Thursday, October 17, 2024

Andai Dapat Memutar Kembali Waktu Itu...

 Assalamu'alaikum wbt



Pernah tak korang terfikir, andai boleh pergi semula ke waktu yg lalu, dan ubah sesuatu?Kita bukan tak percaya takdir atau salahkan takdir, kita org Islam, sentiasa terima dgn ketentuan ilahi.

Tapi sometimes ada juga terfikir, kalau lah aku matang dalam membuat keputusan yang melibatkan kehidupan jangka masa panjang, aku nak ubah satu keputusan penting yg aku buat pada tahun 2013...keputusan apakah itu biarlah rahsia hahahhaa.

Aku dulu kalau nak buat sesuatu keputusan, aku tak pernah letakkan diri aku yg utama. Aku akan letakkan ayah aku sebab aku takut giler dkt ayah aku, aku selalu terfikir,"kalau aku pilih ni, ayah aku suka tak?ayah aku ok ke tak?kalau tak okay lps pilih mcm mana?kesian dkt org yg aku pilih nk kena hadap ayah aku."

dulu-dulu seriously aku sangat takut nk buat apa-apa keputusan sebab asyik kena marah.kang salah, kena marah,betul pun kena marah. sedih kan life aku.

jadi ada satu keputusan penting dlm hidup aku pada tahun 2013 yg aku buat sebab terlalu takut dan fikirkan pasal ayah aku.hahahhaha. jadi bila fikir semula 'alahai bodohnya aku,kalau aku boleh buat keputusan berdasarkan hati,pemikiran dan perasaan aku sendiri kan bagus. hahhah.

Dan aku nak putar balik ke waktu thn 2010, di mana ku start join usrah dan buang kawan-kawan baik aku. Huhuhuhu. Aku rs sgt menyesal, kalau dpt ulang balik saat tu,aku nak spend masa dgn kawan2 aku puas2 dan enjoy to the fullest life zaman blajar aku. Sebab lepas aku aktif dgn usrah, gi sana sini weekend, byk aku dihabiskan ms dgn usrah huhu. Tp kalau tny balik aku, dalam otak ni plg byk memori dgn kwn2 aku sebelum join usrah je. Lepas join usrah,memori2 tu aku dh byk lupa.

Aku tak salahkan usrah, cuma aku rs sebaiknya aku tak payah la aktif sgt usrah tu sampai dah terikat. Baik aku spend dgn kawan2 aku dan mencipta kenangan2 manis.uwaaaa aku rindu kenangan2 dgn diorang.

Tp alhamdulillah dah kerja sekarang, aku dah tebus balik kesalahan-kesalahan aku . aku rajin keep in touch dgn diorang , jumpa dorang. masa kwn aku sorang ni suami dia meninggal pun aku sanggup habiskan beratus utk naik flight pi ziarah dia berdua dgn kawan . huhu. Semoga persahabatan ni kekal hingga akhir hayat .

Hm dua tu je kot point yg aku rasa aku nk ubah balik kalau lah boleh putar masa semula. Tapi semua tu mmg mustahil kan, 

Satu tu aku dah boleh tebus balik rasa bersalah dgn rajin jumpa & contact diorang sekarang 

Tapi Satu lagi tu aku dah tak boleh ubah dah, aku terima takdir sebaiknya. cuma kadang-kadang tu ada jugak terfikir. almaklumlah kita manusia biasa ada perasaan ye dak. 

Apa-Apa pun begitulah kehidupan kita Di dunia ini, tak semua yang kita nak , kita akan dapat. kita kena yakin bahawa Allah swt jua yg menentukan Dan mungkin ada hikmah Di sebaliknya. 

Hang nak minta lebih-lebih Apa yg dihajati, minta la dkt syurga nanti.semuaa konfem dapat kan? so marilah berusaha utk masuk ke syurga hhuhuh

No comments: