Monday, November 4, 2024

Aku & Minat aku

 Assalamu'alaikum wbt

Minat aku sejak 2013-2024 ni banyak yang bertambah, ada berkurang dan ada bertukar.




Jadi aku rasa macam aku inshaAllah lepas ni rajin menulis blog ni tentang topik-topik yang berkaitan minat-minat aku jugak

Dah tua 34 tahun ni, yang aku perasan minat aku lebih kepada 

  • sejarah, seni dan budaya di Malaysia. aku minat sungguh kalau gi muzium, tengok rumah tradisional lama, tengok ukiran kayu, tengok tarian tradisional, etc2. yang berkaitan. yaa ni sebenaqnya minat dari dulu yang dikekalkan dan dikembangkan sampai saat ini. InshaAllah nanti free-free aku post pasal berkaitan topik ni
  • alam semulajadi, geografi : ni pun sama aku minat dr dulu
  • tentang kerjaya guru : ni pun baru je mula minat haha.dulu tak minat pun. so aku akan cerita laa berkaitan pengalaman, kenangan dan kisah berkaitan guru . murid dan sekolah.
  • perkembangan awal kanak-kanak: ni aku baru ada minat tentang bidang ni sejak ada anak.aku nak faham pasal otak kanak-kanak, so aku p kursus berbayar 8 kali dalam 1 bulan kelas tu. ribu riban weh aku bayaq guna duit kwsp masa tu baru dpt pengesahan taraf berpencen. 2018 aku gi tapi its worth it. investment yg berbaloi sampaikan skrg aku minat bab ni sebab ada kaitan psikologi
  • psikologi:ni minat dari duluu sampai sekarang
  • mental health: ni aku start rajin godek2 info ni sejak hujung 2013 ada member batch aku sakit bipolar disorder huhu. so aku selalu cari ilmu tentang ni utk memahami tentang mental health.
  • diet: bukan diet tak makan langsung.tp aku follow group PMLS IF Lazy Keto dkt FB. senang ja rupanya nak turunkan berat badan. hampa cuma kena cut sugar dalam minuman dan makanan (minum ayaq kosong sahaja), cut nasi (tak perlu mkn nasi ) , makan laukk ja (ratah ikan,ayam, daging,sayoq,teloq apa2 yg protein) . dan green tea suam slps makan. (aku rs ni sgt membantu aku kurangkan craving makan&minum manis) . aku skrg slowly mmg nak jaga pemakanan utk badan lebih sihat, awet muda dan kulit cantik glowing glowing cing cingg supaya aku tak payah spend banyak dkt skincare utk cantikkan kulit hahaha
  • skincare: aku mula faham step by step skincare yg betul masa PKP 2020. so skrg mmg aku jaga skincare yang basic &treatment. semua buat dkt rmh ja, treatment tu mksdnya smggu sekali hang exfoliate kulit ka, sapu vit c dkt muka ka,etc2. renyahh weyh mula2 tu, lama2 aku dah biasa.
macam banyak lagi, nanti aku ingat aku update hehe, ok tu jaa for today. wslm

No comments: