Wednesday, November 19, 2025

Checklist Untuk Ku Distractkan diri

 Assalamu'alaikum wbt

Disebabkan aku suka menyimpan emosi, aku rasa aku kena keluaqkan dengan cara sihat kot kan. mungkin boleh distract diri aku, daripada melayan emosi haha. aku sebenarnya dari dulu memang pandai simpan semuanya dan orang nampak aku happy ja sentiasa. tapi akhir setahun dua ni aku macam kurang terer dah pendam2 semua ni. dia asyik nak tubikkk ja.kahkahkah


aku rasa, aku kena listkan senarai hobi atau apa aku teringin nak buat dari dulu
listkan dan cuba sibukkan diri dengan apa yang aku teringin dan suka.
jap aku nak listkan apa yang aku teringin bebeno

1. sambung belajar. ni aku dah apply tahun lepas tak dapat. tahun ni nk apply lagi, tapi strategi berbeza sebab aku nak apply course yang tak ramai ambik dan aku nk try cuti bergaji penuh tanpa biasiswa. sebab aku nak sangat sambung belajar bidang yang aku minat. mungkin kalau dpt, aku akan sibukkan diri sampai tak fikir dah mende2 berkaitan emosi aku. aku akan jadi robot agaknya, yg tiada emosi.hahahha

2. rutin pergi masjid. ni impian aku jugak dapat pergi masjid at least sekali seminggu. kalau aku dpt sambung belajar, aku ada masa nak pergi masjid jap waktu hari tak ada kelas. dulu zaman aku anak dara, aku suka lepak2 masjid. kadang bukan buat apa pun, duduk, solat then lepak2 tenangkan diri. 

3. belajar piano. ni memang teringin dari dulu. tapi kelas piano mahai bebenoo. tapi tengoklah mcm mana aku mungkin kena ikat perut sikit kot kalau dah teringin sesangat tu belajo ni.haha

4. belajar gamelan melayu/caklempong. aku minat betul dengan gamelan, sejak aku bawa murid p bengkel dekat aswara 2023, aku teruih jatuh cinta dengan gamelan. tapi caklempong minat jugak. caklempong ni mcm vibes ceria2 fun gitu. gamelan pulak vibes macam istana dan mcm zaman kesultanan melayu melaka

5. belajar drum .  ni pun aku teringin jugak. selepas piano. eh tapi violin pun mcm minat. tapi drum nampak lg best sebab macam boleh ketuk2  macam ketuk gamelan.hahaha
aku ni maybe suka mende ketuk2 kot. boleh lepaskan emosi

6. alamak apa lagi ek. nanti aku update. tengah bizii dok menjaga budak tak berapa sihat ni.

k adios


No comments: