Assalamu'alaikum netizen sekalian
Dalam beberapa bulan lepas masa aku down tu kan
Sebenarnya ada jugak muhasabah diri sendiri jugak
Dan slowly aku perasan, yang aku sebenarnya ada toxic trait jugak pun
Yang selama ni aku anggap macam luahan emosi aku
Tapi sebenarnya, toxic.
Kenapa aku cakap toxic?
Sebab kata-kata aku mengguris hati dan menyakitkan hati orang yang mendengarnya
Ya, mesti korang tak percaya kan. Nampak aku ni baik je macam malaikat.
Tapi dekat dunia ni, ada 3 orang aku rasa aku akan jadi macam ni, iaitu suami dan anak-anak aku
Kesian kan dekat diorang?
Bukanlah setiap masa, Tapi mende ni terjadi bila aku macam tengah emosi unstable, marah, geram, kecewa etc2 dengan mereka.
Walaupun kadang-kadang sahaja tapi still, aku rasa tak baiklah aku menghamburkan kata-kata menyakitkan hati orang.
Cuma perangai aku, lepas buat macam tu. Bila dah cool down sikit, aku akan minta maaf.
Dekat suami, atau dekat anak-anak. Memang aku akan minta maaf. Tapi tulah, still la salah pun dan toxic walaupun ada yang berpunca dari mereka jugak asalnya
Tanpa aku sedari, sebenaqnya perangai aku pun ada sipi-sipi macam ayah aku jugak pun.
Tahun ni aku nak cuba control bab ni, mungkin aku kena berzikir banyak lagi supaya hati aku lebih aman dan tenteram. Sebenaqnya bab hati kita ni, memang Allah sahaja tempat kita minta tolong . supaya hati kita tenang bila nak selesaikan sesuatu masalah dan tak marah-marah mcm org gila hahaha.
Semoga tahun ni aku lebih pandai control emosi aku daripada overwhelming, meltdown, shutdown, dan sebagainya. hm sebenarnya emosi-emosi ni budak2 kecik je yg selalu hadap. tapi aku ni 36 tahun dok hadap lagi hahaha. ni la kesannya bila daripada kecik tak reti kenal emosi sendiri . dah biasa dari kecik supress emosi tu letak tepi takmau hadap. ni dah tua bangka, perangai macam budak kecik yang kurang panduan hidup pulak dah bila mai bab emosi hahahha.

No comments:
Post a Comment