Saturday, November 15, 2025

6 Oktober 1990 - 6 Oktober 2025 = 35 tahun dahh

 Assalamu'alaikum wbt




hampir sebulan lebih dah 6 Oktober berlalu.

pada 6 Oktober 2025 yang lalu, adalah hari lahir aku yang ke 35 tahun 

ya Allah tuanyaa aku ropenye. masih tak sedar diri kadang tu. 

1st time buat blog ni 2008 umur 18 tahun

sekarang 2025 aku dah 35 tahunn weyhhhh

setahun yang lalu masa umoq aku 34 tahun kan, aku jadi macam tak keruan sikit, dia macam mana ek nak cakap?aku rasa premenopause kot hahaha. dia macam beremosi pelik pelik. berkecamuk. dan sesuatu perasaan yang aku tak reti nak explain details.

dan selepas tu, 2025 ni pun aku hadap emosi yang tunggang terbalik, ya kot ni, mungkin simptom pre menopause. tahun ni perangai pelik pelik aku semua tubik. yang baik, yang tak baik,semua la dia nak keluaq serentak. entah apa masalah entah. nak kata aku gila pun, tak tau la nk ckp. nk ckp sakit, pun taktau nak cakap apa. sebab aku sendiri tak faham diri aku sendiri. sangatlah complicated

Oklah sempena aku dah cukup umoq 35 tahun ni, aku doakan supaya diriku sentiasa sabar dengan dugaan yang mendatang, sentiasa fikir tak semua yang kita impikan, kita akan dapat, Semua orang tak sempurna, dan mana-mana ketidak sempurnaan tu aku kena redha dan sabar dan cuba untuk adapt. walaupun kadang kala terpaksa cuba tersenyum, tapi itulah kehidupan . 

Happy Birthday to me. Semoga baik-baik aja untuk kamu ya , Maya.

No comments: