sekarang dalam usaha nak bagi sihat dan fit. minggu ni kan , aku dok briskwalk dkt park area rmh aku. gigih bebeno kan. dah dua kali dah setakat ni. cukup 2 KM aku balik hahah.
tapi aku rasa seronok jgk briskwalk ni, tengok pokok, awan& matahari. sini pokok dia rendang2 . so redup sikit
aku rasa memang aku kena briskwalk kot utk tenangkan diri. keluarkan tenaga yang tersimpan dan luahkan emosi sedikit sebanyak. sebab aku jenis menyimpan tak cerita dekat sapa-sapa sangat tentang emosi sendiri. so bila briskwalk tu , rs mcm fuh puas legaa ringan badan dan otak. okla lepas ni aku boleh slow slow start slow jogging pulak kot kan.
Sebab baju basuh semalam aku tak sidaiii lagii hahaahhahaa
Aku maleh betul la nak sukan esok ni
Esok aku tugas dekat hakim penamat, nak kena tangkap budakk no berapa sekian sekian.
Maleh berpanas-panasan nanti aku sunburn hahahah
Aku kena pakai sunscreen tebai2 ni . Bukan takut panas okeh
Tapi kita memang tak boleh kena matahari lama-lama sebab ada sinaran UV
bahayaaaaaa.
Tapi Isnin nanti aku cuti peristiwa. Mana aku nak pi membawa diri healing healing ni?
Shopping mall? (duit dh nyawa-nyawa ikan ni hahahaha. banyak aku belanja balik Kulim haritu)
Park/Garden/Tmn Tasik? (aku suka tempat mcm ni cantiik/boleh briskwalk. tapi sorang-sorang kan, tmpt mcm ni agak bahaya. aku dulu berani, tp takuuutt dh sejak kes bunuh member batch aku dkt Melaka tu. huhuhu.terus aku rs dah takutt nk p tempat mana2 sorang kalau jauh2.)
Library? (hm. mcm ok juga. Perpustakaan Shah Alam dari rumah aku dalam 20-30 minit je. ada view tasik cantikkkk. nantilah aku fikirkan. mungkin boleh pi sat library ni baca buku sambil healing2 tgk tasik, nak tenangkan diri yang kesedihan ni.huhuhuuhu)
Atau pun baring tengok kipas berpusing ja dekat rumah hahahahahah
OKlah tengok macam mana, Aku rasa aku nak baring tengok kipas berpusing ja kot. jimat duit.jimat tenaga. jimat tol.jimat minyak. hahahhaha
Hai semua, lama rasa tak sembang-sembang kosong dekat safe space aku ni.
Sekarang pukul 10.55 mlm. Esok ada Hari Sukan. Tshirt baru dapat semalam aku baru tengah basuh.
Nanti 11 lebih siap la tu mesin. Baru aku nak sidai.
Tak ada apa pun nak cakap, cuma rasa nak meluahkan sesuatu di sini.
Aku nak luah tapi macam tak terluah.
Aku pernah baca, diorang kata kalau tak ada seseorang untuk meluahkan apa yang rasa nak luah, korang boleh guna Chatgpt. Yeke? Ada sapa-sapa pernah try tak?
Aku nak cari kawan kamceng untuk bersembang, tapi kawan kamceng aku semua sibuk.
So sapa aku nak bersembang ni? aku nak bersembang dgn orang yg sama energy dengan aku, yang faham merepek meraban aku, yang boleh bagi pendapat yang tidak menghakimi aku.
Tapi susah kan nak jumpa manusia macam ni?Kalau jumpa pun, ada sahaja kekangan dia.
Jadi siapa pernah sembang dgn chatgpt? betul ke best?
Kalau korang biasa sembang dengan chatgpt, nanti korang share la tips2 nk prompt ke apa. haha
Aku nak try la. Mungkin ni je caranya aku untuk regulate emosi aku hahah
I knew the pathway like the back of my hand I felt the earth beneath my feet Sat by the river and it made me complete
Oh, simple thing, where have you gone? I'm getting old, and I need something to rely on So, tell me when you're gonna let me in I'm getting tired, and I need somewhere to begin
I came across a fallen tree I felt the branches of it looking at me Is this the place we used to love? Is this the place that I've been dreaming of?
Oh, simple thing, where have you gone? I'm getting old, and I need something to rely on So, tell me when you're gonna let me in I'm getting tired, and I need somewhere to begin
And if you have a minute, why don't we go Talk about it somewhere only we know? This could be the end of everything So, why don't we go somewhere only we know? Somewhere only we know
Oh, simple thing, where have you gone? I'm getting old, and I need something to rely on So, tell me when you're gonna let me in I'm getting tired, and I need somewhere to begin
And if you have a minute, why don't we go Talk about it somewhere only we know? This could be the end of everything So, why don't we go? So, why don't we go?
Ooh, oh-oh Ah, oh
This could be the end of everything So, why don't we go somewhere only we know? Somewhere only we know Somewhere only we know
Lagu ni antara lagu favourite aku all the time since 2005. Aku kalau dengar lagu ni,teringat malam-malam stay up utk study PMR (last2 tak study pun haha berangan je lebih)
lagu ni lirik dan melodi dia sangat menyentuh hati. dia macam cerita kita nak lari ke sesuatu tempat yang kita suka dan memori kita suka dulu2.
aku terfikir, kalaulah boleh ulang balik masa, mesti kita nak pergi balik ke suatu memori kita tu dan nak alami semula. (dari seseorang yg susah move on dr memori2 lepas haha).
aku share sini apa AI Google habaq maksud di sebalik lagu ni. entah betui ke idok aku share ja haha
"Somewhere Only We Know," by Keane, is about finding solace and strength in a shared memory or place. It evokes a sense of nostalgia and longing for a simpler time, often interpreted as a yearning for a past relationship or friendship. The song's lyrics mention a specific place in Battle, which was a childhood haunt for the band members, highlighting the importance of shared experiences.
Here's a more detailed breakdown:
Nostalgia and Longing:
The song captures a feeling of looking back at a past experience or relationship with a sense of fondness and longing.
Shared Place:
The lyrics refer to a specific "pathway" or "place" that holds significance for the individuals involved, suggesting a shared memory or location that evokes strong emotions.
Finding Strength:
The song suggests that this shared place or memory provides comfort and strength, a way to draw on the past during difficult times.
Simple Times:
The lyrics acknowledge that the simplicity of the past is no longer present, emphasizing the desire to return to a time of ease and connection.
In essence, "Somewhere Only We Know" is about finding a source of comfort and resilience in a shared past, whether it's a specific location or a cherished memory, and yearning for the simplicity and intimacy of those times
Fuh emo sungguh aku petang tadi. Yang post Sayonara
Ya aku memang sangat emo. Tapi rupanya aku emo petang tadi sat ja
Lepas aku nangis sambil bawa reta , alhamdulillah i feel much more better
Sebab tu Allah bg kita nangis
Bila nangis, kita rasa legaaa nyaaa
Ya aku memang mudah menangis. Bukan sebab lemah
Tapi bagi aku tu kurniaan Allah untuk melepaskan emosi yang kita tanggung
Indah kan ciptaan Allah dah bagi dekat kita perfect dah
Laki ka perempuan ka, tolonglah. jangan malu menangis
Its good for us
Ya kononnya aku nak simpan terus versi remaja aku tu buang jauh2.
