Tuesday, August 31, 2010
Selamat Hari Merdeka
Saturday, August 28, 2010
Merah Saga
Im Home.ehe
Wednesday, August 25, 2010
Monday, August 23, 2010
Untukmu Palestin
- Semua khatib, pendakwah, guru dan umat Islam di seluruh tempat hendaklah memberi pesanan kepada orang ramai supaya menguatkan ikatan dan keimanan kepada Allah Ta'ala. Beritahu orang ramai agar menjauhi segala maksiat kerana maksiat merupakan antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan dari Allah lambat menjelma
- Menghidupkan kembali program boikot semua barangan syarikat-syarikah Yahudi, Zionis, Amerika, Eropah dan lain-lain yang turut membantu menguatkan Yahudi
- Turut serta dalam semua aktiviti dan program yang memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk Islam di Gaza
- Melancarkan kempen-kempen derma wang ringgit sama ada di peringkat individu, yayasan, syarikat, badan dan seumpamanya.
- Membuat propaganda dan iklan secara meluas melalui media massa dalam pelbagai bahasa untuk memberi penerangan tentang isu yang berlaku di Gaza
- sama-samalah kita muhasabah diri dan fikir tentang diri kita, tujuan kita hidup ni untuk apa dan apa arah tuju dalam hidup kita.apa prinsip hidup kita.
- isu Palestin tak akan berakhir, namun kita sebagai umat Islam perlu mengambil tahu dan rasa tanggungjawab terhadap penderitaan saudara kita. bantu mereka sekadar boleh. doakan mereka setiap kali lepas solat
- zaman skarang(FASA4), zaman syaitan sedang giat berusaha menggoda kita untuk melakukan perkara tak elok (mengumpat,dendam,iri hati,batu api etc etc) dan maksiat maksiat maksiat. syaitan ni dia jeles kat kita so dia nak tarik kita masuk neraka jadi geng dia kat akhirat nanti. persoalan di sini, kita nak ka jadi geng syaitan kat neraka nati??? nak jadi bestfren dia?
- sampai bila kita nak berada macam ni (keadaan diri kita sekarang-peringatan untuk diri sendiri sebab banyak betul dosa hidup-hidupku yang lalu...) . mari kita sama-sama berubah, masa masih ada tak terlambat. biar kita berubah sikit demi sedikit mengikut kemampuan kita. hasil soal kedua tapi usaha kita yang penting. biar sikit asalkan berhasil
- akhir sekali ,sama-sama mendoakan kepada semua umat Islam yang masih alpa supaya satu hari nanti saudara saudara seIslam kita berjaya menjauhkan diri dari bisikan bisikan syaitan yang terus menerus mengajak kita ke arah kejahatan, maksiat, dengki, dendam, benci, mengumpat dan lain lain.
Saturday, August 21, 2010
Design And Art
Thursday, August 19, 2010
Hidupkan Sunnah Bersahur
- tidak menyamai kaedah ahli kitab
- menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
- mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar
- menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab
- dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur
Aman Palestin
Wednesday, August 18, 2010
Tat Nenas
Monday, August 16, 2010
Budu dan Petai
Sunday, August 15, 2010
Am I ?
Saturday, August 14, 2010
Bizizi
Friday, August 13, 2010
Kahwin Muda
Rahsia Kalimah Bismillah
Bismillahirahmanirrahim
Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
InsyaAllah kali ini saya ingin membawa perkongsian yang ringkas tetapi mungkin ramai yang terlepas pandang. Kalimah “bismillahirahmanirahim” sering digunakan ketika kita hendak memulakan bacaan al-quran. Tetapi bagaimana pula ketika melakukan pekerjaan yang lain? Adakah kita sentiasa melafazkan kalimah ini? kalau ya, alhamdulillah tetapi kalau belum,ayuh kita mulakan dari sekarang. semoga setiap perbuatan dan amalan kita mendapat rahmat dan pertolongan dariNya.
Sarjana terdahulu ada menyebut bahawa ringkasan kitab-kitab terdahulu terdapat dalam al-quran, ringkasan al-quran ada dalam al-fatihah dan ringkasan al-fatihah berada pada kalimah bismillah. secara realiti, kalimah bismillah ini mempunyai makna yang sangat besar daripada Allah yang menurunkan kitab.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Pengertian bagi kalimah ‘bi’ yang membawa maksud ‘dengan’ pada pemula ayat pertama Surah al-Fatihah. Kebiasaannya, kalimah ‘bi’/'dengan’ berada di tengah-tengah ayat dan disandarkan kepada sesuatu perbuatan sebelumnya.
Kalimah ‘bi’ iaitu ‘dengan’ dalam ayat pertama Surah al-Fatihah ini tidak disebut dengan apa-apa perbuatan atau sesuatu yakni tidak disandarkan dengan perbuatan, ayat yang tergantung.
Kenapa?
Kerana seluruh perbuatan yang kita lakukan itu hendaklah disandarkan kepada Allah agar ia menjadi ibadat. oleh kerana itu, apabila hendak makan, kita sebut bismillah, bila hendak belajar kita sebut bismillah. dalam kata lain, dalam setiap perbuatan kita bermula dari bangun tidur sehingga kita kembali ke tempat tidur, kalimah bismillah perlu disebut.
Kelebihan menyebut bismillah
1. Sentiasa mengingatkan kita kepada Allah swt.
Memulakan sesuatu dengan menyebut bismillah akan menyebabkan kita sentiasa mengingati Allah kerana kebiasaannya manusia mudah terlupa dan terkadang manusia juga mudah lagha dalam tindakannya. jadi, salah satu cara untuk sentiasa ingat Allah ialah dengan menyebut bismillah.
Allah ada berfirman dalam surah ar-rad:28
“hanya dengan mengingati Allah hati akan tenang”
2. Mengingatkan kita kepada tujuan kita dihidupkan.
Tujuan manusia dihidupkan adalah untuk beribadat kepada Allah.
Firman Allah:
“Tidak aku ciptakan jin dan manusia hanya untuk beribadat kepadaku”(az-zariyat:56)
Jadi, sekiranya kita membiasakan menyebut bismillah, insyaAllah kita akan ingat tujuan kita diciptakan.
3. Menjadikan setiap perbuatan kita sebagai ibadah.
Setiap tindakan kita akan dikira sebagai ibadat sekiranya niat kita hanya untuk Allah serta tujuan kita untuk mendapat redha Allah.
4. Menjadikan kita hamba yang sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah
Dengan nama Allah yang Maha pemurah dan Maha penyayang. Keyakinan yang teguh dengan sifat-sifat Allah akan menyebabkan kita sentiasa mengharapkan pertolongan daripada Allah. Sifat ‘ar-rahman’ Allah berikan kepada semua makhlukNya supaya kebergantungan kita hanya pada Allah. terkadang Allah sengaja membiarkan hambaNya kerana Allah merindui suara hamba-hamba yang jauh dariNya. Allah sentiasa mengharapkan hambanya berdoa dan meminta kepadaNya. Pertolongan dan sokongan siapa lagi yang kita harapkan kalau bukan daripada Tuhan yang Maha Berkuasa.
5. Menghalang kita daripada melakukan perkara yang Allah larang.
Lafaz bismillah insyaAllah akan menghalang kita daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan keburukan dan dosa. Cuba kita bayangkan, jika seseorang berniat untuk meniru atau mencuri tetapi mulutnya terlebih dahulu menyebut bismillah dan hati dan akalnya memahami kalimah itu, adakah dia akan meneruskan niatnya yang jahat itu? sudah pasti orang itu akan terus menghentikan niatnya itu kerana tidak mungkin kita mengingati Allah serta mengharapkan bantuan dan pertolonganNya sekiranya kita hendak membuat dosa.
Abu hurairah telah meriwayatkan bahawa syaitan dari orang mukmin bertemu dengan syaitan daripada orang-orang kafir. Tiba-tiba kedapatan syaitan daripada orang kafir itu dalam keadaan yang gemuk, sedangkan syaitan bagi orang mukmin itu kurus kering dan dalam keadaan dukacita, lantas syaitan orang kafir itu bertanya kepada syaitan orang mukmin.
Syaitan orang kafir : Kenapa kamu kurus kering dan dukacita?
Syaitan orang mukmin : Aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya.Apabila lelaki itu hendak makan, beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus lapar. Apabila minum beliau menyeut nama Allah, jadi aku terus kehausan. Apabila memakai pakaian, beliau menyebut nama Allah, jadi aku terus bertelanjang. Apabila beliau memakiai minyak rambut beliau menyebut nama Allah, dengan itu rambutku terus kering dan kusut.
Syaitan orang kafir : Tetapi aku mendampingi orang yang tidak melakukan sedikit pun daripada apa yang engkau sebutkan tadi. Oleh itu aku berkongsi dengannya pakaian, makanan dan minumannya.
MasyaAllah, betapa besarnya manfaat menyebut nama Allah. Diharapkan kita semua dapat mengamalkan perkara yang mudah ini, insyaAllah. Semoga kita semua akan beroleh rahmat dan hidayahNya dengan menjadikan setiap amalan kita sebagai ibadah. insyaAllah ganjaran yang besar akan menanti orang-orang yang beriman.
Wallahua’alam
TIp-TIp Elak daripada Putus Asa
- Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik
- paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah s.w.t berikan nanti, itu soal kedua.Namun kita tetap mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t
- Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah
- Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan
Thursday, August 12, 2010
Anak Soleh-Rabbani
Tuesday, August 10, 2010
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan
Friday, August 6, 2010
Mana Lu pigi ha?
Masa Ibarat Pedang
Thursday, August 5, 2010
Remember
Solusi Isu
Nostalgia