Assalamu’alaikum wbt
Harini , dengan rasminya aku mengucapkan ‘sayonara’ kepada personaliti diri aku sendiri yang versi remaja.
Beberapa minggu ni, personaliti versi remaja ni telah berjaya melepaskan diri dari sangkarnya. Namun, agak agresif dan sukar dikawal. tak nak duduk diam. Dia jugak telah melakukan beberapa tindakan yang agak drastik. Aku pun tak tahu kenapa personaliti ni keluar dengan jayanya. Dah lama aku simpan dia dalam dasar paling dalam hati ini. Dia terlalu berani meluahkan apa yang terbuku dalam hatinya selama ini. Hati aku kuat mengatakan, itu adalah keinginan dia dari tahun 2008 yang tersimpan namun mungkin telah lama hilang dari fikiran selama ini. Namun tiba-tiba muncul dan triggered dirinya yang lalu. Ya, dia terlalu berani, sangat berani. Aku rasa macam hilang kawalan untuk menjaga dia versi remaja ini.
Namun harini, aku tersedar dari lamunan panjang. Apabila aku baru sedar betapa versi remaja aku tu hilang perasaan malu dengan seorang manusia. Entah kenapa selama ni aku tak sedar. Tapi suatu saat petang tadi, aku seperti tersentak bila aku baru tersedar bahawa, dia terlalu berani dan seperti hilang sifat malu. Aku terus emotionally shutdown. Yes, aku terus rasa nak shutdown diri sendiri dan lari dari semua ni. Aku rasa malu. Sangat sangat malu dengan versi remaja yang telah berjaya keluar dari sangkarnya beberapa hari ini.
Petang ini, aku rasa, perlunya aku buang terus selamanya versi remaja ni dalam diri aku. Ya, kadang aku rindu sangat. Rindu serindunya dengan personaliti ini sangat gila-gila, yang macam tak fikir masalah, tahu nak happy dan enjoy dan bergelak ketawa semahunya. Aku rindu zaman aku personaliti macam ni. Aku rasa sangat bahagia. Sangat. Tapi aku kena sedar, zaman sekarang tak sama macam zaman dulu.
Mungkin aku kena betul-betul campakkan terus sejauh mata memandang. Sejauh yang mungkin. Sebab aku risau kalau aku masih simpan, nanti dia akan datang lagi sekali.
Baiklah. Aku nak rehat buat seketika. Aku rasa penat. Penat dengan emosi sendiri yang aku pun tak faham. Dan aku rasa memang dalam hidup aku ni, tiada pun istilah bahagia yang akan kekal. Mungkin aku akan dapat semua tu bukan di dunia ni.
Sekarang, aku perlu berehat sebentar dan bertenang.Dan mungkin sampai satu masa, aku rasa aku perlu hilangkan terus dari media sosial dan hidup jauh dari orang yang aku kenali. Mungkin itu sahaja cara untuk aku berdamai dengan takdir.
Sayonara, (11.6.2025)
No comments:
Post a Comment