Assalamu'alaikum wbt
Alhamdulillah setelah sekian lama.
Aku rasa nak menulis semula lah dekat sini
Sekarang emosi aku lebih stabil, tenang dan matang.
Sebenarnya aku ada mula tulis Oktober 2024, masa tu kan, sebenarnya aku ada dalam situasi yang emosi aku macam bercampur, dia macam tengah roller coaster, aku macam tengah proses emosi aku yang sangat-sangat dasyat percampuran dia sampai aku pun tak faham aku tengah rasa emosi apakah itu?
Dia macam sedih, kecewa , lega, menyesal, dicampurkan dalam satu bentuk emosi yang tiada perkataan yang boleh digambarkan. So kalau ada yang sempat baca post aku Oktober 2024 dan seterusnya tu, maksud tu aku tengah tak berapa nk rasional sangat sebab dikuasai emosi yang bercampur-campur. Adalah sesuatu yang berlaku pd bulan Oktober 2024, tapi tak sapa pun tahu kecuali aku. Tapi okayla banyak hikmahnya.
Aku rasa aku dah jadi seorang yang lebih better sekarang banding sebelum ni. Selepas aku lalui emosi yang bercampur aduk macam rojak tu dan ambik masa lama jugak nak proses dan healing, now here I am. aku selepas je dah mcm ok sikit selepas Oktober 2024, aku terus rasa nak try perkara-perkara yang aku macam teringin sangat nak cuba.
So, aku pi daftar Bengkel Basic Gamelan 3 jam , Bengkel Ukiran Kayu 9pg- 5 ptg dan pi seminar tentang basic ChatGPT dan Canva. gigih ke tak? hahaha.
Aku rasa dapat semangat baru untuk kejar semua passion aku dan apa aku minat. setelah sekian lama simpan sahaja teringin teringin nak belajar semua mende ni tu.
dann. guess what? aku jugak cuba apply HLP (Hadiah Latihan Persekutuan) . HLP ni adalah biasiswa untuk penjawat awam sambung belajar master atau PHD, dan dapat gaji penuh tau!
aku saja try-try cuba apply dan hantar sinopsis proposal, dannnnn. alhamdulillah aku terpilih untuk saringan kedua iaitu hadir temuduga pulak di Cyberjaya. dan aku baru je lepas temuduga Rabu lepas.
inshaAllah Julai 2025 keluar result aku dapat ke idok HLP ni
dan kalau aku dpt HLP ni, inshaAllah aku akan share la tips. Tapi special sikit la tips HLP aku nak bagi ni, yang bukan tipikal orang lain bagi.
sebab aku nak bg tips HLP untuk manusia seperti aku.yang tak pernah dapat APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang), tiada sumbangan yang besar pada sekolah atau PPD, tiada terbitkan jurnal , artikel atau kajian tindakan, tiada apa2 yang special tentang aku
cuma aku adalah manusia yang sentiasa kelam kelibut, huru hara, careless, blur, tetapi aku ada semangat yang aku rasa tu yg special tentang aku walaupun aku tak cemerlang pun ada sumbangan dekat sekolah. aku ada semangat mengajar, semangat sayangkan murid dan nak majukan anak bangsa, semangat terlibat dengan ibu bapa dan anggap mereka rakan seperjuangan, semangat nak majukan diri, semangat nak digitalkan pembelajaran aku,dan semangat nak capai impian aku sendiri.
begitulah kisah aku. jadi korang yang mana sekufu dengan aku, jangan sedih dan down. nanti kalau aku dah konfem dpt HLP julai ni, baru aku share. buat masa sekarang ni segan lah nak share.hahahha.kang x dapat maluu pulak sis.
Okay lah itu sahaja update dari ku. welcome back to myself !
No comments:
Post a Comment