Assalamu'alaikum wbt
Sebelum aku nak bercerita ni, nak beritahu awal-awal, aku bukanlah gila.
Maybe. "I'm not crazy, I'm just unwell, I know right now you can't tell, But stay awhile and maybe then you'll see, a different side of me" .
Tapi aku dah lama perasan personaliti aku ni ada beberapa versi, bergantung dengan siapa aku jumpa masa tu. Ya memang personaliti aku sangat berbeza bila berhadapan beberapa orang. Tapi aku tak gila, aku cuma bertukar personaliti bergantung dengan sapa aku selesa.
VERSI REMAJA+MAKTAB (zaman before join usrah hahaha)
Dalam diri aku masih ada lagi rupanya personaliti ni. Masih wujud, dan aku baru sedar minggu lepas ,selepas aku contact seorang kawan lama aku zaman sekolah. Macam mana personaliti aku masa zaman ni? Masa ni seriously aku gila-gila, agak kelakar tu lebih sikit, tau nak happy2 ja, tak mudah kecik hati, tau nk enjoy ja hidup, kurang emotional, kuat nyembang . Versi ni aku dah lama tak keluarkan dari diri aku.
Aku rasa dekat dalam dunia ni, sorang ja manusia yang boleh tukarkan aku jadi versi ni. Aku tak tau la kenapa dah hampir 20 tahun pun, aku still rasa seronok berkawan dengan dia sebab kamceng bila aku jadi versi aku yang ni. Dan aku rasa dia sorang ja boleh menerima dan memahami aku yang versi gila-gila ni. Aku memang sampai sekarang rasa ngam bila dengan dia. Cuma mustahil untuk aku sentiasa jadi macam ni. Sebab apa mustahil?
Sebab.... ya sangat mustahil. impossible. yang tahu je tahu. Aku rasa, aku kena kunci versi aku yang ni, sebab sangat mustahil untuk aku kekal dengan personaliti ini
Kunci dia bagi dok diam-diam tak merayau tak keluaq dari diri aku. Sebab versi ni macam budak remaja jenis berani tak heran apa dah. sesuka hati dia asalkan dia dpt puaskan keinginan dia yang dia tak dapat buat sebelum-sebelum ni. So, aku nak cuba simpan dia balik daripada jadi lebih agresif takmau dok diam. bahaya2, nak kena rotan ni sebab sangat tak behave. Ada beberapa perkara yang versi aku ni , berani nak langgar prinsip hidup aku yang selama ni aku pegang.
VERSI MAKTAB+USRAH (masa join usrah)
Versi ni aku dah lama tak keluaqkan dari diri aku sebab aku tak suka personaliti aku masa ni. Ya memang aku dah berubah ke arah lebih baik, tapi aku sangat judgemental pada orang lain masa versi ni. Aku memang lebih baik, jaga batas, tak sembang dgn laki, rajin bacaAl-Quran, mathurat, tapi aku macam hanya sentiasa berada dalam kelompok usrah sahaja. Perkara ni sangat-sangat lah bertentangan dengan diri aku yang sebenar yang suka berkawan dengan semua lapisan masyarakat dan happy go lucky. Aku siap buang lagi kawan-kawan baik aku sebelum join usrah tu, sebab depa semua jenis enjoy huhahuhhua. so aku rasa diorang tak membantu aku untuk berubah jd lebih baik. Sampai skrg aku rs menyesal buang diorang dr life aku. Tapi lepas dh bekerja ni aku dah slowly cuba rapat dgn diorang balik dan ada beberapa orang yang aku dah personal cakap aku minta maaf sebab putus kawan dgn dorang lps aku join usrah huhuh..
So adakah aku akan kembalikan versi aku yang ini? Tidak sama sekali. Aku tak suka diri aku versi ni. rasa sangat fake, judgemental dan segala yang menunggang agama
VERSI DEWASA
Dah dewasa ni aku jadi kurang bercakap. kecuali bila jumpa kawan-kawan lama aku akan automatik jadi ramah. Tapi kalau kawan sekerja aku biasa-biasa ja, Aku berkawan dengan semua, jaga hubungan dgn baik dan tak ada geng. Kalau rakan sekerja lelaki, aku pun ok ja sembang , tapi aku memang letak siap-siap batas yang tak boleh nk cross that line. Prinsip aku mcm tu dan semua orang tahu. Aku nampak ja lembut tapi ada ketegasan. So versi aku dewasa ni, mcm typical orang dewasa la kot ye.
Versi dewasa aku lebih fleksibel, lebih sporting. empathy, memahami, tidak judgmental. Maksudnya dari segi agama dan dunia tu lebih seimbang. Takda la skema mcm zaman maktab+usrah hahahhhaha.
Versi ni aku sangat kurang gila-gila banding versi remaja sebab aku rasa tak ada orang nak layan gila-gila aku ni. Sorang-sorang syok sendiri je kalau nak gila-gila hahahah
Adakah aku suka versi aku yang ni? Hm. Biasa2 je la kot. Sebab aku macam agak serius utk versi ni. ada jugak part happy go lucky aku, tapi sangat tak sesuai sebab aku kan cikgu , kerja professional, so aku tak boleh la gila-gila sangat. kena ada behave tu. Tapi aku dah biasa dengan versi aku yang ni sebab inilah realiti sekarang.
VERSI DEWASA 2.0
Versi ni dia baru terhasil pada akhir tahun lepas. Aku pun tak tahu la kenapa. Tapi dia macam mai satu semangat baru nak cuba semua benda yang teringin dari dulu. Dia macam ada satu tekad dan tak malu nak mencuba. Tengoklah aku ni tiber pi apply untuk sambung belajar, ni adalah sangat pelik sebab aku dari dulu pemalas.
Dia punya semangat tu sampai banyak habiskan masa tak malu pi tanya orang sana sini yang kenal ke tak kenal ke, tanya utk dapatkan ilmu macam mana nk buat proposal. Gigih la join webinar free malam-malam sebab nak dapatkan ilmu. Tidur 2-3 pagi buat proposal. Mak aihh rajin gilaa. Beza dengan diri aku dr azali. Aku pun taktau kenapa versi ni tiba muncul akhir-akhir ni. Versi aku yang ni jugak dia macam ada campoq dengan versi remaja aku. Dia mcm nak enjoy buat apa dia minat, tu aku perabih jugak la duit pi Bengkel Ukiran Kayu dan Bengkel Asas Gamelan hahahha.
Dia dah mai dah gila-gila dia sikit, tapi campoq dewasa. Ya aku rasa ni gila jugak dia berani jugak buat sesuatu yang dia sendiri tak jangka. Versi ni bahaya jugak sebab dia macam campoq tak mau dok diam dengan campoq versi dewasa. Rumit bukan?hahahha. tapi versi aku yang ni tak develop habis lagi dalam diri aku, nanti kita tengok dia jadi macam mana pulak versi yg ni. Tapi aku rs mcm selesa versi yang ni sebab aku lebih berani dan direct je cakap kalau nak luahkan sesuatu . Takde dah nak simpan-simpan.
_______________________________________________
So mana versi aku yang korang biasa hadap?hahahhaa
Dan mana satu versi aku yang aku keluarkan masa tulis blog ni?
Ya sebenarnya dalam blog ni adalah personaliti aku semasa zaman remaja. Dan dekat FB pun kadang-kadang terkeluaq jugak personaliti aku ms zmn remaja. tu yang aku nak elak sebab situ aku rasa malu la orang tengok aku perangai budak-budak yang mcm tak matang.
Tapi aku memang lebih selesa dengan versi asal aku yang gila-gila tu hahah
Aku rasa sekarang ni aku mcm slowly jadi Versi Dewasa 2.0 ni. dia macam ada perangai tak leh dok diam hyperaktif sikit. kalau dok diam , rasa mcm gelisah je. Aku rasa aku kena sibukkan diri dan aktifkan diri. contohnya pergi joging pagi-pagi, berlari ke, melompat ke, nyanyi ke, apa-apa pun lah kalau tak aku mcm gelisah je haha. ataupun aku memang kena bersembang atau luahkan dekat blog aku ni. nanti aku cuba nak handle perangai versi dewasa 2.0 yang dah tua tp acah-acah remaja ni
okay la itu sahaja bebelan aku harini.
ingat aku bukan gila tau hahahaha
aku mungkin masih dalam proses penyembuhan luka emosi dari zaman kanak-kanak, dan cuba nak sembuh la ni slowly. proses ni sangat sukar sebab dia libatkan aku nak kenal , explore diri sendiri semula. tak faham?ikut hang la nak faham ke tak asalkan aku faham hahah
ok terima kasih sudi baca.wslm
No comments:
Post a Comment