Assalamu'alaikum wbt
Dikala aku membuang masa lapang ku edit post lama sebab nak buang sign yang terpapar nama aku
Aku baru perasan aku ni kerap jugak post pasal kahwin dulu-dulu
Amboiiih gatai noh! kahkahkah
Kalaulah aku tahu kawin tu kena banyak persediaan mental fizikal emosi
Nescaya aku kutip ilmu-ilmu macam-macam dulu before kahwin
Korang tau tak apa yang bagi pendapat aku, kurang ditekankan masa hangpa pi Kursus Kahwin?
Cuba teka! haa cepat cepat cepat tekaa!
Drum roll......jengjengjengjeng
Pasai Perkembangan Otak Kanak-kanak dan Remaja!atau Parenting
Oklah at least pasal kanak-kanak.
Goshhh aku rasa ruggiii sangat masa muda aku tak betul-betul carik info pasal ni
Seriously bagi aku cabaran paling susah sejak kahwin ialah nak didik dan besarkan anak-anak !
Sebab apa? Bukan senang nak besarkan dan didik anak-anak ni weyhh
Hang kena faham perkembangan otak depa dulu. Aku 2018 baru tahu kepentingan bermain masa umoq bawah 6 tahun untuk otak anak berkembang. utk emosi fizikal dan mental depa berkembang.
Hang kan, sebagai parents memang betul-betul kena jaga anak elok-elok lagi-lagi zaman gajet ni yang semuanyaaa di hujung jari, aku takutt amanah berat utk didik anak ni. Sebab aku dibesarkan dengan environment toxic , harsh etc2. aku takmau la buat benda sama dekat anak-anak. sebab effectnya aku dah nampak dekat diri aku sendiri.
So, part susah nk didik anak ni ialah, hang nak didik depa dgn asas foundation agama, tapi pada masa sama takmau terlalu rigid yg anak rasa terkongkong, aku nak bagi depa berfikir kenapa dan kenapa, bukannya buat sesuatu tu secara paksaan. pada masa sama aku pun nk jaga depa dari mudah terikut perkara negatif, pada masa sama umoq kecik ni kita nk tanam asas tauhid depa. iaitu Allah tu tuhan kita, hidup ni sementara, yg kekal syurga. setiap hari bsyukur dkt nikmat Allah bg.etc2.
Ehh banyak lagilah, tapi point utama nak habaq, hang kena faham macam mana otak budak2 ni berkembang dari baby sampai dewasa. which is ni ada kaitan dgn psikologi manusia. hang tak boleh expect depa punya otak faham macam kita yg dewasa ni faham. So disebabkan aku risau aku tak dpt fokus didik helok2, aku pun decide nak ada dua orang anak ja la. cukup la, takut ramai-ramai kang aku terabaikan depa huhuhu.
So yeahhhh. Ingattt, kawin tu bukan nak bercinta dengan laki hang ja. yang paling mencabar bagi aku adalah anak-anak. this part, really hard for me. 😓
sekian.wslm
No comments:
Post a Comment