Monday, October 14, 2024

Genap 10 tahun bergelar Guru

 Assalamu'alaikum wbt

Tahun 2024 ni sebenanya dah genap 10 tahun aku bergelar guru tau
Sejak posting 2014 aku tak pernah pun update blog aku.

Selepas menjadi guru selama 10 tahun ni

Banyak ups and down semangat aku sebagai guru.

Masa posting 2014 aku kejutan budaya. Nangis tiap kali balik rumah sewa bujang kahkah

Sebab sekolah aku all boys school, dekat bandar pulak tu. Tapi rakan sekerja alhamdulillah semua baik-baikkk. Aku memang sayang giler akak2 ni, aku bdk baru posting dilayan macam adik bongsu hihi. 

Aku hampir 6 tahun dekat sekolah tu, lepas tu aku ambik Cuti Tanpa Gaji Sebab nak fokus anak aku selalu sawan demam . lepastu lapor diri semua dkt JPN, aku dpt la sekolah dkt dgn rmh. sekolah ni majoriti Melayu Dan campoq laki perempuan. So aku lega sikit Sebab all boys school hang rasa nak mengamuk setiap masa Dan rotan selalu wajib libas Sebab depa kan.....nakaiiiiii yang aku rasa boleh jadi hulk la aku setiap masa.hahhahhahahha

Sekolah skrg ni pun aku hampir 4 tahun sini, alhamdulillah Allah bg rezeki lagi kawan2 sekerja semua baik-baik. Aku macam nak stay lama dekat sini.

Tapi lepas birthday aku baru-baru ni, aku tiberrr kan macam rasa nak sambung belajar bidang perkembangan kanak-kanak la. Tak tau pasepa tibaa ja ada keinginan tu. Asalnya dulu macam nak sambung Sejarah jugak, tp aku test dulu join Kursus Asas Sejarah under USM online dgn Dr Azmi Arifin. kelas yang  ketiga aku dah cakap dekat diri sendiri , aku tak boleh nak bawa dah topik2 berat ni. berat gilerrr weh topik dia, Dan aku mcm jadi terlalu Banyak info tentang Sejarah yang sebenar yg tak sama dalam buku sejarah, aku jadi otak dah jam habits nak hadam semua tu hhahhahhaa. patutlah aku tengok geng2 laki ja yg ramai maintain join kelas sampai habis 3 bulan. aku memang give up, white flag aku kasii.

So aku rasa psikologi pendidikan atau perkembangan kanak-kanak yg sesuai dengan aku sebab aku sangat suka bila kena ganti kelas prasekolah. syokk & enjoy ajar bdk kecik, mungkin inner child aku tiber keluaq sekali kot hahaha.


OK tu je nak cerita.wassalam


No comments: