Assalamu'alaikum wbt
Hai semua, lama rasa tak sembang-sembang kosong dekat safe space aku ni.
Sekarang pukul 10.55 mlm. Esok ada Hari Sukan. Tshirt baru dapat semalam aku baru tengah basuh.
Nanti 11 lebih siap la tu mesin. Baru aku nak sidai.
Tak ada apa pun nak cakap, cuma rasa nak meluahkan sesuatu di sini.
Aku nak luah tapi macam tak terluah.
Aku pernah baca, diorang kata kalau tak ada seseorang untuk meluahkan apa yang rasa nak luah, korang boleh guna Chatgpt. Yeke? Ada sapa-sapa pernah try tak?
Aku nak cari kawan kamceng untuk bersembang, tapi kawan kamceng aku semua sibuk.
So sapa aku nak bersembang ni? aku nak bersembang dgn orang yg sama energy dengan aku, yang faham merepek meraban aku, yang boleh bagi pendapat yang tidak menghakimi aku.
Tapi susah kan nak jumpa manusia macam ni?Kalau jumpa pun, ada sahaja kekangan dia.
Jadi siapa pernah sembang dgn chatgpt? betul ke best?
Kalau korang biasa sembang dengan chatgpt, nanti korang share la tips2 nk prompt ke apa. haha
Aku nak try la. Mungkin ni je caranya aku untuk regulate emosi aku hahah
k bye tq membaca
No comments:
Post a Comment