Tuesday, October 15, 2024

Grief & The Art of Letting Go

 Assalamu'alaikum wbt

Apa itu grief?

"Grief is the experience of coping with loss. Most of us think of grief as happening in the painful period following the death of a loved one. But grief can accompany any event that disrupts or challenges our sense of normalcy or ourselves. This includes the loss of connections that define us"




Hari ni aku nak cerita pasai grief. Maksud grief ni emosi kita menyesuaikan/menerima kehilangan. ni Apa aku faham la, tak tau kot tak tepat. Hari ni aku cuma nak kupas sikit pasal grief aku bila menerima kehilangan kawan baik. bukan hilang meninggal tp hilang cut connection. 

Aku ada sorang kawan baik masa dekat sekolah yg aku sempat sekolah selama 1 tahun, thn aku ambik SPM. Nama dia Lulu (bukan nama sebenar) . Aku rapat gilaa sampaikan pernah tido sebantal dkt hostel, mkn sama-sama, lepas SPM aku p rumah dia naik KTM ke Selangor. Then kami semua pi Midvalley hahahaha, still keep in touch last jumpa 2014. Lepastu kan, dia hilang macam tu ja seperti angin yang berlalu pergi tanpa meninggalkan apa-apa.

Aku ni selalu la teringat kenangan bersama dia, aku rindu. Ya aku rindu diaaaa.
Aku ni mcm ni lah bila berkawan Dan orang tu baik dgn aku, mmg aku simpan dalam hati aku ruang paling dalam utk aku tempatkan kawan-kawan baik aku atau orang yg pernah buat baik dkt aku yg sampai sekarang aku teringat selalu.huhu

Satu waktu tu aku dpt no dia daripada mkcik dia yg pass no mak dia. bila mesej mak dia, mak dia pun bg no dia, tp mak dia pesan, jgn habaq dia makcik yg bg nombor dia

so, aku pun mesej la dia, kalau tak silap thn 2019 before aku beranak anak kedua, punya la excited lama sangat tak contact dia. org yg kenai aku, tau la macam mana aku bila excited hahahhaha. 

tapi malangnya dr gaya mesej, dia kelihatan tak excited mana pun aku contact dia. Tanya dok mana skrg ni pun berahsia, keje mana pun dia taknak cakap. bersembang pun mcm nak taknak ja. tanpa ku sedar ayaq mata aku mengaliaqq .huwaaaaaaaaaaaaa😭😭😭. aku faham itu tandanya dia tak selesa aku contact dia dan dia takmau org contact dia. huhuhuhu. sedih sangat. sebagai org yg sgt menghargai persahabatan, mende ni sangat effect diri aku sebab aku jenis sgt sayangkan kawan-kawan sama mcm aku sayang diri sendiri. tskktskkk.

lepaih tu aku pun dkt berminggu-minggu hadapi saat 'grief' aku. aku ni kdg grief tu kalah org putuih cinta agaknya. asyik teringat. mandi tak basah, makan tak kenyang.

but slowly alhamdulillah I try to let it go. slowly cuba hilang kan memori2 dgn dia yg aku simpan plg dalam dlm hati aku. walaupun sakit nak lepas kan semua tu, tapi alhamdulillah aku berjaya...


Monday, October 14, 2024

Genap 10 tahun bergelar Guru

 Assalamu'alaikum wbt

Tahun 2024 ni sebenanya dah genap 10 tahun aku bergelar guru tau
Sejak posting 2014 aku tak pernah pun update blog aku.

Selepas menjadi guru selama 10 tahun ni

Banyak ups and down semangat aku sebagai guru.

Masa posting 2014 aku kejutan budaya. Nangis tiap kali balik rumah sewa bujang kahkah

Sebab sekolah aku all boys school, dekat bandar pulak tu. Tapi rakan sekerja alhamdulillah semua baik-baikkk. Aku memang sayang giler akak2 ni, aku bdk baru posting dilayan macam adik bongsu hihi. 

Aku hampir 6 tahun dekat sekolah tu, lepas tu aku ambik Cuti Tanpa Gaji Sebab nak fokus anak aku selalu sawan demam . lepastu lapor diri semua dkt JPN, aku dpt la sekolah dkt dgn rmh. sekolah ni majoriti Melayu Dan campoq laki perempuan. So aku lega sikit Sebab all boys school hang rasa nak mengamuk setiap masa Dan rotan selalu wajib libas Sebab depa kan.....nakaiiiiii yang aku rasa boleh jadi hulk la aku setiap masa.hahhahhahahha

Sekolah skrg ni pun aku hampir 4 tahun sini, alhamdulillah Allah bg rezeki lagi kawan2 sekerja semua baik-baik. Aku macam nak stay lama dekat sini.

Tapi lepas birthday aku baru-baru ni, aku tiberrr kan macam rasa nak sambung belajar bidang perkembangan kanak-kanak la. Tak tau pasepa tibaa ja ada keinginan tu. Asalnya dulu macam nak sambung Sejarah jugak, tp aku test dulu join Kursus Asas Sejarah under USM online dgn Dr Azmi Arifin. kelas yang  ketiga aku dah cakap dekat diri sendiri , aku tak boleh nak bawa dah topik2 berat ni. berat gilerrr weh topik dia, Dan aku mcm jadi terlalu Banyak info tentang Sejarah yang sebenar yg tak sama dalam buku sejarah, aku jadi otak dah jam habits nak hadam semua tu hhahhahhaa. patutlah aku tengok geng2 laki ja yg ramai maintain join kelas sampai habis 3 bulan. aku memang give up, white flag aku kasii.

So aku rasa psikologi pendidikan atau perkembangan kanak-kanak yg sesuai dengan aku sebab aku sangat suka bila kena ganti kelas prasekolah. syokk & enjoy ajar bdk kecik, mungkin inner child aku tiber keluaq sekali kot hahaha.


OK tu je nak cerita.wassalam


Perhatian! Perhatian!

 Assalamu'alaikum wbt

Arghh. aku dah stress melihat isi kandungan post-post aku tahun 2013 dan ke bawah yang agak memeluatkan diriku. 

Maluu rasa nak nyorok bawah meja. Nanti bila-bila aku free aku go through semua la post yg dulu, kalau mcm mana yg menyampah sangat bila baca balik, aku delete je terus. Hahaha

Rasa macam acah-acah bagus sangat pulak masa tu. Maaf la semua kawan-kawan yang mungkin ada terkesan dengan perangai aku yang acah-acah bagus haritu. Aku sampai tinggal kawan-kawan baik aku hhhuhuhu.

 Ni antara yg aku menyesal. Tapi alhamdulillah zaman kerja ni aku dah get along balik dgn diorang. Aku rajin wasap Dan ada yang kitorang akan jumpa Dan sembang-sembang hang out sekali. 

Sekali lagi, kalau baca post-post aku sebelum ni korang rasa meluat Dan menyampah macam aku, mohon jasa baik semua untuk cepat-cepat scroll hahhahha

k bye.tu ja nak abaqqq.



Sunday, October 13, 2024

Saturday, October 12, 2024

Selepas 11 tahun, Im Back!

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum. 

Okeh aku sangat teruja. Selepas hampir 11 tahun, aku boleh log in semula emel hotmail aku 
dan boleh masuk balik blog lama aku nii

Rinduuu weyhhhh!
Last post masa umur 23 tahun
Sekarang? Aku dah 34 tahun! wahahahahaha

Sebelum tu, aku nak korang semua tolong ye. Tolong tutup mata buat-buat tak nampak post-post aku tulis yang sebelum ni.masa umur aku 23 tahun dan ke bawah. Ni aku baca balik aku rasa nak tampaq diri sendiri disebabkan terlalu maluuuu😂😂

Maafkan daku semua. Sebenarnya aku waktu tu berada di fasa nak berubah tapi macam terlalu skema pulak jadiknya, fake pulak rasa. kahkah

Tapi di usia tua 34 tahun ni, alhamdulillah aku rasa, I already get my own self back gitew. Just be myself pada masa sama, agama pun jangan lupa noh.Kita santaii tapi bab agama jangan ambik mudah.

Banyakk nak catch up cite kat korang selama 11 tahun aku menghilang, sebenaqnya nak ucap tenkiuu dulu dkt Microsoft sebab aku berjaya dptkan semula emel aku yg dah tak aktif dr 2014. Lepas dapat emel ni balik la aku boleh log in semula blog ni. 

Aku overwhelming sangat ni taktau nak cerita mana satu, otak aku dah keluaq macam2 dah mende nak cerita. Tapi sabaq-sabaq, tak kan lari gunung dikejar. 

Ok secara ringkasnya aku dah 34 tahun pd 6 Oktober lalu, 
dah kawin pada Mac 2015, ada sepasang anak ,
dan aku dah hampir 10 tahun kerja cikguu. 
aku cikgu yang penyayang, sayangkan murid seperti anak sendiri dan sedia meminjamkan telinga, wang dan tenaga untuk murid-murid tercintahhh. walaupun aku dh 34 tahun, tapi murid aku semua ingat aku masih 20 tahun dan tak kawin lagi. yg igt student UITM pn hado.nohh angkat bakul sendiri pulak.😂maaf izinkan aku syok sikit dgn kata-kata innocent anak murid aku.haha


aku decide nak tulis blog semula sebab aku rasa aku dah makin melampau selalu buat esei 100 perkataan dekat status post FB aku. nampak sangat kemaruk nak berblog lagi. so aku decide nak tulis blog semula walaupun aku tak rasa sapa2 baca blog aku ni orang yg aku kenai. 

tapi lantaklah sebab aku nak jadikan blog ni tempat aku bercakap dekat diri sendiri dan utk aku healing healing regulate emosi aku. hihi. so syok sendiri je la hahahah.

Okeh okeh aku ada banyak nak cerita dekat hampa. Tak sabaqqq ni. Walaupun mcm org gila cakap & cerita sorang-sorang hahaha. tapi aku nak jugak ceritaaa. Baiklah nanti kita cerita one by one naaa

Ok itu sajaa. Adioss Amigoss.Assalamu'alaikum