Assalamu'alaikum wbt
Harini aku terpanggil untuk menceritakan tentang berkaitan tradisi Melayu
Aku walaupun ada orang cakap nampak muka macam budak bandaq, muka anak orang kaya, etc2,tapi aku sebenaqnya bukan orang bandaq bukan anak orang kaya.hahaha. tapi nak buat macam mana ye dak dah memang lahir muka macam orang bandaq.
aku asal pekan ja. bukan bandar metropolitan. entah la muka aku boleh pulak masuk kategori bandar. namun walaupun aku nampak macam bukan asal daripada kampung, aku sangatlah percaya pada tradisi Melayu. dan aku sangat appreciate apa-apa berkaitan warisan Melayu. seni bina rumah Melayu, ukiran kayu, kraf tangan, batik , adat etc2. rasanya dalam family aku, aku sorang ja yang macam percaya pasal adat berpantang ka, jamu ka, ulam ulaman ka, urutan tradisional ka.
orang Melayu ni bagi aku kan , nenek moyang kita ni sangatlah kreatif, bijak dan rajin. hang tengoklah rumah tradisional Melayu. penuh seni, reka bentuk seni bina pun effect pengaliran udara, keselamatan etc2 rumah yang dibina. kapal pun pandai buat, ish aku taktau la nak habaq.kuih muih pun pelbagai la depa cipta. renyah pulak tu nak buat.rajin betui.
tapi aku sebagai wanita, aku nak highlight beberapa ilmu yang aku rasa patut kita generasi baru ni hargai dan turunkan pada generasi akan datang. iaitu urutan tradisional, jamu, dan ulam ulaman.
Urutan tradisional
Aku start konsisten urut sebulan sekali since 2025. ada beza ka?aku rasa ada beza sebab kurang lemau dan sakit sakit badan. aku pernah try Jun haritu urut dekat spa thailand nama Thai Odyssey. saja nak merasa pengalaman Thai massage pulak. best jugak sedap dia urut, berbeza dengan urutan melayu. tapi aku prefer melayu lagik.satu lagik aku tak tobat takmau pi sebab masa urut tu. bilik sebelah suara lelaki cina mai urut. Allahuakbar gerun aku, sebab aku tak terpikiaq la pulak tempat urut macam ni laki pun boleh masuk. tapi Thai Odyssey ni mcm well known jgk standard dia, so aku tak risau la kot jadi tempat urut pelik2 aneh ke kan.haha. cuma aku terlupa la laki pun bebas masuk jugak. so tu 1st and last la pi Thai Odyssey. aku akan berbalik pada tukang urut Melayu di spa melayu..takut gilakkk pikiaq balik
satu lagi aku baru cari ilmu sikit pasal sistem limfatik badan, haa ni pun kena urut jugak sebenaqnya bagi sistem limfatik ni lancar. dkt internet banyak sharing2 info ni, ni aku dah mula buat sendiri dekat rmh mana hat mudah. dan aku rasa masa urutan apa-apa pun, ada effect jgk dkt sistem limfatik badan kita.
Jamu
Jamu ni yang aku baru tahu, ada beberapa bahan jugak kena elak ambik selalu, contoh manjakani,kacip fatimah, orang yang aku p urut tu yang habaq, so elaklah jamu yang ada bahan ni. bagi aku, minum jamu ni buatkan aku lebih bertenaga dr pagi, pi sekolah sampai la balik sekolah. tak rasa macam penat sangat. tapi penat la jugak cuma dia rasa kepenatan tu tak la overrr sangat. Bahan pulak dari alami macam halia, kunyit, cekur, lada hitam, etc2, so tak risau sangat pun nak minum.
Kena pandai pilih.aku pernah minum jiran aku juai, tak sodappp. rasa kunyit ja. aku beli dkt spa aku rajin pi , dia punya sedapp jamu dia. campoq mcm2 ada madu jgk tu rs sodap sikit. dan aku percaya kunyit adalah anti radang paling mudah didapat di mana-mana.
Ulam-ulaman
Aku belajaq makan ulam ni masa dekat Ganu dulu. paling suka ulam raja, daun terey (pucuk gajus), pegaga, tenggek burung, bendi dicelur, etc2 . aku makan ja kot rasanya semua. sekarang aku start tanam balik ulam ulaman walaupun dalam pasu, ada la stock pegaga dan ulam raja. plan nk beli gajus tu sebab sedap ya amat pucuk dia. lemak2 gitu. cicah budu pulak kan, memang surrrrr.
_______________________________________
Aku highlight wanita ja la sebab aku wanita hahah. tapi banyak lagi tentang amalan dan budaya orang Melayu, yang masih relevan kita amalkan sampai sekarang.
sekian .
No comments:
Post a Comment