Assalamu'alaikum wbt
Hari ni aku nak cerita pasal Friendster (FS), Dan Yahoo Messenger (YM)
Aku ni adik-beradik semua perempuan, sekolah rendah pun semua perempuan.
So masa aku sekolah menengah, aku kejutan budaya sebab ada lelaki. Aku pemalu ya amat memang kalau lalu depan laki tunduk ja ahaha. lepastu kan, aku memang tak cakap dgn laki, tp lama-lama aku berani cakap dgn bdk laki kls aku yg seramai 6 org tu ja, depa tu ada jgk 2 org pendiam, lps tu ada yg mcm lembut pun ada.
Memang aku takdak kwn laki. Lepastu form3 aku start aktif FS & YM. tp mostly kawan chatting YM aku tu kwn sekolah jgk, kwn baik, lepas tu aku pn start ada kawan laki dr FS. tak semua aku accept friend sbb takut. aku pulak mmg bijak sebab tak letak gambaq besaq2 gedabak, ada satu ja gambaq aku kecilkan jd saiz duit 5 sen bg tujuan keselamatan hahahaha.
tapi dr semua kwn FS, tak semua aku kawan lama sebab aku tak selesa berkawan sbb depa mcm bdk nakal suka fly asrama, yg mmg aku lama Dan selesa kwn dan anggap mcm abang sendiri, ada dua orang. sorang ni nama dia Abu, sorang nama Atan (dua-dua bukan nama sebenar. hahahha)
hat Abu tu sampai skrg aku kawan dgn dia, friends FB dengan dia, tapi bukan la mesej2 apa semua sebab masing2 dh kawin bukan remaja lagi nak sembang2 melawak, so just silent reader kdg2 ucapkan tahniah etc2 sahaja. aku bangga dgn dia sbb ms SPM dia 4 A ja, tp dia jenis semangat kuat aku tgk, skrg dia dkt Arab Saudi bawa family dia, reja sana, aku tumpang bangga naa dgn hang.
hat sorang lagi nama dia Atan, yg ni aku lagi rapat dari Abu, sebab Abu tu dia kasaq sikit tegoq aku,lagi2 kalau dia nampak aku macam nak bergosip, terus kena tegoq directt.
Atan ni lain sikit, dia abang-abang juga tapi dia tegoq Dan nasihat selalu Dan berfikir dengan setiap kata-kata dia bg nasihat tu. kira dia aku look up mcm abg aku sendiri la Dan figure lelaki yg aku Sgt respect. tp aku dh lost contact sebab hilang no dia dari 2013. so cut short kisahnya, panjang la nak cerita hahah.
Apa-Apa pun thank you andersonian_adi88 sebab pernah menjadi abang aku yg baik.
begitulah kisah aku ,FS Dan YM.
sekian, terima kasih sudi baca bebelanku inii.
No comments:
Post a Comment