Friday, August 6, 2010

Masa Ibarat Pedang

Salam

pepatah yang selalu kita dengar " masa itu emas"pepatah jarang jarang dengo

"masa ibarat pedang tajam yang sentiasa memotong. kalau kita gagal merancang pengurusan masa kita, pedang masa itu akan memancung dan memotong serta menghancur lumatkan kehidupan kita."

pejam celik pejam celik celik
tengok tengok dah hari Jumaat dah hari ni
Kejap nya masa berlalu!!
rasa macam baru semalam aje jumaat yang lepas
tengok-tengok dah hari Jumaat dah

dasyat betoi masa .cepat sangat berlalu. masa itu adalah amanah untuk kita. perlu kita manfaatkan sebaikbaiknya. diri ni pun sama, masa selalunya tak digunakan sebaiknya. biaq berlalu gitu ja. namun, jangan lupa bahawa masa-masa yang digunakan ini akan dipersoalkan esok hari,

Kita akan dipersoalkan 4 perkara di hari perhitungan nanti:

-Tentang umurnya ke mana dihabiskan.
-Tentang masa mudanya ke mana digunakannya.
-Tentang harta dari mana diperolehinya dan ke mana digunakannya
- Tentang ilmunya apa yang diperbuat dengannya.

Sama-sama kita gunakan masa dengan sebaiknya.Janganlah asik buka facebook dan blog (terkena batang hidung sendiri.hehe)
wassalam

No comments: