Monday, October 17, 2011

Belajar utk Menghargai

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum w.b.t
Alhamdulillah hari ni last hantar assignment.
terasa mahu mencoretkan beberapa kisah yang berlegar-legar di fikiran ku ini.
_ _ _ _ _ _ _


Sabtu lepas saya diberitahu oleh Kak Nina ..bahawa Farah  ada blog
dan kak Nina promote suruh kitorang baca blog Farah.
Farah ni merupakan seorang muallaf yang sedang belajaq di USM KK
setakat ni saya pernah berjumpa dengan beliau 3 kali sahaja rasanya,itu pun tak sempat sembang lama


tapi saya sangat respek dengan beliau, kerana kesungguhan beliau untuk menghadiri majlis2 ilmu
untuk mendekatkan diri pada Allah. dan untuk memahami Islam dgn lebih dalam.
beliau juga terpaksa menghadapi ujian hidup, berhadapan keluarga,rakan2.etc2..

blog ukhti Farah
http://therockinghijab.blogspot.com/

dan apa yang membuatkan saya malu ialah...
kita yang sudah lahir sebagai orang Islam, tapi kita sendiri tak mahu memahami Islam itu dgn lebih dalam kan?
kita ada segalanya, ayah,mak, adik,kakak, atuk, etcetc..semua nya Islam.
tapi seorg muallaf, kemungkinan hanya dirinya seorang Islam, dan yang lain bukan beragama Islam.

tidakkah kita rasa bersyukur dengan nikmat keluarga fully Islam?yang kemungkinan kita dapat bersama2 ke syurga kalau semua family kita taat pada Allah.

tapi kalau seorang muallaf, mereka tidak dapat menolong ahli keluarga mereka yang bukan Islam.
seperti kisah Rasulullah s.a.w dan ayah saudaranya, Abu Talib.
sebaik mana pun Abu Talib, tapi Rasulullah s.a.w sendiri tak dapat menolong bapa saudaranya drp neraka

mulakan saat ini untuk belajar menghargai nikmat Islam yg Allah beri.
jangan hanya Islam pada nama, tapi tidak pada akhlak dan cara hidup.

Monday, October 10, 2011

Boikott

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t

Alhamdulillah
Berkesempatan lagi kita berjumpa di sini lagi pada hari ini
hari ini saya nak cakap pasal boikot barang keluaran Israel
actually, bukannya brangan yang dikeluarkan oleh krjn Isrl shaja,
tapi mana2 syarikat yang menyokong atau membuka kilang di Isrl juga
memberi sumbangan kepada pendapatan dan cukai negara Isrl.

saya tahu tak ramai yang rasa tindakan kita memboikot barang ni berkesan.
tapi pada pandangan saya lah kan, at least kita ada usaha walaupun mungkin hanya effect
000000000000.1 percent sahaja dari sumber pendapatan kerajaan Isrl.

kalau tanya saya, saya pun sbenarnya dahulu tak percaya pun semua ini
buat apa nak boikot kan,tak effect pon kat depa.
saya ni hantu McDonald. suka betoi bigmac,suma hat Mc Mc la namanya
tapi sampailah satu hari saya terbaca satu kisah ni

kisah seekor burung kecil yang nak tolong padamkan api yang marak membakar Nabi Ibrahim a.s
burung yang kecil tapi berjiwa besar ini menggunakan paruhnya yang kecil untuk mengangkut air demi  untuk memadamkan api yang sedang marak itu..
_____ o _____

"Wahai pipit, apa yang engkau mahu lakukan?" tanya burung-burung yang lain.

"Aku mahu membantu Nabi Ibrahim. Aku mahu padamkan api yang membakar Nabi Ibrahim," jawab burung pipit.

"Macam mana kamu mahu padamkan api itu. Kamu tidak mampu membawa air yang banyak. Paruh yang kamu ada itu kecil. Sia-sia saja usaha kamu itu," kata burung lain pula.



Walau bagaimanapun, burung pipit tidak berputus asa dan meneruskan usahanya untuk membantu Nabi Ibrahim. Lalu ia membawa air yang disimpan di dalam paruhnya itu ke arah api yang marak.
(Petikan daripada buku Untaian 366 Kisah daripada al-Quran terbitan Edusystem Sdn. Bhd)
_____________0______________

jadi, apa salahnya kita berkorban sedikit keinginan kita untuk makan mcdonald yg sodap itu
demi membantu saudara kita di Palestin.untuk menunjukkan ketidaksokongan kpd Isrl.
untuk lebih info tentang ini, rajin rajin kan diri anda untuk baca dan explore sendiri maklumat2 berkaitan barang-brang dan syarikat yang menolong ekonomi Isrl di web ini http://www.inminds.com/boycott-mcdonalds.html . bukan mc Donald aja, di sini ada banyak lagi barang-barang dalam khidupan harian kita.

takperlu fikirkan, "Ish, tak effect apa pun aih.buang masa ja"
tak perlu fikirkan. "Ala sikit je la.aku makan pun kadang2 je bukan selalu."
tak perlu fikirkan, " hadoi, merepek la . ni la pemikiran jumud. buat apa nak explore2 mendalam sangat. etc etc"


fikirkan, "bagus juga kalau aku cuba boikot. mana nk tahu aku boleh tolong sikit saudara kat Palestin, ..sekurang-kurangnya boleh la latih diri ni menahan nafsu keinginan. hm.boleh jugak kita menyokong beli barangan tempatan."


Allah tengok usaha kita, walaupun sekecil zarah pn. kalau kita rasa sygkan saudara kita di Palestin, marilah kita cuba utk bantu walaupun  kalau difikir dgn otak ni, apelah sangat kita dpt sumbangkan ye dak??








klik untuk besarkan 


Biarlah Isrl tergelakkan kita
Biarlah orang lain gelakkan kita dengan usaha kita yang nmpk mcm "kurang cerdik" ni
tapi biarlah kita serahkan kpd Allah utk menilainya.
yang penting adalah..Usaha kita! ^.^
wslm

  

Bersyukurlah

بسم الله الرحمن الرحيم

 (copy from kak anis)

Assalamu'alaikum w.b.t

tadi saya call ex rumet saya semasa di UIA pj dulu
ya Allah,rindu sangat2 kat syazila dan yus:(
call free sebab 8pax kan.

bila saya fikir tentang mereka,saya mesti teringat semula
impian saya yang dahulu..iaitu
ingin menjadi pelajaq UIA . T.T
sedih tengok gambo2 dulu.
dan hari ini adalah hari konvokesyen uia.

inilah manusia.tidak pernah bersyukur dgn apa yang Allah bagi!
Allah bagi takdir, belajar di ipg
still lagi rasa..."ish kalau la aku duk uia skrg ni.mesti best kan"

Pangg!!! tampar muka sendiri.

sedarrlahh sedarr!!
(monolog dalaman)


mana tahu kalau saya tak masuk IPG,
mungkin saya tak jumpa sahabat-sahabat yang dapat membantu saya untuk mengenal Allah. ye dops?

mungkin kan?mungkin tak?

teringat kata-kata kak Fatimah Syarha
"Curahkan kasih sayang sewaktu muda remaja ni kepada sahabat-sahabat (yg sama jantina aja yee) kita. tunjukkan sayang kita kepada mereka. sayang kerana Allah :)"

so, kalau kita sayang family kita,kawan-kawan kita, konpem takdak masa nak pikiaq pasal
"Bilalah aku dapat boipren..bilalah aku nak dapat besfren lelaki yg memahami aku"

Haaa.toi dak toi dakkkk? jengjeng.
Pasti bahagia hidup kita kan .
saya pun rasa bahagia sekarang, berbanding dahulu :)

______________________________________


insyaAllah cuti deepavali ni nak gi putrajaya sbb ada hal sikit
dan kalau takdak aral melintang, nak singgah uia gombak ^.^
nk lawat sahabat yg baru pas operate appendics.
rindu sangat sama kamu!


wslm   

Wednesday, October 5, 2011

Pena Islah

بسم الله الرحمن الرحيم 

assalamu'alaikum w.b.t

:)
hari ini saya nak menjemput sahabat-sahabat siber ku sekalian ke blog risalah
Al-Islah

klik gambo utk terus ke blog Al-Islah


moga kalian mendapat manfaat di sini walaupn post masih lagi sedikit :)