بسم الله الرحمن الرحيم
Hoho.lama jugak tak post, almaklumlah busy.
ni pun ada reja jugak tapi rasa nak post sat.
Pagi hari Sabtu yang lalu telah diadakan program Untukmu Palestin.
Ramai dah dijemput hadir, namun kehadiran pada hari tersebut agak menyedihkan laki 3 baris, perempuan alhamdulillah 3/4 kerusi dewan kuliah,
tapi rasa agak sedih jugak sebab kwn-kwn yang kita sms ramai tak bagi respon
tapi tak mengapalah, mungkin ada kerja lain dan mungkin dari kesalahan dan dosa-dosa saya yang lalu jugak sehinggakan saya takdapat memberi manfaat kepada orang lain.
tak pa, kepada sapa hat tak pi, saya (maaf la suka tukaq tukaq kata ganti nama , kejap 'saya' kejap 'aku'.eheh) share beberapa maklumat yang saya dapat nah. jom sama-sama kita hayati :)
"Hukum syar'ie yang disarankan syariat Islamiah melalui pelbagai mazhab dalam keadaan sekarang (serangan rejim Zionis ke atas Gaza) adalah wajib ke atas umat Islam bergabung dengan bangsa (rakyat Palestin di Gaza) yang dicerobohi seandainya bangsa tersebut tidak mampu melawan pencerobohan tersebut sendirian. Orang Islam adalah umat yang satu...Islam mewajibkan berperang semata-mata membantu golongan yang lemah"
Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi
Dari pada ayat di atas, kita sebagai saudara Islam dengan rakyat Palestin wajib menolong mereka. Tapi dengan keadaan kita yang tidak mempunyai kuasa (hanya sebagai rakyat biasa), kita tolong setakat yang boleh. Serangan rejim Zionis ke atas Gaza, Palestin tidak akan berhenti sehingga ke saat-saat waktu hampir Kiamat.
Kita hat hidup kat Malaysia aman damai, duk kat Institut Pendidikan Guru tepi Pantai yang indah ini, terlalu selesa sampai kita langsung tak hirau kat rakyat Palestin yang setiap hari diserang. Sungguh alpa kita di sini.
Sebenarnya isu Gaza(Palestin) bukan sekadar isu kemanusiaan semata-mata bahkan ianya juga adalah isu besar persaudaraan dan keimanan. Antara langkah-langkah praktikal kita untuk menolong saudara kita di Gaza ialah:
- Semua khatib, pendakwah, guru dan umat Islam di seluruh tempat hendaklah memberi pesanan kepada orang ramai supaya menguatkan ikatan dan keimanan kepada Allah Ta'ala. Beritahu orang ramai agar menjauhi segala maksiat kerana maksiat merupakan antara sebab tentera musuh menjadi kuat dan pertolongan dari Allah lambat menjelma
- Menghidupkan kembali program boikot semua barangan syarikat-syarikah Yahudi, Zionis, Amerika, Eropah dan lain-lain yang turut membantu menguatkan Yahudi
- Turut serta dalam semua aktiviti dan program yang memberi sokongan dan bantuan kepada penduduk Islam di Gaza
- Melancarkan kempen-kempen derma wang ringgit sama ada di peringkat individu, yayasan, syarikat, badan dan seumpamanya.
- Membuat propaganda dan iklan secara meluas melalui media massa dalam pelbagai bahasa untuk memberi penerangan tentang isu yang berlaku di Gaza
Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa' ayat 75 bermaksud:
"Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka selalu (berdoa dengan) berkata : "Wahai Tuhan kami!keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrikin) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)."
________
Banyak gak input yang dapat, ada lagi tapi tak pandai nak cerita. ehe.tapi sebelum penutup ada tayangan video bertajuk "Tayangan AKhir Zaman". Tayangan tu buat aku rasa seram sejuk sebab ada hadis nabi yang memberitahu zaman umat dia 5 fasa. dan kita sekarang ni berada di fasa ke 4. dan fasa ke 4 ni lah syaitan bertungkus lumus nak sesatkan dan nak tarik anak nabi Adam masuk neraka sekali dengan dia sebab fasa 4 ni juga banyak cabaran yang berlaku terhadap umat Islam. fasa 5 apabila Islam mula membangun semula dan selepas fasa ke 5........ (faham-faham sendiri). Hadis nabi tentang fasa ni akan ku ceritakan dalam entry akan datang, sebelum tu nak merujuk pada sumber sahih dulu. ye la ilmu kita pun tak tinggi mana.ehe.
Kesimpulannya daripada program ini:
- sama-samalah kita muhasabah diri dan fikir tentang diri kita, tujuan kita hidup ni untuk apa dan apa arah tuju dalam hidup kita.apa prinsip hidup kita.
- isu Palestin tak akan berakhir, namun kita sebagai umat Islam perlu mengambil tahu dan rasa tanggungjawab terhadap penderitaan saudara kita. bantu mereka sekadar boleh. doakan mereka setiap kali lepas solat
- zaman skarang(FASA4), zaman syaitan sedang giat berusaha menggoda kita untuk melakukan perkara tak elok (mengumpat,dendam,iri hati,batu api etc etc) dan maksiat maksiat maksiat. syaitan ni dia jeles kat kita so dia nak tarik kita masuk neraka jadi geng dia kat akhirat nanti. persoalan di sini, kita nak ka jadi geng syaitan kat neraka nati??? nak jadi bestfren dia?
- sampai bila kita nak berada macam ni (keadaan diri kita sekarang-peringatan untuk diri sendiri sebab banyak betul dosa hidup-hidupku yang lalu...) . mari kita sama-sama berubah, masa masih ada tak terlambat. biar kita berubah sikit demi sedikit mengikut kemampuan kita. hasil soal kedua tapi usaha kita yang penting. biar sikit asalkan berhasil
- akhir sekali ,sama-sama mendoakan kepada semua umat Islam yang masih alpa supaya satu hari nanti saudara saudara seIslam kita berjaya menjauhkan diri dari bisikan bisikan syaitan yang terus menerus mengajak kita ke arah kejahatan, maksiat, dengki, dendam, benci, mengumpat dan lain lain.
Sekian.wassalam~
No comments:
Post a Comment