Friday, October 18, 2024

Update jawapan tagged 14 thn lepas

Pada 14 Disember 2020 aku ada jawab soalan tagged from my BFF Ayat. hahaha. 

harini selepas 14 tahun meh aku nak jawab, aku dah berubah ke atau aku masih lagi sama macam dulu hahah.

"once you've been tagged you're supposed to write a note with 25 random things, fact or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. If i tagged you, its because I want to know about you."


ni reply tag ditujukan kepada Cikgu Hayat comel! :p
  1. mempunyai sifat pemalas yang teramat sangat dari sekolah rendah hingga sekolah menengah dan merebak sedikit demi sedikit hingga ke peringkat IPG 
           (2024: dah kerja 10 tahun ni alhamdulillah ku bukan guru yg pemalas. tugas yang diberikan aku jalankan dengan amanah. aku jugak rajin melayan anak murid aku hahaha.manjakan depa. saja la syokk bila melayan budak2. kalau time PJ , depa skippping aku pun skipping sama-sama perasan mcm budak kecikk,kahkahkah

2. malas membelek henset menyebabkan lambat membalas msej msej tersebut
( 2024: sekarang lajuu ja sebab cikgu wajib on call tgk WhatsApp setiap masa. kdg parents tny, ada info penting tntg sekolah. aku guru Sgt berdedikasi tauu jgn main mainn. dgn parents pn aku buat kawan je hahah)

3. suka makan cekelat. semua spesies cekelat
( 2024: ya dulu aku mmg gila coklat. sekarang? tidak lagi. aku skrg jaga makan Dan kurangkan manis. mcm skrg ni aku tgh nk buat IFLK semula, dulu buat 2023 tp terbabas. ni buat balik. cut sugar, lebihkan protein, mkn nasi seciputnya. hasilnya makin kurus Dan kulit muka aku mkin haluss muluss.jgn jeles hhahha)

4. suka gelang gelang manik dan apa jenis gelang walaupun hanya bernilai sehinggit
(2024: ahh tak suka dah skrg. gelang ke cincin ke rantai semua aku tak suka. sbb aku careless suka letak brg merata Dan terus dilupakan huhu. so jalan selamat skrg aku dh tak pakai apa2 brg kemas. sbb aku pelupa)

5. suka nombor 6 dan 10
(2024: skrg tak kisah dh pun nombor apa. tak heran dah aihh. bukan nak main tikam no ekoq punn )

6. kuat makang roti
(2024: aku dah kurang makan roti sekarang. lebih suka tambahkan protein, ikan ayam teloqq. sayoqq. berkhasiat bukan?hahahha. dah tua oiii kena jaga makan helok2)

7. perangai agak pelik di mana kadang kadang pendiam kadang2 peramah. split personality mungkin
(2024: laa aku perasan yg aku pelik ke 2010 dulu? sebenanya aku dh dpt jawapan yg aku 'ambivert'. bkn amphibian ye. ambivert mksdnya introvert+extrovert. aku hanya jd extrovert dgn org yg aku betuiii rapat ja. dgn tmpt kerja  aku berkawan smua org, bersembang perkara perlu shj Dan tak byk ckp. dgn ckg laki lagi la aku sembang perkara sekolah &penting ja. tak dak haih hang nk gedik2 melawak apa semua, )

8. suka tido semasa waktu belajar dari skola menengah lagi
(2024: dulu masa baru posting aku biasa tertidur time meeting.skrg alhamdulillah aku dah tak mudah tertido dh. cuma rasa bdn cepat penat lps PJ. penuaan mungkin. )
selalu mengingati kawan kawan yang seringkali bersama sewaktu sekolah dahulu. 

9. tidak mudah dipengaruhi 
(2024: alhamdulillah aku rasa aku membesar menjadi strong woman. sampai skrg MLM pun tak berjaya mempengaruhi aku hahaha. aku jgk tak takut utk berdiri Di atas kaki sendiri. aku rasa aku independent woman tak suka mengharap terlalu tinggi kpd seorang lelaki.

10. suka berfikir sorang sorang
2024: ya perangai ni aku masih ada. hahaha. aku suka bermonolog dgn diri sendiri

OKLAH cukup 10 je dulu soalan tagged 14 thn lepas aku jawab balik, 15 soalan lagi nanti-nanti aku sambung. 

Sekian Adiosss. wslm

No comments: