Saturday, April 30, 2011

Malu Nya

بسم الله الرحمن الرحيم

assalamu'alaikum
copied this from my cousin's facebook
------------
 if i told u a joke,u would most probably find someone else to tell it 2..
but what about if i told u about Allah's greatness?
will u spread it around 2 ur friends?
or will u be 2 embarassed about it?

Allah said:"if u deny ME in front of ur friends,I will deny u on the day of judgement.."
sumting 2 think about..:)



------

sangat suka kata2 ini... rasanya ramai kot sekarang ni yang rasa malu dan segan bila cakap tentang Allah, Islam..etcetc... .. kata2 atas ni sesuai dgn suasana zaman skrg. sama2 kita fikirkan ehh :)

wassalam

Seorang atau Lebih

بسم الله الرحمن الرحيم

Manusia akan dihisab akan perbuatannya
apa yang dilakukan , itulah yang akan dibalas
kalau kita buat perkara yang Allah larang, 
maka murka Allah yang kita peroleh

balasan pun setimpal dengan larangan Allah yang kita masih lakukan
kita sedar kita buat dosa,kita buat salah. tapi kerana ikutkan nafsu 
kita teruskan dengan dosa walaupun tahu salah
jadi, bersedialah kita utk terima 

manusia akan dihitung amalan nya seorang 

walaupun dihitung amalannya sorang-sorang (secara individu)

tapi semasa hidup di dunia ni, kita perlu hidup dalam satu kelompok,
kerana Allah tahu manusia ni lemah kalau seorang seorang
manusia tidak kuat untuk hidup seorang seorang
sebab itu kita perlu berada dalam ramai2.kelompok.
saling ingat mengingati, nasihat menasihati.

"Eh, buat apaa...aku tak perlulah orang-orang lain utk bg aku semangat.
aku sorang pun aku amalkan agama Islam. baca al-Quran, solat 5 waktu.sedekah. "

oklah, apa kata kita tengok teladan paling baik utk kita

NABI MUHAMMAD S.A.W

adakah nabi sorang-sorang dalam sebarkan agama Islam.?
ataupun ramai2?ahaa..

jadi,jelaslah di sini bahawa kita manusia ni lemah kalau sorang-sorang
kita perlu ada orang yang boleh support kita
support utk sentiasa mengingatkan kita tentang tanggungjawab kita kepada Allah
tentang Islam. tentang apa sebenarnya yang kita perlu buat di bumi Allah ni

bumi yang hanya bersifat sementara. 

sekian.wassalam

*(tadi penulis mdapat bbrapa input tentang ini.jadi diolah sedikit mengikut pemahaman penulis.sebab penulis pernah menyoal diri sendiri tentang ini suatu ketika dahulu. soal tentang "alaa.aku sorang2 pun boleh je. solat,baca al-quran,buat baik,....etc etc."..hehe

now I got the answer.alhamdulillah :)



   

Friday, April 15, 2011

multiple intelligences

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum

Aha. anda suma pernah buat tak test utk tau kita ni minat apa?
atau pn utk tau kita ni multiple intelligence gapo?
jeng2. jum try amik test kat web ni

http://www.bgfl.org/bgfl/custom/resources_ftp/client_ftp/ks3/ict/multiple_int/questions/results.cfm

saya dah try test ni.
aha,kputusannya seperti berikutt:





Kinaesthetic - Body Smart« back to top
You may be body smart. You will enjoy sports and are good at swimming, athletics, gymnastics and other sports. This is sometimes called being Kinaesthetic smart.
 
Linguistic - Word Smart« back to top
You may be word smart. You will enjoy reading, writing and talking about things. This is sometimes called being Linguistic smart.
 
Logical - Number Smart« back to top
You may be number smart. You will be good at mathematics and other number activities; you are also good at solving problems. This is sometimes called being Logical smart.
 
Interpersonal - People Smart« back to top
You may be people smart. You will like to mix with other people and you will belong to lots of clubs. You like team games and are good at sharing. This is sometimes called being Interpersonal smart.
 
Intrapersonal - Myself Smart« back to top
You may be myself smart. You will know about yourself and your strengths and weaknesses. You will probably keep a diary. This is sometimes called being Intrapersonal smart.
 
Musical - Music Smart« back to top
You may be music smart. You will enjoy music and can recognise sounds, and timbre, or the quality of a tone. This is sometimes called being Musical smart.
 
Visual/Spatial - Picture Smart« back to top
You may be picture smart. You will be good at art and also good at other activities where you look at pictures like map reading, finding your way out of mazes and graphs. This is sometimes called being Visual/Spatial smart.
 
Naturalistic - Nature Smart« back to top
You may be nature smart. You will like the world of plants and animals and enjoy learning about them. This is sometimes called being Naturalistic smart



logical (number smart) paling sikit.ehe
kalu tgk ataih ni,dia kata naturalistic paling byk. suka jgk dunia haiwan dan tumbuhan. ms kcik dulu berangan nak jadik doktor veterinar.
yg visual tu pn btoi gk.sebab kalau p mana2, senang nak cam tmpat. direction pun senang tangkap kalau dah p sesuatu tmpat tu 2kali.dan suka tgk peta .
muzik tu pn btoi jgk sbb snang tgkap muzik.tp just mnat instrumental2

apa-apa pun, gunakan kebolehan kita untuk beri manfaat pada orang lain
kalau kita kecenderungan kepada linguistik, sebarkan tentang motivasi,Islam,nilai2 murni dalam blog ampa ka.
jgn guna untuk keburukan,contohnya kita main keyboard sampai tinggal.. solat.lalaii.. tanak baca al-Quran...

mari kita lihat pulak kecenderungan ampa suma! try amik test kat link ataih! :D


Thursday, April 14, 2011

Amali Muzik

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamu'alaikum
Lama tidak sembang yek
Hari ini nak cerita sikit pasal amali bagi subjek muzik.subjek minor km
Yang kami hadapi minggu ini

Mulanya ingatkan macam kacang je amali muzik ni
tapi realitinya tidaklah semudah yang disangka

Ahad lepas, kena nyanyi satu lagu major, satu lagu minor
Sapa yang praktis2 tu, mesti bila betul2 depan lecturer, tak dapat nak nyanyi betui2
sebab getaq nya pasal
dari pagi sampai la 1.15ptg
baru habis semuanya.

Pagi tadi pulak start 11.30 pagi ada amali keyboard.
soalan 1-4.
soalan 1-4 tak berapa susah sebab kita hanya mainkan do re mi fa so la ti do
kat keyboard tapi gunakan scale yang berbeza.

minggu depan plak sambung soalan 5-6
hat ni soalan susah sikit.
soalan 5 kena mainkan chord tgn kiri dan melodi tangan kanan
lagu kanak2.
soalan 6 pulak mainkan chord sahaja dgn tgn kiri sambil nyanyi lagu kanak-kanak.
...ingatkan kacang aje muzik ni, tapi taklah sekacang yg disangka! T_T


ustaz ada cakap, muzik kita boleh belajar tapi jangan sampai muzik ni melalaikan kita
kita boleh belajar sekadar untuk tahu, bukan main sampai lupa nak solat, tak ingt Allah
main tu,main jugak, tapi niat krn Allah. :)

dan sebenonye, saya dari kecik minat muzik. minat instrumental dan mmg mudah sikit nak igt melodi sesebuah lagu
apetah lagi masa sekolah rendah, waktu muzik mmg faveret sungguh.teacher edna, guru muzik waktu tu
memang best dia ajaq.
mungkin sy berbakat kot dlm muzik, multiple intelligence ye dak. ada org bakat dlm math,science, seni. tapi saya memang sangat terukss dalam math dan science.
kimia, fizik, bio, addmath dapat straight C masa spm dulu
kuikihkihih. tapi subjek sjarah,bm,bi,matmod dan agama dpt A.

apa-apa pun bakat yg kita ada, gunakan sebaiknya.jgn lupa Allah :)
Because HE is the one
Dialah yang beri kita Ilham dan bakat ni. :)

Sunday, April 10, 2011

Di mana Dia di hatiku

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum
Aha, bertemu lagi kita di dalam blog saya yang serba kekurangan ini
yang bersawang dan tiada berpenghuni.....
tiada jejak kaki manusia, tiada istimewa di sini..
hanya coretan insan yang hina lagi lemah.
hanya hamba Allah yang penuh dengan kelemahan diri...
sedih plak ayat :)

oklah hari ni takda apa pun nak cakap.tapi just nak share something yang saya jumpa
Sekarang ni dalam proses merangkak rangkak membaca buku 
Di mana dia di Hatiku oleh saudara Pahrol Mohd Juoi
Buku ni baru ja beli.wangi lagik.ehe.
disebabkan agak bz, maka nak baca buku ni pun agak perlahan sedikit kelajuan dalam menyelak mukasurat
sebelahnya. dalam seminggu entah berapa helai boleh habis.

tapi untuk impression pertama selepas baca sampai mukasurat 29,
saya sangat sukakan buku ini, sebab selepas baca beberapa mukasurat ja
terus buat saya terfikir, saudara penulis ni mempunyai pemikiran lebih kurang saya.maaf perasan jap
Rasa sangat sebati dengan penulisan saudara ni. 
antara yang saya suka ialah ayat berikut:

Dalam hidup ini, manusia akan berhadapan dua perkara. Pertama, perkara yang perlu dilakukan. Kedua, perkara yang suka dilakukan. Dan sudah menjadi sunnatullah, kedua-dua perkara itu saling bertentangan. Biasanya perkara yang perlu kita lakukan adalah perkara yang tidak suka kita lakukan. Dan perkara yang kita suka lakukan adalah perkara yang tidak perlu kita lakukan. 
- - - - - - - - - - - - -

Untuk berjaya dan bahagia, kita perlu melakukan perubahan. Kita perlu keluar dari zon selesa menuju zon mencabar kerana di zon yang mencabar itulah letaknya kemajuan, perkembangan dan peningkatan dalam kehidupan kita. Zon selesa ialah keadaan yang kita berada sekarang, sementara zon mencabar ialah keadaan yang kita inginkan pada masa hadapan.
- - - - - - - - - - - - -
Untuk mencapai apa yang diinginkan, kita mesti berusaha melakukan perubahan. Kita perlu lebih berusaha, menambah ilmu dan berani melakukan langkah-langkah baru dalam kehidupan. Ringkasnya, kita perlu bermujahadah dan berubah. Tetapi perubahan itu awkward-yakni canggung, kekok dan tidak selesa sifatnya.

Oleh sebab itulah ramai yang tidak mahu berubah. Mereka ingin terus selesa di zon selesa walaupun terpaksa menerima nasib atau menanggung keadaan sama. Kesannya? Mereka terus gagal, hina, miskin, lemah atau jahil kerana enggan berubah.
_____________________________________________________

Terima kasih saudara Pahrol Mohd Juoi kerana mencoretkan kata-kata yang memberi saya semangat
Kata-kata yang saudara coretkan, diilhamkan oleh Allah. 
saya kagum dgn cara pnulisan yang simple tapi gaya bahasa yg sgt mberi kesan

skema gile ayat saya. tapi nak buat macam mana,kadang2 suka sikit wat ala2 ayat sastera gitu
tp mmg kata-kata saudara ni dalam buku ni, memberi satu semangat

biasalah kita ni manusia ye dak, kadang2 teringat ms dolu2
keluo ramai2, gi mane2 pn ramai2, happy2, kwn laki pn ramai, xbyk tanggungjawab,ada someone special, pehtu agak materialistik jugak la.hihihiihi.(jgn gelak macam ni,gedik gile nmpak)

susah kan nak tinggal benda yang kita suka nak buat?
manusia akan berhadapan dua perkara. 
Pertama, perkara yang perlu dilakukan. Kedua, perkara yang suka dilakukan"

dan yang perlu kita lakukan itu adalah fitrah kita sndiri. yang perlukan Allah. sukakan kebaikan. 
dan yang kita suka lakukan ialah Hawa Nafsu kita. nafsu kita yg bagi kita suka lakukan yg kita suka.

Sebab tu bila kita ikutkan nafsu kita, mulalah buat benda-benda tak pekdah ye dak
duk melayan sms lelaki yg nk bkenalan. disebabkan ikut nafsu, pn gatai la duk mesej senior laki yg nk bkenalan. bajet femes katekan. pehtu mule la jeles tengok orang lain ada gewe ye dak. 
ala aku nk ada gewe jugak, apesal org lain ade aku takde!
bila da ada someone special, mula lah perasan "oh akulah orang paling bahagia dalam dunia ini"
"aku tak gaduh2 mcm org lain.sikap toleransi sangat aku ni, mesti Allah berkati hubungan ni"
"tgk org lain, gaduh ja. kita tak gaduh, sbb saling memahami."

ahahaha. hebat sangat hawa nafsu  ni mengawal diri kita kan
sampai tak sedar langsung betapa jahilnya diri ini.

walau macam mana kita rasa bahagianya kita dengan seseorang manusia,
walau kita perasan syok sendiri bahawa Allah berkati hubungan kita dgn jejaka yg blum halal bg kita
walau kita syok sendiri yang kita ni pasangan bahagia dunia akhirat hingga ke syurga
walaupun kita rasa kita adalah pasangan paling serasi, gorrgeouss meletop of the year
walaupun kita bangga dengan kebahagiaan kita

percayalah, dalam hati kita masih kosong.
kosong dengan cinta yang hakiki
fitrah kita, betapa bergantungnya kita kepada Allah
betapa perlunya kita pada Allah
walau bahagia mana pn kita dgn cinta manusia
tapi, kita tetap rasa kosong .kosong dgn cinta Allah.

kita terlalu agungkan cinta manusia.sehingga kita terlupa cinta Allah yang paling utama!
kalau dah ada suami pun, kita tak boleh nak cintakan suami lebih dari Allah.
tapi cintakan suami kerana kita cintakan Allah dan taat pada Allah.
itu suami, yg halal bagi kita.
kalau yang tak halal lagi bagi kita, adakah kita mencintai kerana kita cintakan Allah?
sebab Allah tak pernah ajar kita untuk bercinta dgn pasangan yg blum lg halal bg kita.
dalam kisah Rasulullah s.a.w pn, tadak pun baginda bercinta dulu kan?

wah,awat duk cakap pasai cinta ja banyak ni haa?
eheh.maap la noh, bukan gatai. tapi akceli(Actually)
bukan nya mengata orang atau mengutuk orang
tp ngutuk diri sendiri
sebenonye,sume kisah2 dlm blog adalah kisah insan .. ....jeng2.rahsia

kesimpulannya, ayuhla kita sedaqkan diri kita dari berangan sungguh lama
dibuai buai kesenangan, zon selesa, kemewahan, dunia...dunia...duniaa...
moh la kita ketuk2 diri kita supaya sedaq hat kita ni sebenarnya kecik ja
Dunia ni macam kepak nyamuk ja bagi Allah. kita ni plak kecik macam habuk ja.
Allah tak rugi pun kalau kita tak beriman dgn Dia
tapi Kita yang rugiii..aduiii...ketuk2 sikit kepala kita, jgn terlalu berani nk sombong dgn Allah

macam kita ni rekacipta satu anak patung yg boleh gerak.
kecik ja anak patung ni macam biskut teddybear
lepastu patung yang kita cipta ni, sombong gila dgn kita. wat tatau kat kita. tak minta tolong kat kita. 
padahal dia kecik kemetot ja,..eleh kecik kemetot tak sedaq diri
.dah la kecik, nak sombong2 plak kan dgn kita.kita ni hat cipta dia
ada hati nak sombong plak. boleh je kita nak baling dia ka,pijak2 dia ka kan.sebab geram.
kihkihkih
kelakar kan?berani sangat anak patung kemetot tu.
tak rasa macam kelaka ke?

tapi Allah ni Maha Pengasih, kita sombong camna pun, tamau ingat kat DIA
dia tadak nak bagi kita ni cacat ka, nak bagi kita terbakaq ka,apa ka kan.

ayuh kita lakukan perubahan. bergerak dari zon selesa. 
cergaskan diri dari nafsu
sedarkan diri anda yg sebenar, sedarkan diri kita yg sebenar, 
bukan diri yg dikawal hawa nafsu!
satu!! dua!! tiga!! empat! (lompat2 bg cergas sikit)

wassalam~~

Monday, April 4, 2011

Petanda Dikaitkan dengan teknologi

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum
Ahaa...hari ini saya nak share something yang saya jumpa
wallahu'alam betul atau tidak. tapi tak mustahil kalau benda ni betul ye dak
sama-sama kita kuatkan diri dan usaha mencari keredhaan Allah :)

copy from http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/40192
_____________________________________________________________

Signs related to technology in the end times from the hadiths about the antichrist

The hadiths porovide various pieces of information and the technological advances that will take place in the time of the antichrist.
 
It is reported from Ibn al-Munadi (ra) that:
"He will hold the clouds in his right hand, extend to where the Sun sets, walk on the ocean, and yet the water will come only up to his heels… There will be smoke in front of him and a green mountain behind… He will issue such a cry that all those between the earth and the skies will hear it... He will command the soil and it will grow crops..." (Al-Barzanji, Al-Isha'ah li-ashrat al-sa'ah, p. 219)
He will hold the clouds in his right hand...
This may be a reference to airplanes capable of reaching the uppermost levels of the atmosphere. Planes ascend to the level of the clouds and make it possible for human beings to reach them
He will extend to where the Sun sets...
Sunset can be observed all over the world using technological devices such as telescopes and satellites. Satellite systems can provide images of all countries, and these can then be watched all over the planet on the Internet. The reference in the hadith to “the antichrist extending to where the Sun sets” may be pointing to the satellite system in question.
He will walk on the ocean, and yet the water will come only up to his heels...



This description may well be a reference to present-day sports such as surfing, water-skiing, kite surfing, or barefoot water-skiing. People who engage in these sports move over the surface of the water, touching it only with their feet. The reference in the hadith to the antichrist walking on the water, and the water coming only up to his heels, may well be an indication of these sports.
There will be smoke in front of him and a green mountain behind...
The reference in the hadith to “smoke in front of him, and a green mountain behind,” bears a close resemblance to the picture established by modern-day airplanes in the sky. As the illustration makes clear, as they fly an image forms of a cloud of smoke in front of them, and one of a mountain covered in greenery behind.
He will issue such a cry that all those between the earth and the skies will hear it...
Modern advances such as radio, television and the Internet can broadcast across the world by means of satellites and radio waves, and everyone in all countries can now listen to the same broadcast at exactly the same time. This technological system, representing a single broadcast or voice, may well correspond to the hadith’s description of everyone in heaven and earth hearing the same thing. And Allah knows the truth.
He will command the soil and it will grow crops...
The hadith also refers to the antichrist “commanding the soil to grow crops.” The different kinds of agricultural machinery and the various sizes of tractor available today make harvesting a simple matter.
The building of dams
He (Antichrist) will come to a river and he will command it to flow, thus it will flow, then he will turn upwards and command it to flow and it will flow, then he will command it to dry and it will dry. (Al-Barzanji, Al-Isha'ah li-ashrat al-sa'ah, p. 213)
The hadith refers to building of dams at the time of antichrist. As a matter of fact, when the dam shutters are locked, the river dries sraightaway and when the dam shutters are opened, the river continiues to flow.(Allah knows the truth)
 
A REFERENCE TO RAPID TRANSPORT TECHNOLOGY
"The antichrist will travel the world in 40 days." (Al-Barzanji, Al-Isha'ah li-ashrat al-sa'ah, p. 216)
The account refers to the speed obtained in moving from one place to another in the End Times.
Mar 28, 2011




Saturday, April 2, 2011

Hati Berbicara

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamu'alaikum
Fuh.fuh habuk habes lamaan sesawang ni . nama pun laman sesawang(website)
banyok le sawangnye.ehe
lama tak update, sebab tak sempat, tengok2 camtu ja

akhir-akhir ni saya banyak memikir
memikir banyak mende
bila fikir-fikir,saya rasa sangat pelik dan hairan

kenapa manusia ni kan, berani untuk menyombongkan diri dengan Allah ?
saya pelik kenapa manusia ni sanggup untuk turun petang main di padang bola,tengok bola, tennis, malam kebudayaan, tengok tv,tengok konsert, karaoke,pergi dating di kbmall, pergi shopping.buat assignment, sms, bergayut, bergosip, mengumpat, lepak.etc etc
habiskan berjam2 untuk perkara ni semua. sanggup korbankan waktu kita untuk perkara2 ni..


TAPI....bila ada seminar keagamaan misalnya. kursus fiqh wanita ke, majlis ilmu di surau, solat jemaah di surau, gotong royong di surau, tak terdetik di hati nak hadirkan diri. walaupun hanya 30 minit!
alasan:sebab sakit, demam tak larat, ngantok, letih, ada kerja lain.

YaAllah..bila fikirkan semula...sedih sangat...sayu...
sanggup sangat kita ni manusia kan. sombong gile dengan Pencipta kita.

tergamaknya kita.......tergamaknya kita tak kenang budi.
kita lupa diri,sombong diri. kita hidup hanya untuk berseronok!

Allah bagi kita macam-macam.banyak sangat..sangat banyak..
takpernah ke kita fikir nak menghargai ,bersyukur apa yang Allah bagi kita pinjam ni??
Badan kita yang cantik, rupa paras yang segak sampaikan lelaki puja2 kecantikan pmpuan hat segak2 ni, penglihatan kita, suara kita yang merdu kita manja2 kan utk lelaki,kaki yang kita guna untuk melangkah pergi dating, tangan yang kita taip untuk sms kata2 cinta,..semua tu, Allah yang bagi pinjam kan?

sedih...kita tak langsung nak ingat kat Allah,
 tak timbul rasa takutkan Allah..bila buat apa yang Allah larang, takkan sikit pun tak rasa bersalah??

Adaka kita lupa, bila akhirat nanti, mulut kita tak boleh bercakap,tapi kulit, tangan, kaki, hidung, mata.. semua boleh bercakap!

"Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, pendengaran, penglihatan dan kulit mereka menjadi saksi terhadap apa yang telah mereka lakukan. 
Dan mereka berkata kepada kulit mereka, "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" 
(Kulit) mereka menjawab, "Yang menjadikan kami dapat berbicara adalah Allah, yang juga menjadikan segala sesuatu dapat berbicara, dan Dialah segala sesuatu dapat berbicara, Dan Dialah yang menciptakan kamu yang pertama kali dan hanya kepadaNya kamu dikembalikan" 

(41:20-21)

bersedia ke kita kalau kulit, tangan, kaki, mata..semua berkata-kata kat Allah tentang diri kita..
kalaulah mereka ni beritahu Allah, kita ni tak pernah pun gunakan mereka utk ke jalan Allah. korbankan masa utk Allah. kita tak guna mereka untuk ke majlis ilmu, ke ceramah agama, ke majlis yang mengingatkan kita kpd Allah, tapi kita gunakan mereka untuk keseronokan kita, untuk puasskan nafsu kita yang meronta-ronta kehausan cinta lelaki yg blum halal, hiburan, keseronokan, shopping, nak barang branded, harta,etcetc

Allah dah bagi banyak petanda, kiamat nak dekat. tapi manusia ni,especially beragama ISLAM
masih lagi tak rasa apa-apa. tak rasa langsung nak bertaubat ke, takut ke, nak berubah ke.

at least dalam sehari, pergi surau ke, kejap je tak sampai 1jam kan.
korbankan 1jammm je.please , hanya 1 jam.di surau.
sangat sedikit dan sangat sekejap kalau nak dibandingkan kita bershoppin di KBMall.

Kalau rasa berat, paksa diri, pujuklah diri.nafsu kita yang taknak bagi kita pergi tempat2 baik
kalau hati rasa taknak langsung nak bertaubat...maksudnya, samalah dgn kita ni sombong pada Allah..

Tak rasa takut walau pun sebesar zarah!
Wah, kita lagi hebat dari Allah..mungkin?

*maaflah sukamembebel tentang isi hati. saya suka cerita apa2 yang saya sendiri pernah mengalaminya. maksud saya, saya sendiri pernah berada di situasi sukakan hiburan, berdating, sms, bgosip , mengumpat,suka buang masa,solat entah ke mana,tak suka langsung majlis ilmu.benci sgt bila ada majlis2 ilmu,majlis agama. saya pernah lalui semua ni,sebab itu saya suka tulis tentang isu macam ni.

sebab saya nak orang lain sedar yang semua saya pernah buat,dan mungkin anda juga buat,
ni semua perkara yang sia-sia, sikap orang yang sombong pada Allah, lupa diri, ego, dan mungkin rasa hebat dari Allah. sikap orang yang langsung tak takut kat Allah, dan rasa dunia ni selama-lamanya

kita tak sedar sebenarnya hidup kita kekal di antara dua tempat SAHAJa
U can choose which one do u prefer?
Your choice.
NERAKA.or SYURGA

wassalam~