Monday, June 9, 2025

Cuti Sekolah

 Assalamu'alaikum wbt

Alhamdulillah aku baru ja sampai rumah pagi tadi dr kampung (tak kampung sangat la,dari pekan la kot)

Cuti kali ni 1st time aku buat reja gila sikit. Sebabnya aku teringin nak balik hometown aku, tapi laki aku bz ya amaatt dia reja, aku pun takmau la susahkan dia

So aku decide nak drive sendiri ditemani sepupu Dan anak-anak. Syukur selamat sampai Dan pergi.

Tentatif aku di sana sangat lah padat. Bukan acah-acah femes banyak jemputan, tapi aku yang menyusahkan diri Dan menyibukkan diri untuk berjumpa dengan kawan dan family. haha

Rabu- sampai ja kampung aku lunch rumah makcik aku sambil tengok burung peliharaan dia yang cute. balik je rmh mak aku aku rehat ja sampai malam

Khamis- pagi aku sarapan rmh member aku lama gila tak jumpak. ni member geng bas sekolah kami kelas lain tp sbb aku ramah, aku slalu tegoq dia dkt FB hahah, so dia ajak mai rmh.dpt la kami bersembang bergosip sat ja dalam 1 jam lebih. sbb lpstu aku rushing pulak nk p tgk Ejen Ali dgn anak menakan aku

tgh Hari pi wayang pulak tengok Ejen Ali. lepastu settle tgk, pi rmh kak aku lunch sana bungkus makanan. dok rmh kak aku sampai malam la pulakk.

Jumaat - aku menjadi pengasuh di rumah kak aku pg-mlm hahah. nak bg anak aku main dgn sepupu dia. kita pun jd la pengasuh sat basuh pinggan, kms rmh,masakkan utk depa. aku posa tp masak simple je la. tu pun aku terr terr minum ayaq lebihan Dr ayaq aku boh dalam lauk. tak sengaja ok so tak batal la posa ku syukurrr

Sabtu- raya haji. 7.30 pg aku ikut mak aku balik kg dia dkt Bandaq Baru. mak aku p solat aku bawa anak aku dok kg.sbb anak aku laki sorg tu takdak org teman kalau join solat. settle je solat mak aku balik, kami pi rmh jiran kampung mak aku, area kg jgk, best gila rmh dia vibes kampung betuiii. lpstu km p area part buntaq ataih sikit, pi ziarah sedara mara , 1 buah rumah ja .makan laksa. lepastu kami pun balik . rehat dkt rmh mak aku.lps maghrib pi rmh menakan satu lg .dia jamu duriaannn weyhhh banyak gile dh la sedapsss. durian tu semua hasil kebun arwah paknjang aku.sedih sayu pulak bila makan.pasepa aku sedih dan sayu?

sebab arwah paknjang aku baru ja meninggal thn lps. dia pak sedara tp nenek 1st.aku cucu nenek 2nd, so paknjang aku ni umoq dia kan 82 tahun kalau tak silap aku. dah tua. tp kirana memang pangkat pak menakan. arwah sangat memainkan peranan dalam proses aku membesar dari kanak-kanak. banyak memori dgn arwah. tp aku fokus durian ja la, arwah tiap kali musim durian msti mai bg durian dkt kami atau ajak kami p rmh dia makan duria. dia tahu aku ni hantu durian. dia layan aku mcm anak sndiri Dr kecik huhu.yg aku igt aku Ms sekolah rendah pernah melantak berpuluh ulas durian, dan akhirnya aku demam Ms dekat rmh hahahaha.

arwah br meninggal thn lepas. aku sanggup balik dgn adik aku ptg tu sebab kami semua rapat dgn dia, masa dorg mandikan jenazah Dan nak tanam jenazah, aku antara hat nangihh tak berhenti.mestilahhh aku nangis,banyak memori Dan kenangan dgn arwah,aku syg Sgt arwahhh.huhuhu.

Ahad- jumpa kawan lagi hahha. lepas settle jumpa kawan aku pun start kemas2 barang utk balik k tempat mencari rezeki keesokannya

Isnin-gerak balik rumah ku


begitulah sedikit sebanyak aktiviti cuti sekolah aku. ok  bye

No comments: