بسم الله الرحمن الرحيم
Kepada sahabat-sahabat yang disayangi sekalian
kadang-kadang kita terlalu sedih dengan kehidupan kita
ada masalah keluarga, masalah cinta, masalah kawan, masalah diri
sehingga kita putus asa dan menghadapi tekanan emosi yang sangat
sehingga membuatkan sahabat-sahabat rasa tidak selesa dengan kita
mula lah muka masam, nada suara pun sudah lain
peringatan ini bukan untuk sahabat-sahabat sahaja,tapi untuk diriku juga
walau macam mana besar pun masalah kita, berbalik lah pada Dia
Dia lah yang membantu kita ketika waktu susah, tidak jemu mendengar doa kita,
tidak jemu memaafkan kesalahan dan dosa kita,yang kita berulang-ulang buat.
oleh itu, jangan sedih.jangan berputus asa
"Jangan bersedih.Sesungguhnya Allah bersama kita"
TIP-TIP ELAKKAN DARIPADA BERPUTUS ASA
*dipetik dari solusi isu 22 ms 13
- Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik
- paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah s.w.t berikan nanti, itu soal kedua.Namun kita tetap mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t
- Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah
- Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan
No comments:
Post a Comment