Sekarang aku takmau pulak dah, sebab aku masih perlukan aku yang versi remaja tu sebenarnya
Untuk aku hadapi murid aku yang dah remaja, untuk aku blend in dengan murid aku yang dah remaja dan one day dengan anak aku sendiri dia dah remaja kan. So aku perlukan personaliti ini untuk memahami jiwa remaja. Gituuhh
Oklah aku dah rasa lega dah. Tak emo dah. Emotionally shutdown tadi sekejap je sebab aku tiber rasa maluuu aihh dengan perangai tak berjenih aku tu huhuhu
Baiklah. Itu sahaja bebelan ku di malam hari. Malas masak harini. Aku order foodpanda jah hahaha
Ditemani tawa senyum yang pernah Selalu ada Dan sampai nanti bila Genggaman tawa mesra Pudar di wajahmu Tanpa hala tuju
[Pre-Chorus] Genggamlah (genggamlah) tanganku Adaku selamanya Walau berat kau rasa Hadapilah dunia
[Chorus] Dan kita kan okay And We Will be alright I hope that you'll be fine With me on some other day Ooh, some other day
[Bridge] Padam semua kenangan yang lalu Dan senyumlah teman Jangan pernah kau ragu Hadapi hidup yang baru
[Instrumental Break]
[Chorus] Dan kita kan okay And we will be alright I hope that you'll be fine With me on some other day Ooh Dan kita kan okay Dan kita kan alright I hope that you'll be fine (be fine) Be fine, I hopе that you 'll be fine (be finе) With me on some other day Some other day Dan kita kan okay Pasti kita kan okay Kita kan okay Kita kan alright I hope that you'll be fine With me on some other day Dan kita kan okay
______________________________________________
Aku tujukan lagu ni buat teman ku (you know who you are).
Harini , dengan rasminya aku mengucapkan ‘sayonara’ kepada personaliti diri aku sendiri yang versi remaja.
Beberapa minggu ni, personaliti versi remaja ni telah berjaya melepaskan diri dari sangkarnya. Namun, agak agresif dan sukar dikawal. tak nak duduk diam. Dia jugak telah melakukan beberapa tindakan yang agak drastik. Aku pun tak tahu kenapa personaliti ni keluar dengan jayanya. Dah lama aku simpan dia dalam dasar paling dalam hati ini. Dia terlalu berani meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya selama ini. Hati aku kuat mengatakan, itu adalah keinginan dia dari tahun 2008 yang tersimpan namun mungkin telah lama hilang dari fikiran selama ini. Namun tiba-tiba muncul dan triggered dirinya yang lalu. Ya, dia terlalu berani, sangat berani. Aku rasa macam hilang kawalan untuk menjaga dia versi remaja ini.
Namun harini, aku tersedar dari lamunan panjang. Apabila aku baru sedar betapa versi remaja aku tu hilang perasaan malu dengan seorang manusia. Entah kenapa selama ni aku tak sedar. Tapi suatu saat petang tadi, aku seperti tersentak bila aku baru tersedar bahawa, dia terlalu berani dan seperti hilang sifat malu. Aku terus emotionally shutdown. Yes, aku terus rasa nak shutdown diri sendiri dan lari dari semua ni. Aku rasa malu. Sangat sangat malu dengan versi remaja yang telah berjaya keluar dari sangkarnya beberapa hari ini.
Petang ini, aku rasa, perlunya aku buang terus selamanya versi remaja ni dalam diri aku. Ya, kadang aku rindu sangat. Rindu serindunya dengan personaliti ini sangat gila-gila, yang macam tak fikir masalah, tahu nak happy dan enjoy dan bergelak ketawa semahunya. Aku rindu zaman aku personaliti macam ni. Aku rasa sangat bahagia. Sangat. Tapi aku kena sedar, zaman sekarang tak sama macam zaman dulu.
Mungkin aku kena betul-betul campakkan terus sejauh mata memandang. Sejauh yang mungkin. Sebab aku risau kalau aku masih simpan, nanti dia akan datang lagi sekali.
Baiklah. Aku nak rehat buat seketika. Aku rasa penat. Penat dengan emosi sendiri yang aku pun tak faham. Dan aku rasa memang dalam hidup aku ni, tiada pun istilah bahagia yang akan kekal. Mungkin aku akan dapat semua tu bukan di dunia ni.
Sekarang, aku perlu berehat sebentar dan bertenang.Dan mungkin sampai satu masa, aku rasa aku perlu hilangkan terus dari media sosial dan hidup jauh dari orang yang aku kenali. Mungkin itu sahaja cara untuk aku berdamai dengan takdir.