Friday, April 22, 2011

Sharing

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah saya masih lagik diberi kesempatan untuk menulis dalam blog ni
Selepas kian lama menyepi kan diri di sebalik kesibukan melanda.

Alhamdulillah baru2 ni saya berkesempatan untuk mendengar suatu perkongsian.
jadi saya pun nak kongsi lah dengan kawan2 di alam maya ni jugak :)

Perkongsian ni tentang Mengapa kita ni malas nak beribadat?

antaranya ialah kita rasa 24 jam sehari tu tak cukup untuk kita beribadat. busy dengan assignment, busy dengan kerja kerja,busy tgk drama hollywoood,korea, busy facebooking..24 jam tak ckup..
katanya, orang yang kata 24jam tak smpat ni, akan beri macam2 alasan bila soal ibadat.
sakit perut, pening, sakit telinga, sakit kepala.etc etc.

lepastu, faktor kita malas beribadat ialah kita berada di kalangan kawan-kawan yang tak memperingatkan kita. misalnya, kawan-kawan tak pernah tegur jika kita buat jahat, tak mengingatkan tentang dosa, pahala.tak mengingatkan kita kpd Allah, hanya utk berseronok.

ape lagi sbb mls nk beribadat? aha, kita suka melihat perkara yg Allah tak suka. tidak menjaga mata kita. tengok tv/ drama pelakon2 seksi, ade plak part bercium plak,bpeluk2. cite omputih konpem ada, korea pun ada. kita jugak tak mnjaga mata kita dgn ushar2 lelaki hensem dan ,perempuan cantik,.dan mcm2 lagi yang membuatkan mata kita effect dan menyebabkan kita jadi susah nak beribadat kpd Allah

Telinga kita pun tak mau jaga. dengaq orang bergosip,memburukkan orang lain, buka aib orang, mendengar lagu lagu melalaikan.misalnya lagu melayu yang lirik tentang cinta2 yang boleh buat perasaan kita terbayang2 keasyikan cinta.lagu omputih yg rock2, hip hop2, pop ka apa ka hat lirik entah hape2. tukar taste telinga kita dengan mmperbanyakkan dengo nasyid, lagu2 melayu atau omputih yg mengingatkan kita kpd Allah,mak ayah ke,kawan2. dengaq kuliah agama kat surau tiap mlm ka.

Mulut plak lagi la, kita susah nak tutup mulut kita. pok pekpokpekpokpek.spanjang masa. bergosip, cerita pasal orang ni,orang tu.orang ni kan...bla bla bla..padahal sebenarnya kita duk mengata orang tu, sebab kita jeles kot dgn org tu kan kan? :Dlepastu bercakap perkara sia-sia, takda pekdah.dan suka mencarut2 .

Yang palinngg utama ialah HATI..dari HATI terpancarlah akhlak kita. perangai kita. berhati hati dalam menjaga HATI . jangan sampai penyakit HATI singgah kat HATI kita. Elakkan dari buat maksiat.

Ketawa kuat ilmu hilang. kita pun kena jaga jugak, bila ketawa tu jgn kerap sangat sebab nanti ilmu kluaq. dan akhir sekali, banyakkan buat amalan kebaikan secara berterusan.biarlah sikit tapi berterusann. bukan hanya tinggal di tepian.ehe

oklah itu sahaja, semoga yang baik kita ambil, yg tak baik tu letak kat tepi. :)


sekian,wslm

   

No comments: