بسم الله الرحمن الرحيم
dipetik daripada Solusi Isu No 22 ms 12
Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang
HIDUPKAN SUNNAH BERSAHUR
Berdasarkan ayat 183 surah al Baqarah, umat terdahulu juga diwajibkan berpuasa.
Matlamatnya sama, iaitu melahirkan ketaqwaan kepada Allah. Walau bagaimanapun, terdapat satu perbezaan besar di antara puasa umat nabi Muhammad s.a.w dengan umat terdahulu dalam aspek pelaksanaanya.
Perbezaan yang jelas adalah bersahur. Sahur hanya khusus untuk umat Muhammad s.a.w, berdasarkan hadis Imam Muslim no 1836, dia meriwayatkan yang antara lain bermaksud: " Beza di antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah kita disyariatkan (disunatkan) bersahur."
Berkat Bersahur
@->Dalam sabda hadis yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan."
(Riwayat Al- Bukhari no.789 dan Muslim no 1835)
@-> Hadis ini menjanjikan kelebihan bersahur iaitu mendapat keberkatan dalam hidup. Ketika mensyarahkan hadis keberkatan sahur ini, Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya, Fath al-Bari berkata, keberkatan melalui bersahur diperoleh kerana beberapa perkara iaitu:
- mengikut sunnah Rasulullah s.a.w
- tidak menyamai kaedah ahli kitab
- menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
- mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar
- menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab
- dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur
- tidak menyamai kaedah ahli kitab
- menambah kekuatan fizikal dan kecergasan untuk beribadat
- mengelakkan akhlak yang buruk disebabkan lapar
- menjadi sebab untuk kita bangun berzikir dan berdoa kerana waktu itu sangat mustajab
- dapat berniat puasa bagi yang terlupa untuk meniatkannya sebelum tidur
@-> Berkat adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat. oleh sebab itu berkat termasuk
dalam perkara ghaib yang wajib diimani oleh seseorang Muslim. Maka bersahur yang
menepati kehendak Islam akan menambahkab iman dan taqwa
Itu Bukan Bersahur"
Ustaz saya agak sukar untuk bangun bersahur sebelum subuh, selalunya saya supper (makan lewat malam) sebelum tidur, kemudian hanya bangun apabila azan Subuh. Adakah ini dikira sebagai bersahur?" Sebenarnya amalan itu bukan supper, tapi suffer.
Mengikut ilmu kesihatan dan perubatan, sistem penghadaman seseorang menderita apabila ia makan dengan banyak kemudian terus tidur. Tindakan seumpama ini adalah budaya pemakanan yang tidak sihat bahkan boleh menyebabkan wujudnya penyakit dan kegemukan. Jadi, pada bulan Ramadhan ini, budaya itu harus ditinggalkan.
_____________________________________________
* sedikit ilmu yang ditemui untuk dikongsi bersama kawan-kawan :) wassalam
No comments:
Post a Comment