Saturday, October 12, 2024

Selepas 11 tahun, Im Back!

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamu'alaikum. 

Okeh aku sangat teruja. Selepas hampir 11 tahun, aku boleh log in semula emel hotmail aku 
dan boleh masuk balik blog lama aku nii

Rinduuu weyhhhh!
Last post masa umur 23 tahun
Sekarang? Aku dah 34 tahun! wahahahahaha

Sebelum tu, aku nak korang semua tolong ye. Tolong tutup mata buat-buat tak nampak post-post aku tulis yang sebelum ni.masa umur aku 23 tahun dan ke bawah. Ni aku baca balik aku rasa nak tampaq diri sendiri disebabkan terlalu maluuuu😂😂

Maafkan daku semua. Sebenarnya aku waktu tu berada di fasa nak berubah tapi macam terlalu skema pulak jadiknya, fake pulak rasa. kahkah

Tapi di usia tua 34 tahun ni, alhamdulillah aku rasa, I already get my own self back gitew. Just be myself pada masa sama, agama pun jangan lupa noh.Kita santaii tapi bab agama jangan ambik mudah.

Banyakk nak catch up cite kat korang selama 11 tahun aku menghilang, sebenaqnya nak ucap tenkiuu dulu dkt Microsoft sebab aku berjaya dptkan semula emel aku yg dah tak aktif dr 2014. Lepas dapat emel ni balik la aku boleh log in semula blog ni. 

Aku overwhelming sangat ni taktau nak cerita mana satu, otak aku dah keluaq macam2 dah mende nak cerita. Tapi sabaq-sabaq, tak kan lari gunung dikejar. 

Ok secara ringkasnya aku dah 34 tahun pd 6 Oktober lalu, 
dah kawin pada Mac 2015, ada sepasang anak ,
dan aku dah hampir 10 tahun kerja cikguu. 
aku cikgu yang penyayang, sayangkan murid seperti anak sendiri dan sedia meminjamkan telinga, wang dan tenaga untuk murid-murid tercintahhh. walaupun aku dh 34 tahun, tapi murid aku semua ingat aku masih 20 tahun dan tak kawin lagi. yg igt student UITM pn hado.nohh angkat bakul sendiri pulak.😂maaf izinkan aku syok sikit dgn kata-kata innocent anak murid aku.haha


aku decide nak tulis blog semula sebab aku rasa aku dah makin melampau selalu buat esei 100 perkataan dekat status post FB aku. nampak sangat kemaruk nak berblog lagi. so aku decide nak tulis blog semula walaupun aku tak rasa sapa2 baca blog aku ni orang yg aku kenai. 

tapi lantaklah sebab aku nak jadikan blog ni tempat aku bercakap dekat diri sendiri dan utk aku healing healing regulate emosi aku. hihi. so syok sendiri je la hahahah.

Okeh okeh aku ada banyak nak cerita dekat hampa. Tak sabaqqq ni. Walaupun mcm org gila cakap & cerita sorang-sorang hahaha. tapi aku nak jugak ceritaaa. Baiklah nanti kita cerita one by one naaa

Ok itu sajaa. Adioss Amigoss.Assalamu'alaikum

No comments: