

  the mind is like a muscle, if you want to be really powerful,
 you have to work it out,
 each new fact, give you another choice, 
each new idea, build another muscle
 and those muscle that gonna make you really strong, 
those are your weapon

nampaknya, kena belajar dari sekarang macam mana nak tackle pelajar ye dok
bukannya mudah..apatah lagi kalau remaja .
Sebab tu cikgu perlu memahami psikologi juga. ehe~
Walaupun cita-cita ku nak jadi pakar psikologi tak tercapai
harap dapat aplikasi ilmu psikologi ni masa jadi cikgu nanti.ewah wah
mari semangat .ahaks

wslm

Tuesday, February 8, 2011

2 month +

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Hai, My Name is Muhammad Muadz Ikhwan
I am a boy and getting comeller day by day
Some people said my face look like my beloved father, Irzan 
Less people said my face look like my beloved mother. hehe .pity my mom :D
I am chubby and have sepet eyes
Alhamdulillah , im 2 months old now. 


I have 4 aunties/ makciks
 Cik Ngah is 24 years old, she studying at UTM Skudai
 Mak Lang is 22 years old and she studying in Aussie
 we never meet since I was born. I hope she will bring back a kangaroo for me.hehe
MakTeh is 21 years old and she's now in Besut.Studying to become a teacher
My youngest makcik is Mak Su, she's now 19 years old and studying in Uitm Puncak Perdana


CikNgah and MakSu love to bully me.THey like to picit picit my chubby cheek. they like to play with me and bullying me. I love play with my both auntie. 
MakTeh said she afraid to play with me because she dont know how to hold a small baby like me. MakTeh is so weird.hehe. Maybe I should wait another 3 month so Mak Teh can play with me too. MakTeh, you should practise how to hold a small baby, because you will get a baby soon when you get married.

Oh ya, my Tok Ayah/Grandpa is now 50 years old and my MakTok/granny is 49 years old
They look so young like me.kehkeh

I hope I will be a soleh son to my ayah and umi
And never forget, I want to be a good Mukmin and love Allah :)

sorry 4 my grammar mistakes. Im 2 month old and still learning. :D

wslm

Saturday, February 5, 2011

Boring!!Bosan!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Mari kita baca satu kisah muhasabah buat tatapan bersama
dipetik dari Solusi Isu 26 (Apakah Nilai Kita) ms 80

--- ---- --- -- -- --- - - - -- - ---- ---- ---- ---- ---- ----

Ada suara yang mengungkapkan :
"Boring la hidup ni!"
Kalimah "bosan" dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya

Hakikatnya itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itulah yang juga nanti berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata

Seorang lelaki bekerjaya akan terkejar-kejar agar tanggungjawabnya sebagai khalifah dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan pada masa yang sama juga dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada terasa tidak mencukupi. Ingatlah bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia.

Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (Khalifah)

Ingatlah firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah." (Surau Al-Dhariyat 51:56)

Allah juga berfirman yang bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini." (Surah alBaqarah 2:30)

Dua MISI inilah yang membuatkan kita begitu sibuk di dunia sehingga tidak punya masa untuk bergelumang dengan maksiat
_______________________________________________

Kesimpulannya. (pandangan sndiri.hehe)


  • Kita hidup kat dunia ni ada MISI. Kita bukan CIA, spy untuk jalankan Misi ala ala James Bond. Tapi kita ada misiii yang sangat penting untuk agama. Misi kita hidup di dunia ni ialah sebagai khalifah Allah dan untuk beribadah kepada Allah. dalam Usaha kita nak beribadah dan jadi khalifah Allah ni lah, kita diuji dengan pelbagai dugaan, godaan. dari sini lah kita kena berjuang dengan hawa nafsu kita untuk mengatasi semua rintangan ni.
    • Misi sebagai Khalifah : kita merupakan pemimpin dunia ni. kita boleh manipulasi haiwan, alam sekitar, batu batan, minyak, dengan tangan kita. kita juga boleh memimpin manusia lain ke arah kebaikan atau kejahatan. kita ajak kawan kita untuk buat maksiat, lupakan Allah, atau kita ajak kawan kita untuk ingatkan Allah. manusia banyak pilihan untuk nak buat jahat atau baik. ujian kita sebagai khalifah bukannya mudah,

    • Misi sebagai Ibadah kepada Allah: Ibadah, segala apa yang kita lakukan niat kerana Allah ta'ala, dinilai sbg Ibadah. makan kerana Allah, gi kuliah krn Allah, tlg org krn Allah.etcetc. Bagaikan usaha kita untuk beribadah kpd Allah?solat wajib,solat sunat, alQuran, ajak kawan ke arah kebaikan ingatkan Allah, menyebarkan agama Allah, bercakap perkara baik,tolong orang lain,bsedekah, jauhi mengumpat,dendam, mengejek.etcetc

  • Gunakan masa sebaiknya, kerana Allah akan tanya apa yang kita gunakan dengan masa yg Dia berikan. adakah untuk buat sesuatu kerana Allah?atau buat perkara yang dia larang?
  • Satu lagi peringatan utk saya dan kawan-kawan, kalau kita join orang dan bersubahat dalam membuat maksiat, ke arah maksiat, mengumpat, mengata orang, menipu, kita akan dapat saham free dengan orang yang kita join tu. jadi, jagalah diri, jangan suka suka kita nak enjoyyy sangat duk kat maktab ni sampai lupa yang kita ni buat perkara yang kurang elok. peringatan utk diri!
  • kereta koop tu kalau nak sewa, pergilah dengan tujuan yang baik. destinasi yang kita nak pi tu ada kebaikan. bukan hanya buang masa nak enjoy dan berseronok.
nanti tiba-tiba accident mati kat jalan on the spot, dalam record Allah, kita ni mati sebab apa? mati dalam perjalanan nak p Bukit Kluang hanya untuk enjoy enjoy berseronok tanpa langsung nk teringat kat Allah! mati katak macam tu je kan. peringatan untk diri jugak sebab suka keluaq hanya utk suka suka. ehe~

wslm

Wednesday, February 2, 2011

Sibuk

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam
Fuh busy sungguh semester ni!
Baru berangan nak awal tahun haritu nak post macam2 dalam blog ni
Nak post artikel dari solusi la,itu la ini la
Tapi hapa pun tarak lagi.

Minta maaf ye, tp bukan hangat2 tahi ayam,cuma terlebih busy
Banyak mende yang nak share sebenarnye, tapi tak sempat nak menaip
Sem ni azam baru, nak belajaq rajin rajin dan sungguhs.
Masa untuk blog pun agak terhad ditambah lg dgn mslah internet di maktab

Oklah,itu sahaja celoteh untuk pagi ini
Banyak lg reja nak kena settle.~tsktsk

Tuesday, February 1, 2011

Judge a book by its content

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam

Ada pepatah mengatakan, jangan judge orang dari luaran, tp dalaman
Apakah pendapat anda?

Saya kurang bersetuju dengan statement dan peribahasa 'dont judge a book by its cover'
sebab orang akan gunakan pepatah ni untuk excuse bagi kes kes macam ni
"Ala tak pakai tudung pn tak semestinya jahat kan?yang pakai tudung pn bukan baik sangat pun"

Tudung?tak .bukan sekadar tudung. Islam bukan suruh kita pakai tudung ja. Tapi aurat.
aurat, hijab. tutup aurat.tidak menampakkan bentuk, tidak menarik perhatian lelaki.

Saya nak buat statement dan peribahasa sendiri

Judge a book by its cover and its content

Kenapa saya mengatakan sebegitu? skema la plak ayatkan
Sebab pada pendapat saya, kita boleh tahu seseorang itu melalui ayat penulisannya, cara perbualannya dengan orang lain, cara pergaulannya dengan orang lain, tingkahlakunya bersama orang lain selain kita, hubungannya dengan keluarga, cara percakapan dengan ibu bapa,orang tua, layanan terhadap guru, masyarakat etc.etc

seriously, saya suka study tingkahlaku manusia. sebab memang dari kecil lagi saya minat bidang psikologi. 

Psikologi. Bidang yang mengkaji tingkah laku manusia secara individu. seronok jugak tengok pelbagai ragam manusia .drp sini, kita dpt belajo sesuatu. dan cara utk adapt dengan orang pelbagai jenis.

Kita boleh kawan semua orang, tapi bila bersahabat, kita kena pilih. 
Sebab saya ni mudah terpengaruh .Kadang kadang tak sedar.sebab tu saya nak bersahabat dengan orang yang dapat dekatkan diri saya dengan pencipta saya,cinta agung saya. 
Saya manusia, masih lemah. harap kawan kawan dapat bimbing saya. tolong jangan lalaikan saya ...


wslm